Sunday, December 27, 2009

Kek Aljauhary | Melangkah setapak lagi..

Assalamualaikum wbt..
Salam ma'al Hijrah diucapkan buat semua pengunjung | pembaca | tetamu kehormat | juga yg tersesat ke blog aljauhary ini..

Sudah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini dengan isu-isu baru..
Jadi, kali ini aljauhary ingin berkongsi kisah kek aljauhary yang terkini yang kini melangkah setapak lagi dan semakin meletop-letop dengan tempahan yang memberangsangkan.. Hinggakan aljauhary tidak menang tangan untuk menerima jumlah tempahan yang berpusu-pusu ingin menempah sempena peringatan hari kelahiran | ulangtahun perkahwinan | majlis perpisahan | meraikan kehadiran orang baru (baby baru) | dan pelbagai lagi jenis tempahan yang tak mampu diungkapkan di sini juga termasuk tempahan untuk mengeratkan ukhuwah sasama ahli bait..

Oleh itu, tanpa berlengah lagi marilah sama-sama menyaksikan persembahan kek aljauhary yang meletop-letop itu..

kek 1

Sewaktu di dalam ketuhar pun dah kembang hampir melompat keluar dari loyang..

kek 2

Betul2 naik..

kek 3

Inilah rupa setelah masak.. Tingginya hampir 7cm.. Anda tau 7cm tu tinggi mn?
cepat2 cari pembaris.. anda tidak percaya?? Percayalah..

kek 5

Sesi menghias kek bermula.. habis bersepah.. nasib baik dalam talam..

kek 6

Alhamdulillah.. selesai sesi menghias kek..

kek 7

Dah boleh dimasukkan ke dalam kotak..

kek 8

Siap untuk penghantaran..

Walaupun ianya nampak tidak seperti persembahan kek oleh chef pro, namun bagi aljauhary ianya sudah cukup membanggakan aljahary kerana berjaya memenuhi permintaan sahabat untuk meraikan sahabat yang lain.. Jutaan kemaafan diucapkan kepada pembeli kek sekiranya kek tersebut kurang cantik.. Jutaan kemaafan juga diucapkan pada pembaca sekalian sekiranya isu kali ini membosankan..

Namun andai ada yang berminat untuk membuat tempahan, aljauhary memohon jutaan kemaafan kerana tidak mampu menerima tempahan tersebut kerana hampir dengan imtihan.. Lepas imtihan insyaAllah..

Sekian sahaja persembahan kek yg dibawa terus dari dapur aljauhary, kepada yang dah baca jangan lupa tinggalkan komen samaada di ruang komentar atau di shortbox..

Wassalam..

Thursday, December 10, 2009

Sinis aulad arab mesir..

Assalamualaikum..
mari sama2 kita senyum sejenak sambil melihat gambar ini..

Photobucket

Kami di mesir sering disakat oleh anak2 kecil arab mesir dengan perkatan "hooga!! hooga!!" atau "bongga!! bongga!!" namun bila ditanya kembali apa yg dimaksudkan dg perkataan tersebut, maka tiada jawapan yg diberikan. Ini menyebabkan masing2 membuat spekulasi tentang apa sebenarnya terjadi dari perkataan tersebut dan juga dari mana ianya timbul. Ada kemungkinan yg mengatakan bahawa perkataan tersebut adalah hasil dari tayangan iklan yg ditayangkan diseluruh tanah mesir bagi tujuan pelancongan Melawat Malaysia suatu ketika dahulu. Yang mana, ianya memaparkan kebudayaan dusun, kadazan atau yg sewaktu dengannya yg berlegar sekitar budaya di sabah dan sarawak. Dengan pakaian yg dipakai oleh kaum2 tersebut menyamai apa yg dipakai oleh puak2 yg tiada agama yg sering kali dilihat di bukit sinai ketika mentari muncul yg kebarangkalian mereka ini adalah dari luar negara spt brazil amereka selatan dan sebagainya yg akan menari2 sambil menyanyi lagu mereka dan antara perkataan yg keluar dr mulut mereka adalah "hooga!! hooga!!" atau "bongga!! bongga!!". Namun ini hanya satu pandangan yg tiada hujjah yg nyata bagi menguatkan apa yg diperkatakan. Walaupun ianya dilihat hampir kpd mafhum kata2 tersebut.
Berbalik kpd gambar di atas, dapat dilihat bahawa pelukis telah menjumpai kembali puak2 yg dianggap pupus (lanun darat) yg dahulunya ada pada zaman kesultanan melayu melaka sahaja namun ianya sekarang telah kembali semula menyerang, merompak, menzalimi serta menindas rakyat jelata yg rindu, peka, cinta, sayang dan inginkan keadilan yg saksama terhadap semua peringkat masyarakat. Ternyata lanun moden ini juga sangat hebat dan licik dalam menyusun strategi menyerang, merompak, menzalimi serta menindas rakyat jelata. Mereka menggunakan mahkamah, parlimen, dewan rakyat serta perundangan penjajah. Inilah yg dapat dilihat dari apa yg terpapar dlm gambar tersebut. Apa yg aljauhary perkatakan hanya berlegar sekitar gambar di atas yg tiada kene-mengena dengan tanah air tercinta Malaysia [namun andai ada yg terasa aljauhary mohon jutaan kemaafan.. huhuhu.. =)].
Kini baru aljauhary faham bahawa puak "hooga!! hooga!!" atau "bongga!! bongga!!" memang wujud, dan apa yg diperkatakan oleh kanak2 tersebut seakan2 memberi gambaran bahawa di Malaysia memang wujud puak2 tersebut. Ini adalah tasawwur yg dpt aljauhary resapi dlm zihni aljauhary..
Mungkin sahabat2 lain punyai tasawwur tersendiri dalam menterjemahkan setiap yg berlaku di hadapan sahabat2 sekalian.
Kini aljauhary boleh tersenyum andai kanak2 mesir mengucapkan "hooga!! hooga!!" atau "bongga!! bongga!!" kepada aljauhary. Buat apa nak marah...
Apa pula tindakan anda, bagi yg pernah mengalami detik2 seperti ini???

