Monday, September 23, 2013

Musuh utama anak-anak muda zaman sekarang.

SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang membimbangkan.

Malah Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Muhammad Rapidi Mohd Darus mendedahkan pernah memberikan kaunseling kepada seorang  pekerja wanita bank tempatan yang memiliki 42 kad kredit!

“Ini bermaksud wanita itu memohon kad kredit daripada semua bank komersial yang beroperasi di negara ini,” kata beliau ketika membentangkan tajuk ‘Fenomena Muflis Dalam Golongan Muda di Malaysia’ pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) di Auditorium Karangkraf, dekat sini, petang semalam.

Menurut Rapidi, keadaan ini berlaku kerana permohonan kad kredit  tidak dikawal Bank Negara dan institusi perbankan komersial bersaing menawarkan perkhidmatan tersebut ekoran pulangan yang menarik.

Mengulas lanjut, beliau berkata dari 2010 hingga 2012 berlaku peningkatan 8 peratus jumlah individu yang diisytiharkan bankrap oleh mahkamah iaitu 18,119 pada 2010 dan 19,575 (2012).

Daripada jumlah keseluruhan individu yang diisytiharkan muflis, 84 peratus diakibatkan kegagalan menjelaskan pinjaman termasuk kad kredit.

“Hutang sewa beli (kenderaan) dank ad kredit adalah paling tinggi di kalangan generasi muda,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, ramai anak muda Melayu yang mengalami kebankrapan setelah dua atau tiga tahun bekerja.

Fenomena ini, ujarnya diakibatkan daripada sikap berbelanja boros dan tidak mengikut kemampuan.

Rapidi memberi contoh kecenderungan anak muda Melayu bekerjaya memakai kereta berjenama mewah walaupun baru memiliki pekerjaan.

“Dengan gaji yang tidak seberapa,  mereka dibebankan dengan bayaran semula pinjaman, minyak dan kos penyelenggaraan,” katanya.

Kejahilan dalam memahami syarat-syarat perjanjian jual beli juga, jelas beliau mengakibatkan mereka menghadapi tindakan undang-undang oleh syarikat perbankan apabila menyorokkan kereta yang tidak mampu dijelaskan bayaran sedangkan kaedah yang betul adalah menyerahkan kereta itu  kepada pihak bank.

Statistik yang diperolehi AKPK sehingga Mei 2009, ujar Rapidi menunjukkan 50 peratus individu muflis ialah mereka yang berumur di bawah 30 tahun.

Pada 2005 sejumlah  49.39 peratus mereka yang diisytiharkan muflis berumur di bawah 30 tahun,  46.32 peratus (2006), 55.79 peratus (2007), 48.17 peratus (2008) dan 46.04 peratus (hingga Mei 2009).

Rapidi yang telah berkhidmat lebih enam tahun di AKPK menasihati ibu bapa supaya menanamkan sikap berjimat cermat dan belanja berhemah kepada anak-anak mereka.

AKPK, ujarnya sedia membantu individu yang bermasalah kewangan dengan mengatur pembayaran semula hutang kepada institusi kewangan berdasarkan kemampuan kewangan individu terbabit.

Pihak AKPK juga, jelasnya bersedia member khidmat nasihat kewangan kepada mereka yang menghadapi bebanan kewangan sedangkan sumber pendapatan tidak mencukupi.

................................

Wahh..
bukan main ramai lagi yang muflis di usia muda.
Bukan senang untuk menguruskan kewangan di usia muda.


Thursday, July 18, 2013

Thursday, January 24, 2013

Alhamdulillah

Lama sudah aljahary tidak menulis di sini.. Pelbagai kejadian dan cerita berlalu pergi.. Tidak sempat untuk diungkapkan di sini.. Moga hari ini menjadi pencetus kepada episod2 yg mendatang untuk aljauhary melakarkan setiap detik berharga dalam hidup ini ke dalam laman ini untuk dikongsi bersama bagi yang sudi membacanya tanpa pernah jemu.. Moga hari ini, menjadi penyambung kisah lalu dan cita-cita yg akan datang.. Salam hormat dari aljauhary buat semua..
[selepas mendengar ceramah maulidurrasul di dewan terbuka KITTIS sabak bernam]

Sunday, July 22, 2012

PERANTAU

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri

Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda

engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang

Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah 

Thursday, June 28, 2012

PROJEK ONDE ONDE ALJAUHARY

 Dalam tengah duk bosan-bosan mengabiskan masa cuti dan sambil mengemas bilik, terjumpa la sebungkus tepung pulut 500gram ni..

Fikir-punya-fikir.. Dapat la idea untuk buat kuih onde-onde. Tapi kat mana nak dapatkan gula merah atau gula melaka untuk dijadikan inti??? Dipendikkan cerita dapat la idea dengan menukarkan gula merah atau gula melaka kepada benda ini..
 

Dan  coklat-rice bewarna hijau sebagai ganti kelapa..


 Juga coklat-rice warna coklat..


Ditambah pewarna dan perisa pandan dalam adunan tepung tersebut..


Maka hasilnya adalah seperti dibawah ini..


 Cantik tak??


Coklat tadi dipotong macam ni untuk memudahkan dijadikan inti..


 Inilah bentuk kerja seni yg tak berapa nak seni..


Setelah berendam seketika dalam air panas dan mula timbul dipermukaan, ianya diangkat dan disalut seperti berikut..


 Pandangan lebih dekat...


 Wowww.. Nampak macam sedap... Anda nak cuba??


 Dwi-warna hijau dan coklat..


 Ada yg ingin mencubanya???