Sunday, December 6, 2009

JOM BERMANTIQ [TASAWWUR | ASAS DALAM FIKIRAN MANUSIA]

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Semoga dapat difahami oleh semua pembaca yg sudi mengambil manfaat.. Sekiranya ada kesamaran boleh rujuk kepada Al-jauhary segera..
Wassalamullah alaikum warahmatuhu wabarakatuh..


Saturday, November 21, 2009

KEK AL-JAUHARY mansoura

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca blog yg budiman.
Baru-baru ini zaujah al-jauhary berjaya mempelajari cara membuat kek yg lembut dan enak. Alhamdulillah kek yg dipelajari setelah mengikut teori dan melalui pelbagai eksperimen menemui kejayaan dengan menghasilkan natijah yg membanggakan. Sebgai paparan untuk pembaca semua, mari sama-sama melihat dan membayangkan potongan kek yg lembut dan gebu disertai aroma yg mengguncang selera untuk menjamahnya.

KEK PISANG

kek pisang 2

kek pisang 1

kek pisang 6

KEK PANDAN

kek pandan 1

kek pandan 2

kek pandan 3

wah.. dah nak habis dah tu.. mai cepat wahai sahabat2 tempah segera..

Oleh itu, sempena menjelang eidul adha ini aljauhary telah membuka kepada rakyat2 yg bermukim di Mansurah untuk membuat tempahan kek seperti diatas.

Harganya : tanya Aljauhary

Tempahan boleh dibuat terus kpd Al-jauhary di kallim maa mahmul 016-6864628 email syams_aljauhary@yahoo.com skype aljauhary.
Tempah segera sebelum terlambat..
Tempahan masih dibuka..
Tolong sebarkan kpd semua penduduk mansurah..

p/s : bait maqabir wajib tempah.. huhuhu... =)

Tuesday, November 17, 2009

PARLIMEN | MESIR | MSD @ JPMK | PMRAM...

KUALA LUMPUR: Akibat ingkar arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya duduk, anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin menjadi yang pertama 'dijatuhi' hukuman keluar dewan bagi sesi persidangan Parlimen kali ini.

Wakil rakyat PKR itu dikenakan tindakan selepas tidak mengendahkan permintaan Pandikar Amin supaya beliau berhenti mengemukakan soalan yang disifatkan terkeluar daripada tajuk penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin.

"Yang Berhormat duduk... duduk... apa Yang Berhormat kemukakan itu adalah isu baru. Sepatutnya dikemukakan ketika perbahasan, bukannya sekarang," katanya.

Zulkifli sebelum itu menggesa Mohammed Khaled menjelaskan mengapa Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Mesir mengeluarkan surat untuk menghalang kira-kira 700 pelajar Universiti AlAzhar mengikuti pengajian kuliah hadis oleh Mufti Mesir Syeikh Dr Ali Jum'ah walaupun persiapan sudah dilakukan.

"Kita masih ada banyak kementerian yang akan menggulung perbahasan sedangkan masa hanya ada sehingga Khamis sahaja... kalau Yang Berhormat tidak duduk saya akan arahkan keluar dewan," tegas Pandikar Amin yang kemudiannya memuktamadkan keputusan itu setelah Zulkifli terus berdegil untuk mengemukakan soalannya.

Arahan itu menyebabkan petugas media menyerbu Zulkifli sebaik keluar daripada dewan persidangan, hanya kira-kira lapan minit sebelum Anggota Parlimen itu dipanggil oleh Bentara yang menyampaikan arahan Pandikar Amin supaya beliau kembali ke dewan.

Malah sebaik masuk, Zulkifli diberi peluang untuk mencelah perbahasan menteri, termasuk untuk bertanya soalan yang dibangkitkan sebelum itu.

Pandikar Amin berkata peluang itu diberikan kerana ia melibatkan kepentingan pelajar Malaysia di luar negara.

Tampil lebih tenang, Zulkifli memohon maaf atas sikapnya sebelum itu dan mengakui cara yang digunakan untuk mencelah sebelum itu agak kasar.

Beliau kemudiannya menjelaskan kepada menteri permintaan pelajar-pelajar berkenaan supaya mengarahkan pengarah MSD untuk menarik balik surat yang dikeluarkan bagi membolehkan kuliah itu diteruskan.

Untuk itu, Mohamed Khaled berjanji akan menyemak perkara itu dengan pengarah berkenaan dan akan memaklumkannya kepada Zulkifli.

SUMBER : Berita


Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.

Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.

Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.

Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.

Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.

Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.

Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.

Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".

"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.

Nasrudin berkata, menuduh PMRAm sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.

Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.


Sumber : Berita



KULIM BANDAR BARU :
"..dan Al-Azhar telah benarkan memberikan kemudahan dewan.. Tiba-tiba Pengarah Jabatan apa.. MSD Malaysian Student Department telah mengeluarkan surat kepada Al-Azhar melarang pengajian tersebut yang telah dipersetujui oleh Al-Azhar dah dipersetujui oleh mufti tersebut, lebih kurang 700 pelajar kita telah pun mendaftar dari pelbagai latar belakang. pengarah MSD hantar surat mintak dilarang...
..satu saya nak tahu kenapa dilarang..
kedua.. setelah itu pelajar2 mengadakan bantahan dengan mengeluarkan baner, pengarah MSD mengupah 4org arab, mengguna kenderaan kedutaan malaysia..."

persepsi : macam tu sekali.. Dihantar untuk bertugas atau hanya nak buat samseng?? dunia.. oh dunia..



KULIM BANDAR BARU :
"...dia sebenarnya, masalah dia, saya sekarang ni tengah online dengan pelajar2 tu. Dia nakkan kepastian dari YB menteri. Mereka... Pelajar kita di mesir, lebih kurang dlm 700 org, sudah mengatur pengajian tambahan kuliah hadis, dan mereka telah mendapat persetujuan daripada Syeikh Ali Jumuah Mufti Besar Mesir untuk mengajar kelas itu. Dan Universiti Al-Azhar telah bersetuju untuk memberikan dewan. Dan memberikan kebenaran untuk pengajian itu dibuat di Al-Azhar.."

SEMPORNA :
".. Tan Sri YDP.. dalam soal ini, spt yg tlh sy katakan.. Pelajar2 ini sebahagian besarnya dan mungkin kesemuanya pelajar persendirian.."

KULIM BANDAR BARU :
" ada pelajar2 tajaan, 700 org.."

SEMPORNA :
" walau apa pun, soal2 akademik bukanlah dibawah tanggungjawab MSD.. dan itu adalah antara pelajar itu dan antara pihak insitusi.. dan memamng ikut kebiasaan.. memang biasanya di mesir mereka tak dengar cakap MSD dan dalam hal ni mengapa mereka nak dengar??? JADI TERUSKAN JER LA.."

persepsi : wah.. ini lesen besar bagi pelajar2 untuk tidak patuh pada MSD @ JPMK..

KULIM BANDAR BARU :
" kalau begitu jawapan YB Menteri, terima kasih.. Boleh tak mintak Menteri beritahu kpd MSD @ JPMK supaya tarik balik surat yang dihantar kpd Al-Azhar.."

SEMPORNA :
"..nanti sy akan semak dg MSD.. InsyaAllah.."

persepsi : bila tu YB Menteri??

KULIM BANDAR BARU :
"...satu je yg die mnta, dia pesan bagitahu pada menteri.. kami adalah pelajar tajaan.. dan ramai diantara kami AHLI KELAB UMNO"

Persepsi : ada jugak ahli kelab umno yg join kutub sittah yee.. =) bagus la kalau macam tu..
ahli kelab lain xjoin sekali ker??


Apa pula persepsi anda? Kita mempunyai persepsi tersendiri dalam menterjemahkan sesuatu isu. Kadangkala persepsi kita dengan individu lain bersepakat, kebarangkalian juga persepsi itu bercanggah antara satu sama lain. Walau kita punyai ruang demokrasi untuk bersuara, namun jangan ketepikan ilmu dan dalil dalam mengeluarkan sesuatu pendapat..
Ilmu ibarat stereng, akal ibarat tayar.. Ada stereng tanpa tayar tak berjalan kereta itu.. Ada tayar tanpa stereng, akan terkeluarlah dari landasan atau jalan yg sepatutnya..
Ilmu ibarat tapak yg kukuh, akal ibarat bangunan yg tersergam indah..
Ada tapak tanpa bangunan, sia-sia sahaja.. Walau bangunan tersergam indah andai tapaknya rapuh, maka akan tumbang bangunan itu..
Ilmu dan akal saling melengkapi..
Cukup sekadar di sini dahulu untuk kali ini.. Jangan lupa tinggalkan komentar anda setelah membaca habis persepsi ini..

Wednesday, October 28, 2009

Bajet 2010 : Sistem Islam Jalan Penyelesaian..

1)


2)


3)


4)


5)


6)


7)


8)


9)


10)


11)


Hanya bermanfaat bagi mereka yg berfikir.

Tuesday, October 27, 2009

Pengiktirafan Malaysia terhadap Al-Azhar dan sebaliknya..



RM1.21 juta disalurkan melalui kokurikulum persekolahan.. (banyak tu..)

Soalan Tambahan: Apakah usaha kerajaan dalam mengembalikan pengiktirafan Al-Azhar terhadap pelajar-pelajar dari Malaysia??

Jawapan yg diberikan : Ianya melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi..

Tiada jawapan yg spesifik diberikan.. Hanya kata2 manis dilontarkan, tiada jawapan ilmiah yg diberikan oleh Menteri @ Tim. Menteri yg berkaitan.. Yg die tau hanya nk kerajaan perpaduan yg dah lapuk.. Cukup2 la tu wahai Batu Pahat.. Itu la bila perjuangan berpaksikan Nationalisme hingga memperkudakan islam untuk mencapai matlamat.. Mengapa tidak dibuka seluas2nya peluang untuk ke Al-Azhar?? Kalau BTN boleh buat, knp xbuat kursus pemantapan bahasa arab untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar yg bakal ke Al-Azhar?? Mengapa tidak diperbanyakkan tajaan pelajar ke Al-Azhar?? Apa yg dapat kita lihat, kementerian yg berkaitan seboleh2nya ingin menghalang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar.. Seakan-akan tu la polisi sebenar kerajaan.. Ni hal JPMK ni, bila la nak masuk parlimen.. Nak dgr jugak apa jawapan menteri berkaitan.. sama2 kita tunggu dan lihat..

Monday, October 19, 2009

Video Sidang Parlimen.

Assalamualaikum wbt..
Lama rasanya tidak menonton Sidang Parlimen Malaysia..
Mari kita jeling2 sedikit sedutan dari kamar Parlimen untuk percambahan minda..

1Malaysia vs Islam Hadhari



Sedikit info tentang Defisit negara (bagi yg faham).. Dan Rang Undang-Undang baru yg dibahaskan bagi mentadbir wang negara dan wang rakyat..



Sedikit permasalahan BERNAMA TV..



Imej SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara..







p/s: harap maaf, paparan video kurang memuaskan..