Inilah hasil kerja seni kulinari Aljauhary.. Selamat membaca dan menikmati minum petang...

Sunday, June 24, 2012

Aktiviti di pasar


 Memilih ikan yg sesuai..


Siang ikan untuk dibakar..

Friday, May 11, 2012

Angin rindu

Angin rindu..

setiap kali ia datang menyapa
bertiup halus menghembus damai
wajah tenang mendakap ia
meresap ke setiap liang roma

namun kini mula mengganas
tiupannya kencang menghempas samudera
mencipta gelombang di lautan hati
hati parah menahan gelora
hati perit menahan lara
gelombang setinggi gunung
hati tak mampu menahannya

air mata mula menitis laju
menahan rindu menghempas jiwa
menangis dan terus menangis
gelora rindu hujan air mata

"Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku"


gerangan apakah dugaan ini
tidak mampu jiwa menanggungnya
teramat perit dan pedih
sungguh pahit mencengkam jiwa
membuat diri ini sangat terbeban
untuk ku menanggung sendirian

bagaimanakah untuk aku lari
melepaskan ikatan rindu ini
melilit kemas sekeping hati
hati yang parah kerana rindu

Monday, April 16, 2012

MALAM RESAH

Senja menjelma, meninggalkan siang yg cerah.. 
Membuka ruang untuk kegelapan malam menyerbu masuk memenuhi ruang kehidupan.. 
Senja bagaikan ombak rindu menerpa.. 
Malam bagai badai menghempas rasa.. 
Setiap malam terasa sangat panjang.. 
Bagai badai ditengah lautan menguji kesabaran resah rindu dan cinta..

Wahai malam!! 
Mengapa dirimu begitu begis menghukum resah ku.. 
Mengapa dirimu begitu zalim menghukum rindu ku.. 
Wahai malam!! 
Bantulah diriku..

"Malam kau bawalah rinduku..
Untuk dirinya yang jauh dari ku..
Agar dia tidak kesepian..
Selalu rasa ada cinta agung.."

Malam, kenapa begitu panjang ku rasakan.. 
Bilakah pagi kan menjelma??? 
Tidak sanggup rasanya bertemu malam.. 
Kerana malam hanya menambahkan resah gelisah pilu dan rindu..

Saturday, March 24, 2012

Grand Anual Activity ~Gravity '12~ Mansurah


Alhamdulillah buat julung-julung kalinya Dewan Perwakilan Mahasiswa Mahasiswi Mansurah berjaya menganjurkankan program yang berbentuk riadah dan jaulah luar dari mansurah. Dengan hasil usaha keras adhoc program mencari dana dan membuat persediaan, maka 17 Mac 2012 telah dipilih sebagai tarikh untuk merealisasikan apa yang selama ini dirancang dan disusun rapi.

Berasaskan kepada ukhuwah dan thaqofah (persaudaraan dan pengetahuan), Gravity mengorak langkah maju setapak lagi sebagai medium mendekatkan dan mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa di bumi asing ini dan jauh di perantaun mencari, menggali dan menuntut sebanyak-banyaknya ilmu dan pengalaman.

Seawal jam 5.30pagi lagi, peserta-peserta telah mula berkumpul di dewan pelajar. Dengan wajah dan jiwa yang bersemangat tinggi untuk menempuh suatu pengalaman yang baru dalam diri setiap peserta. Namun, bas yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Sementara menanti bas tiba, aljauhary dan adhoc yang lain menguruskan persiapan akhir sebelum bertolak.



Sibuk kira duit....


Pagi yang dingin menyambut peserta-peserta yang tidak sabar untuk menaiki bas termasuk aljauhary.


Bertukar-tukar pandangan sambil menanti bas yang masih belum berkunjung tiba..


Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya bas yang ditunggu sampai jua.  Sebelum menaiki bas, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan satu dan tiga menaiki bas yang sama. Manakala kumpulan dua dan empat menaiki bas seterusnya.


Membahagikan kumpulan.. "Test suara.. Sound check.. sound chek.. Oppsss.. Hehehe.. =) "


"Mari rapat-rapat semuanya..."


Menjawab beberapa persoalan dari peserta yang ada persoalan..


Di tengah perjalanan, tayar bas pecah. Terpaksa mengambil sedikit masa untuk mengantikan dengan tayar simpanan..


Keadaan tayar yang pecah itu...


Pemilik bas berusaha menggantikan tayar yang pecah..


Aljauhary tidak ketinggalan membantu dalam mempercepatkan kerja-kerja pemandu bas agar tidak terlalu lama di tengah jalan..


Sambil pemandu bas mengemas barang dan alat gantian tayar, aljauhary tidak ketinggalan bergambar kenangan  bersama rakan-rakan yang lain sebagai memori untuk masa yang akan datang.



"Dahhh... Jommmm.. Tayar dah siap ganti.. Bas nak bergerak dah..."


Seusai sahaja sampai di pantai Baltim, beberapa adhoc membuat sedikit taklimat kepada peserta berkenaan ruanglingkup tugasan mereka.

 


Selaku timbalan pengarah merangkap unit pengisian, aljauhary tidak ketinggalan menyampaikan sedikit taklimat dan tentatif program serta meraikan keterlibatan peserta yang menyertai Gravity '12 kali ini..


Antara aktiviti yang dijalankan, bola sepak pantai.


Tarik tali..


Peserta bersemangat tarik tali..

Nantikan post yang kedua kerana ada beberapa gambar yang masih dalam simpanan rakan lain masih lagi tidak sempat untuk copy...

Semoga berjumpa lagi...