Thursday, October 8, 2009

LEBARAN 2009

Assalamualaikum wbt..
Salam lebaran diucapkan pada semua sahabat2 yg masih dan sudi melayari blog aljauhary yg seakan-akan hidup segan mati tidak mahu ini..
Jutaan kemaafan dipohon dari semua yg mengenali kami. Sepuluh jari disusun bagi memohon apa jua kesilapan samaada sengaja ataupun yg tidak disengajakan zahir mahupun batin..
Di kesempatan ini ingin aljauhary memohon jutaan kemaafan juga buat sahabat2 yg ada di mansurah dan sekitarnya kerana buat masa terdekat ini aljauhary tidak dapat untuk buat majlis lebaran | open house | makan2 kerana bait aljauhary sedang mengalami "gempa bumi" yg teramat dahshat yg berskala richter "9.9" hanya gambar yg mampu menjelaskan keadaan di bait aljauhary

rumah 2

rumah 1

Dah macam gua..

Photobucket

macam kat palestin pun ada..

Photobucket

Namun dalam bilik masih utuh..

Photobucket

Photobucket

Menongkat langit2..

Beginilah sebahagian gambaran setelah "gempa bumi" yg melanda bait aljauhary..
Oleh itu, aljauhary mohon jutaan kemaafan sekiranya ada yg masih menunggu aljauhary utk buat majlis lebaran | openhouse | makan2..
Andai ada yg sudi mai la berkunjung ke bait aljauhary..
Sampai di sini sahaja buat kali ini,
siapa yg belum raya dg aljauhary mai la..
Wassalam..

Wednesday, August 19, 2009

Ingatan dari seorang sahabat kepada sahabat lain..



Lebih2 lagi sahabat yg ada di mansurah...

Bertepatan dengan itu, Unit Bait Muslim Mansurah sedang membuka keahlian dan kemasukkan baru untuk menjadi ahli UBMM. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Marilah sama2 kita memeriahkan Unit Bait Muslim Mansurah. Sila dapatkan borong dengan kadar segera daripada Ketua Unit Bait Muslim Mansurah. Atau terus berhubung dengan Aljauahry.

p/s: pesanan ini lebih dikhususkan kpd beberapa sahabat yg tinggal di bait maqabir, difahamkan ada dikalangan mereka telah sampai tahap wajib nikah.. (jangan marah ye.. siapa yg terasa tu harap maaf) dan mereka ini sedang dlm perhatian AJK UBMM dlm menjadikan mereka ahli angkat.

Monday, August 10, 2009

AL-FATIHAH

Assalamualaikum wbt..
Ku mohon agar sahabat2 dapat sedekahkan Al-fatihah buat puteraku
yg telah gugur syahid kembali bertemu ilahi pada jam 7.00 malam 08.08.2009

Photobucket


Photobucket

Semoga dia setia menanti abi dan ummi di pintu syurga..
"Ya Allah, Jadikanlah anak-anak kami tergolong dikalangan orang2 yg soleh...
Jadikan kami dikalangan orang2 yang soleh"
"Ya Allah, Kurniakan kami zuriat yg terbaik soleh dan solehah"
Ameen..

Friday, August 7, 2009

Selesema Babi tapi ramai sakit Melayu ?


Petikan dari blog Cina Islam

Oleh : Rozmal bin Malakan


Kesedaran umum mengenai penyebaran virus Selesema Babi atau A H1N1 masih rendah terutama orang Melayu. Mereka ingat nama penyakit Selesema Babi ini hanya boleh berjangkit jika makan , tersentuh atau berada berdekatan babi agaknya. Walhal virus ini sekarang merebak melalui sentuhan dan udara.

Akhir-akhir ini ramai yang dilaporkan mati assabab Selsema Babi ini orang Melayu.

Minggu lepas kawan saya pergi pasaraya Jayajusco di Seremban 2 yang kawasan di situ majoriti bukan Melayu, dia kata majoriti pengunjung di Jayajusco memakai topeng muka. Lepas tu dia pergi pasaraya Giant Senawang yang kawasan majoriti Melayu, boleh dikatakan tiada yang pakai topeng muka.

Sekolah anak saya di Seremban dah dua sekolah ada penularan wabak Selsema Babi ni , sekolah agama kerajaan pula tu. Satu sekolah tu ada dibekalkan sabun, satu sekolah tu tiada sabun, jadi saya suruh anak-anak bawa sabun sendiri.

Nampaknya kesedaran umum mengenai penyebaran Selsema Babi ini terutama orang Melayu boleh dikatakan ZERO.

Mungkin perlu tukar nama Selesema Babi ini ke Selesema Udara dan Selsema Sentuhan baru orang Melayu nak sedar agaknya.

Yang penting sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Selepas tu berdoa , solat hajat, bertawakkal dan seterusnya.


Rozmal bin Malakan
Seremban




Di Mansurah suasananya lebih kurang. Tahap kesedaran mahasiswa melayu khususnya dalam bidang pengajian islam amat-amat minimum. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke17 lalu Aljauhary telah membangkitkan hal ini, namun badan kebajikan pelajar masih menyepi dalam menyedarkan mahasiswa peri-pentingnya penjagaan kesihatan dari penularan wabak tersebut. Jawapan yang diberikan ketika MAT ke-17 juga kurang sempurna. Pimpinan lebih minat memikirkan hal keselamatan ahli berbanding kesihatan ahli yang turut penting untuk dijaga. Jika hubungan dengan Amnu daulah amat akrab hingga perlu bersuamuka acapkali, namun hubungan dengan Jabatan Kesihatan Mesir dan Mansurah khususnya seakan tiada langsung hubungan dua hala.

Selaku mahasiswa yang mentalitinya tinggi, namun masih belum mampu menterjemahkan kesedaran peri-hebatnya penangan wabak selsema babi ini. Jika sebut pasal perjuangan dialah orang yang jagoh dalam hal ini. Namun bila dipersoalkan serta ditaklifkan hal wabak ini,
"Ohh.. Ermmm.. Itu terpulang pada ahli agar ahli sentiasa menjaga kesihatan mereka sendiri... Err.. Dah ada ker malizi mansurah mati sebab wabak ni??"
"Setakat ini belum ada yang mati, namun ada berita mengatakan seorang pelajar medic menjadi suspek dijangkiti wabak tersebut oleh pihak kesihatan"
"Ohh.. itu tiada dalam maklumat kami.."
Itu la agaknya persoalan dan jawapan yang akan dikeluarkan oleh mahasiswa pengajian islam Al-Azhar jika diasak dengan persoalan tanggungjawab dan kesedaran tentang pentingnya semua ahli sedar kehadiran wabak tersebut di sekitar penempatan ahli. Rendah sangat mentaliti tersebut. K
alau macam tu lah jawapan dari seorang mahasiswa, baik tanya budak sekolah rendah cina di malaysia. pasti jawapan yang diberikan lebih ilmiah kerana mereka didedahkan oleh ibu bapa serta pihak kesihatan tentang perlunya dan pentingnya dalam penjagaan kesihatan.

Mengingatkan pimpinan sudah, mengingatkan sesama sahabat pun sudah, cukup rasanya tugas aljauhary dalam memberi kesedaran kepada sahabat-sahabat. Takkan Aljahary nak anjurkan seminar kesihatan serta mengedarkan risalah dari rumah ke rumah tentang bahayanya wabak selsema babi ini??? Nanti ada pula di kalangan pimpinan dan yang sewaktu dengannya menempelak Aljauhary dengan mengatakan "Siapa enta ni nak pandai-pandai dalam urusan kami?? kami tahu la macam mana nak uruskan perkara ini. Enta dah langgar etika serta Mauqif persatuan, enta cuba memecahbelahkan ahli, enta cuba cari publisiti murahan, bertaubat lah segera, tajdid semula syahadah enta, pergi mekah taubat depan ka'bah..."
Hahahaha.. jangan pulak ada yang gila bila dengar tuduhan-tuduhan seperti itu. Namun yang Aljauhary pasti, mesti ada dikalangan sahabat-sahabat di mansurah ini tersenyum bila baca nukilan ini kerana pernah terjadi dalam hidupnya walaupun sekali.

Agaknya bila dah ada yang mati akibat wabak ini, baru nak sedar pentingnya penjagaan kesihatan dari dijangkiti wabak ini. Bila ada kematian maka ada pihak yang mendabik dada mengatakan merekalah yang jaguh dalam hal tersebut. Menjaga kesihatan ahli, menasihatkan ahli serta memberi kesedaran agar ahli tentang bahayanya wabak ini. namun ahli masih tidak mahu mendengar dan mengambil berat pada awalnya (ahli jugak disalahkan). Merekalah yang memperjuangkan halehwal kesihatan ahli kerana hanya mereka dan yang sewaktu denganya sahaja faham erti perjuangan. Manusia lain yang ada di mansurah ini tidak memahami perjuangan lebih-lebih lagi mauqif persatuan. Dan kalam itu diulang-ulang 7 generasi yang silih berganti.

Adakah begitu suasana yang kita inginkan??? Adakah tahap itu mentaliti kita?? Mungkin ada yang menganggap nukilan ini menghujum sesetangah pihak, ada juga yang akan menuduh nukilan ini untuk memburukkan suasana. Namun secara jelas Aljauhary ingin mengingatkan pihak-pihak tertentu jangan nak duduk sedap jer kat atas sana hingga mengabaikan kebajikan kami yang kat bawah ni. Kebajikan kami bukan terjaga hanya dengan wang genih. Tapi kebajikan kami turut terjaga dengan kesedaran dari pihak berwajib peripentingnya kesedaran penularan wabak ini dan yang sewaktu dengannya. Nak mintak peruntukan lebih sikit pun sakittt. Itu memang tidak dinafikan. Ini nak mintak perhatian yang tidak perlukan wang genih tidak tahu lah terjawab atau tidak.

Walau apa pun, Aljauhary amat-amat mengharapkan sekiranya nukilan ini membawa kemanfaatan bersama maka sebarkanlah ianya. Sekira-kira ianya memecahbelahkan ahli maka abaikanlah.

Salam teguran dari Aljauhary..
Wassalam..

Bila Tok Guru Berpantun.. (ada sesiapa nak jawab???)




Pada tanggal 1 Ogos baru-baru ini di majlis Perasmian Konsert Antara Dua Dunia,bertempat di Stadium Melawati jam 8.00Mlm,Tokguru Nik Abd.Aziz telah membuatkan ribuan hadirin terpegun dengan pantunnya yang tentu sahaja mempunyai maksud tersirat dan tersurat dan penuh dengan unsur nasihat.
Jangan sangka orang bergelar Tokguru buta seni.Ini adalah bait-bait pantun beliau yang aku petik dari blog Tokguru.

Diatas nama sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud “Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan”, izinkan saya berbicara pada malam ini menggunakan kehalusan bahasa orang Melayu melalui gugusan pantun indah sepanjang berkata-kata.

Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.


Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi.

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi???

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
pahit mulut sampai ke pagi
beradu susuh taji pendeta
terbit suluh batil pun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.


Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.


Aljauhary : mari kita sama2 ambil iktibar dari ungkapan dan kiasan sinis tok guru..

Wednesday, August 5, 2009

Mengenal iImuwan yang mulia..

Mungkin ramai yg mengenali Ishaq Newton, yang menjumpai teori Graviti. atau mengenali Thomas alva Edison yg digelar penyihir kecil akibat banyaknya penemuan-penemuan. Juga James Watt yang menemukan mesin wap sehingga menjadi tonggak awal mesin moden. atau Benjamin Franklin yg menemukan listrik dan Michael Faraday menemukan dinamo. dan semua yg membuat kemajuan dalam hal dunia. Atau ilmuwan yg sangat popular bernama Albert Einstein.

Tapi sudahkah kita mengenali para ilmuwan dibidang agama, para ulama hadis, orang-orang yang mewarisi ilmu para nabi. dengan mencurahkan seluruh hidupnya mencari ilmu lalu mengajarkannya kepada kita sehingga kaum muslimin selalu berjalan dalam terang, di dunia dan akhirat.

"Telah kutinggalkan bagi kalian petunjuk yang nyata. Malamnya seperti siangnya sama (terangnya), tidaklah menyimpang setelahku kecuali dia akan binasa." (HR. Ibnu ‘Ashim)
Alhamdulillah, dengan teknologi internet, kita dengan mudah dapat membaca dan menelusuri biografi mereka tanpa harus mengumpul puluhan kitab.

http://ahlulhadist.wordpress.com adalah salah satu blog yang mengupas perihal ini.

Marilah sama2 kunjungi, "tak kenal maka tak cinta".

Anas berkata, “Dan aku mencintai Rasulullah, Abu Bakar, dan Umar. Aku berharap akan bersama mereka walaupun aku tidak mampu beramal seperti mereka.” (HR. Bukhari)

Friday, July 24, 2009

Ganjil + Biasa + Lega

Yang berlaku di Malaysia...

21 julai 2009
Haiwan dua alam????


Yang berlaku di Mansurah...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa macam??? Ada berani???

Kat Malaysia lagi...

22 julai 2009
Fuhh!!! Selamat!!!

Ada sesiapa nak komen??? Dipersilakan..

Sekian..
=) huhuhuhhu...


Sunday, July 19, 2009

Dirgahayu Khasrah & Nadi Ukkaz

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Ahamdulillah puji dan syukur dipanjatkan kepada Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam buat junjungan mulia penutup segala nabi Muhammad s.a.w. serta kerabat dan para sahabat baginda..
Syukur sekali lagi masih dikurniakan nikmat kesihatan, nikmat nyawa, nikmat iman dan islam.. Dan masih lagi dpt meneruskan hidup yg tujuannya adalah utk beribadah kepada Allah s.w.t.

Lama rasanya Aljauhary tidak memaparkan apa2 di ruang blog ini.. Kali ini, aljauhary ingin berkongsi sedikit cerita tentang program penutup kepada Nadi Ukkaz yg mn Aljauhary menjadi AJKnya..
Program tersebut seperti berikut..

Photobucket

Photobucket

Bermula dg ucapan aluan dr pengerusi majlis, kemudian Pengarah Nadi Ukkaz menyampaikan ucapan akhir sebelum meletakkan jawatan utk diganti dg pengarah baru utk sesi akan dtg.. seterusnya ucapan dr Pengarah khasrah yg bersemangat.. ( kata2nya yg bersemangat atau badan die yg semangat?? hehehe jgn marah ya Dato' K)

Photobucket

Diakhiri dg ucapan Pengerusi DPMM sesi 2008/2009..

Setelah penat dengar ucapan, kami disajikan dengan alunan irama merdu nasyid dari Ust. Bazli Hazwan..


maaf video kurang jelas sbb guna camera digital beresolusi rendah..

Photobucket

setelah selesai Ust. Bazli menyampaikan nasyid, tibalah masa yg ditunggu2 oleh Aljauhary iaitu penyampaian hadiah.. sebelum penyampaian hadiah, Aljauhary sempat beramah mesra dg Ust. Bazli..

Photobucket

Hadiah2 yg sedang menunggu pemenangnya...

Photobucket

Dan org pertama menerima hadiah adalah Aljauhary.. Dengan bangganya mengambil hadiah..

Photobucket

Nak tau menang apa??

Hehehe.. Menang teka silangkata arab.. Tu pun dpt no. 3 huhuhu.. Boleh lahh..

Lepas dpt hadiah, dpt pulak sijil penghargaan kerana jadi AJK Nadi Ukkaz

Photobucket

Setelah selesai pembahagian hadiah + sijil.. Tibalah masa utk menjamah hidangan..

Photobucket

Photobucket

Alhamdulillah rezeki dr Allah.. Sambil kudap2, masing2 berkongsi cerita dan pengalaman..

Photobucket

Sampai disini dulu kisah buat kali ini.. nanti ada masa Aljauhary akan kongsi lagi..
Wassalam..

Thursday, June 25, 2009

Pelaris (Adakah ini budaya Melayu???)

Pinjam cerita dari blog Al-Banjari online...

Cerita [1]

Wednesday, June 24, 2009

(1) Pelaris ? Bukan di Manek Urai..!!

Pelaris ? Sinonim dengan budaya melayu. Tapi jangan lupa, bangsa cina juga tidak terkecuali. Jika melayu segala tangkal, batu geliga, mantera dan apa juga yg boleh dijadikan pelaris digunapakai samada untuk perniagaan, rupa paras, kekayaan atau kuasa. Manakala bangsa cina yg percaya kepada Dewa Kekayaan, pasti akan meletakkan patung tersebut di dalam premis perniagaan mereka yg mudah dilihat pandang.

Teringat wak kepada seorang hamba Allah yg berniaga roti canai di tempat wak, (tempat dan nama dirahsiakan) sejak mula dia berniaga sampai sekarang, bonet kereta Waja beliau langsung tak bertutup, hujan kaa..panas kaa..dibiarkannya sahaja..malah tidak seorang pun berani menutupnya, jika ada pun yang terberani kerana tak tahu, pi tutup kerana rasa nak tolong pasal hujan lebat, but kereta dok ngangga takung air, lantas gatai pi tutup..tunggu saja....sakit ler telinga tersumbat dgn maki hamun yg keluar dari mulut sahabat tu. Rupa-rupanya ada 'benda' yg dok bertenggek dan bersarang dalam but kereta Wajanya yg terbuka. Benda yang manusia tak boleh nampak.

Wak pun sebenarnya tak tahu sebelum tu..pasal apa dia dok buat macam tu, tak sayang kereta kaa ? Tapi yg hairan, lebat macamana pun hujan, but kereta dia yg terbuka tu tak pulak menakung air ! jauh sekali nak berkarat sana sini..!

Hanya terbongkar bila wak bawak Tok Su Andak mai pekena roti kat gerai dia. Baru tau ! Lepas mintak teh tarik 2, wak pelawa tok su ni pekena roti tulur kawan kita tu. Tapi tok su langsung tak jawap, jauh sekali kata nak makan. Yang wak tengok, mata dia langsung tak berkedip memandang but kereta Waja tepi meja kawan kita dok tebar roti canai. Memang laku gila roti dia ni..1 hari 2 guni habis..licin..! Pagi bukak jam 7 pagi, 9 pagi dah habis..petang bukak jam 4 pm..6.30 dah habis, dasat tak dasat..memang layak dia pakai kereta waja dgn income tebar roti yg gila punya dasat..paling hebat bila dia juga dibantu oleh 2 orang isteri-isterinya. Bini 2 beb !

Tok su tengok apa..? wak cuba bertanya. Dia diam. Tak jawab walaupun wak dah tanya 3 kali. Faham ler wak dia tak mau makan roti. Ok..! sepanjang masa berada di gerai tersebut, tok su langsung tak bercakap..diam..duduk keras jadi batu..mata tumpu ke satu arah saja..,ke but kereta yg dok terngangga tu..! 10 minit ajer terus angkat kaki..bila dah masuk dalam kereta..bartu tok su bersuara !

Dah lama ka budak tu berniaga kat situ ? Hmm..pasai apa tok su ! lama jugak dah dekat 5 bulan. jawab wak. Tok su nak nasihat kat hang, kalau boleh lepas ni jangan pi makan roti yg dia jual dah..cari tang lain..banyak lagi. Terkejut wak..! Eh! kan ker melayu tu...yg berniaga..kalau tak melayu sokong melayu sapa lagi nak sokong ! Pasai apa ? wak tanya hairan. Kotoq (kotor)..sangat..!! Lagi wak jadi hairan...pasal apa pulak kotor, sedangkan wak tengok sikit punya cantik ka tempat tu...campur lagi dgn muka lawa bini dia..memang membuka selera..hahaha..!!

Kalau tok su cerita pun hang bukan buleh nak faham ! Tapi tok su nasihat pi tang lain..kalau tok su..muntah tang situ jugak..tepung bulat roti hat dia pakai tu..ada benda dok hurung keliling besen roti dia dok meniaga tu..bukan sekoq..4-5 ekoq..lencun tepung roti tu dgn liur lendir 'benda' tu..! Biar betul tok su !! (bersambung malam nanti..)

Artikel berkaitan : KLIK DI SINI

Cerita [2]


Thursday, June 25, 2009

(2) Pelaris ? Bukan di Manek Urai..!!

[..] Kalau tok su cerita pun hang bukan buleh nak faham ! Tapi tok su nasihat pi tang lain..kalau tok su..muntah tang situ jugak..tepung bulat roti hat dia pakai tu..ada benda dok hurung keliling besen roti dia dok meniaga tu..bukan sekoq..4-5 ekoq..lencun tepung roti tu dgn liur lendir 'benda' tu..! Biar betul tok su !!

Sejak beberapa bulan ini, itulah roti canai yg wak beli untuk perut wak dan anak2 wak..malah ada juga beberapa kali wak tempah dari dia untuk hidangan jamaah masjid setiap malam jumaat. Nak kata sedap roti tu tidak juga, sama sahaja..jika dah sejuk..tetap keras dan liat. Dan tong sampah ler tempatnya. Tapi mungkin aura dan 'semangat' roti tu kut buat ia laris. Teruk sangatkah sampai tok su kata macam tu ?
Kena bersangka baik. Hmm..tak sudah2 la hang dok bersangka baik. Dah tok su kata macam tu pun hang dok kata bersangka baik lagi apahal ? wak melayan dan memujuk hati sendiri..pro dan kontra !

Sampai saja di rumah, tok su terus ke dapur. Wak masih dok garu kepala yg tak gatal. Lain macam sangat2 bila tok su kata macam tu. Geli geleman rasa anak tekak. Lagi satu perangai tok su ni payah sungguh dia nak citer kalau dah dia kata macam tu. Otak kena jalan, wak mesti kena rungkai misteri 'benda' bertenggek tu. Kalau tanya sekarang pun, dah tahu jawapan yg akan keluar, hang beli tang lain..skema jer jawap tok su. Kena main STRATEGI. Bukan politik saja nak kena ada strategi, nak saiko tok su ni pun kena bijak berstrategi. Jom kita teruskan strategi mantap wak dengan terus membaca bahagian 2 ni sampai habis.

Hang ada nampak maksu hang ? Tiba-tiba suara tok su menerjah ke cuping telinga wak ketika wak masih dianjung. Kenapa tok su ! Kat dapor pun tak dak..depa pi mana ? Ohh..maksu kaaa ? sahut wak lembut. Tadi isteri wak sms, depa dah lepas ke Penang dah pun...depa nak pi cari kain tudung. Depa kata nak pi Nagoya.,Nagoya Tekstils..MegaMall, kenapa ? Bukan apa..ingat nak balik la hari ni..dah 2 hari tok su dok kat rumah hang ni..dari semalam lagi. hari ni dah sabtu. Tak tau la kambing tok su tu jadi macamana ! Kambing ? Bila pulak tok su ada bela kambing ? Lama dah..tu laa sejak mola hang kahwin, dah tak pernah mai rumah toksu, sampai tok su bela kambing pun hang dah tak tau..pasai apa ? Ni dekat 5 tahun jugak kalau nak kiera..hang dah tak pijak rumah tok su. Dah beratus ekoq kambing tok su dah juai, hang tau..dari kambing baka 'harga mark up' sampai la kambing baka 'harga Husam', semua ada tok bela !

sekadar gambar hiasan

Aik..baka kambing pessen apa pulak tu..ada baka mark up dan baka Husam ! hang tak tau kaa ? Hang ni betui piang laa..baka mark up tu.., baka mahal, sekoq baka ibu RM1600, hang tau..tapi hasil kurang..cepat monopous ! Beranak sikit..tapi taik yang banyak..!! Depa pekena tok su..kata dari Nepal, alih2 dari Siam..ceh ! Sejak terkena dengan depa tu, tok su dah tak pakai baka 'mark up', jamnapari..dah ! Cukup ler sekali..!

Laa..tok su guna baka Husam, baguih..dah 3 tahun dok bela baka ni..baru boleh buat duit..zakat pun dapat pi bayaq banyak sikit dari hat dulu tu..!! baka Boer, baru RM900 satu ibu. Rajin beranak..taik sikit ! Bila sikit taik..pacat pun kurang..!!

Ooohh..macam tu yer tok su ! Macamana kalau malam ni tok su turun sikit ilmu bela kambing ni kat wak. Wak ingat bila dah tok su citer macam ni..seronok banyak nak tau tentang kambing. Takpa kalau tok su nak balik tengok kambing..esok wak hantar terus ke kampung, tak payah ambik teksi atau bas..tapi kena janjilah tidoq malam ni lagi semalam. Tok su tiada pilihan. Sebenarnya memang itulah pilihan yang wak nak bagi kat toksu, kerana strategi hanya boleh berjalan bila dia tidoq kat rumah wak lagi semalam. Yes !!

Kudapan malam ni wak hidangkan roti canai. Sebelum Maghrib tadi wak dah beli siap-siap. Elok saja lepas sudah makan malam dengan toksu dan maksu, wak ajak semua yg ada pi ke meja 1 lagi..kita kenduri makan roti canai pulak.

Tiba-tiba toksu kata, jangan !! Keras suara toksu kali ni. Jangan ada sapa pi sentuh roti canai tu ! Dengan suara keras dan parau..tok su mintak maksu pi buang roti canai yg wak beli 5 keping tu keluar. Maksu terkebil-kebil hairan. Mungkin terkejut dan malu dgn toksu yang tetiba saja naik hantu. Wak bagi isyarat kat maksu..supaya beredar.

Awat hang ketegaq sangat, kan toksu kata jangan pi beli roti canai tu, pasai apaa ! Eh! macamana pulak toksu boleh tau wak beli kat 'situ'. Dasat ilmu orang tua ni. Aku kata pi buang..! Pi Buang !! Untuk reda keadaan, isteri wak yg kumpul roti canai dan pi buang terus masuk ke dalam tong sampah depan rumah. Mulut tok su kumat-kamit, dok baca apa pulak ni ! Adehh..betui dah naik hantu tok su aku ni, strategi tengah dok bejalan. Kemudian tok su ambik gelas dan terus minum, ingatkan dia telan...tiba-tiba prusssssss...bersembor air keluar dari mulut tok su kiri dan kanan. Jom..hang pi tengok sapa ada dok makan roti yg hang dok beli tadi.., sambil tarik tangan wak ke anjung.

Kat mana ? Wak tarik sliding door, Ya Allah..memang betul !! Berdiri bulu roma dan bulu tengkuk wak..baru wak nampak dalam gelap tu ada 4 'makhluk' dok meratah roti canai dari dalam tong sampah depan rumah, sikit punya besar ker..2 kali ganda dari tubuh wak..wak masih ingat masa tu jam lebih kurang pukul 9 malam, memang lahap sungguh ! Wak yakin makhluk tu bukan anjing, anjing tak makan roti canai malam-malam. Tok su bersuara perlahan, itu la jin yg dok jaga dia meniaga. Sekarang hang dah tengok dengan mata kepala hang.

Esok pagi wak pi bukak tong sampah hijau depan rumah, nak pastikan betulkah roti canai tu ada atau betul dah habis kena makan dgn makhluk tu malam tadi, saja nak pasti ! Bila wak bukak saja..MasyaAllah..punya la busuk..tak dak rupa roti canai pun ada dalam tong tu...yg wak nampak hanyalah gumpalan tepung berlendir hitam (macam tepung uli yang dah seminggu terbiar), punya la busuk. Pelepuk !! hang tengok apa ? terkejut gila wak bila belakang wak kena tepuk macam tu..adoiyaii..toksu..toksu ! kalau yer pun nak tegur..bagi la salam dulu, kalau la wak ada masalah jantung... mau tumbang masa tu jugak..arwah !!

Yang busuk tu air kencing dia la tu ! Kalau boleh lepas ni hang suruh bini hang pi belajaq buat roti canai, buat sendiri kalau nak makan, kat luar tu kita tak tau..macamana depa buat, kalau yg elok takpa laa..ni kena yg macam hang dok beli tu ? Hang pi makan benda kotoq..memang la hang tak nampak..tapi malam tadi hang dah nampak !

Huhhh! dalam wak tarik nafas dan lepaskan keluar ! Sejak hari itu wak dah tak makan roti canai sampai sekarang. Dah 2 tahun beb ! TAMAT

Saturday, June 13, 2009

Al-Fatihah...

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu beriringan sebuah lori treler akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram disyaki mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN

Photobucket