Wednesday, November 26, 2008

Monolog seorang aku…



Dalam melayari sebuah kehidupan, pahit manis adalah suatu mainan yg menjadikannya sebuah kenangan.


Maka bermulalah sebuah monolog tentang seorang aku…


Fikirang sedang berputar ligat, mengingat kembali setiap kenangan yg tercipta hasil kerja setiap pancaindera serta anggota badan yg mewarna-warnikan setiap kejadian lalu yg menghasilkan kenangan dan tersemat di ruang legar pemikiran. Hati berdetik bersama degupan jantung, memberi arahan kepada fikiran utk menafsirkan serta menterjemahkan setiap kenangan dg ber’wasilah’kan mulut dlm sesi penterjemahan itu. Namun bibir terkunci seribu bahasa, lidah beku tanpa kata-kata. Jadi, mana mungkin fikirah dapat menyampaikan monolog diri tanpa perantaraan hasil kombinasi bibir lidah tekak dan lontaran suara. Ohhh!! Aku buntu, aku keliru, aku beku!! Sepantas kilat jari jemari memainkan peranan penting, menari mengikut irama fikiran yg diarahkan oleh sekeping hati yg menghantarkan arahan jauh didalam sesusuk tubuh seorang aku.


Ingin rasanya diri ini bermonolog tentang kenangan atau lebih tepat kehidupan harian yg telah berlalu beberapa ketika. Aku yg terdampar di dunia yg asing dari budaya melayu yg penuh ketatasusilaannya. Tercampak di perlembahan yg sebelum kaki menjejakkan tapanya di sini yg aku bayangkan hanyalah sebuah padang pasir yg tandus dengan segala tumbuhan yg menghijau yg memberi kedamaian buat mata yg memandang. Namun semua bayangan itu ternyata palsu, kerana perlembahan yg kusangkakan hanya lah padang pasir rupanya amat subur dg pelbagai tumbuhan samaada pada musim dingin mahupun musim panas. terdamparnya aku di sini utk mencari sebanyak mana ilmu serta pengalaman hidup yg akan ku bawa pulang ke tanah air tercinta.


Pagi2 ku bermula seperti biasa. Saban pagi menggagahkan diri ini utk menghadirkan diri ke kuliah yg seringkali tewas dg musuh utamaku (musim sejuk). Saban pagi berebut2 dg arab yg jauh lebih tubuhnya berbanding diriku yg sangat kecil jika dibandingkan dg mereka. Malahan aku melihat diriku tersangatlah kecil. Berlari mendapatkan tempat duduk di dalam sebuah ‘kotak besi buruk’ yg masyhur di sini dg panggilan tranco. Dg berbekalkan 30pts sebagai tambang utk ke murur. Bersesak2 di dalam ‘kotak besi buruk’ sudah menjadi kebiasaan buat diriku. Gelagat mesyarakat di sini sudah lagi tidak berjaya mendapat perhatianku. Yang penting bagiku selamat sampai kekuliah. Sambil bergerak, ‘kotak besi buruk’ ni seringkali mendendangkan irama merdu hasil putaran tayar yg digerakkan oleh sebongkah enjin yg mengaum kuat di pandu oleh stereng yg lusuh. Namun irama yg seringkali menembusi ruang telingaku ialah irama hon yg sudah lali ku mendengarnya.


Alhamdulillah, sampai jua ku di depan pintu kuliah. Namun telah menunggu sekumpulan polis keamanan utk memastikan semua mahasiswa mempunyai dokumen yg sah utk masuk ke kuliah. Alamak!!! Kerneh (kad pelajar) tertinggal tadi kat rumah. Macam mana ni?? Nak pulang semula ke rumah semata2 nak ambil kerneh??? Suatu perkara yg amat mustahil. Maka jalan penyelesaiannya ialah berdepan sahaja dg polis keamanan tadi. Tatkala kaki melangkah mendekati mereka. Sedikit demi sedikit badan terarah utk masuk, satu tangan menepuk bahuku “maliziy?” aku hanya mengangguk. “aiwah, daakhil” wah!! begitu mudah tanpa banyak tutur bicara serta persoalan seperti yg di lakukan kepada masyarakat mereka sendiri. Manuju ke kelas serta mencari tempat duduk di hujung meja. Kerana lebih mudah bagiku utk memberi perhatian serta melihat wajah doktor dg lebih jelas. Walaupun setiap muhadharah kebanyakkan aku sukar utk faham namun tiada pilihan lain melainkan duduk dan dengar apa yg di syarahkan oleh doktor. Jadual pembelajaran harianku seperti di bawah ini:


Sesi pembelajaran sedang berjalan.












Setiap butir kata doktor ku dengarkan sahaja. Kerana terlalu laju utk di tangkap oleh fikiran yg ingin di terjemahkan sepantas kilat ke dalam bahasa ibunda. Namun sahabat2 ku kelihatan khusyuk mendengar penjelasan doktor. Ahhh!! Siap la korang mlm ni, aku nak korang terang semula apa yg doktor syarahkan tadi sabab aku mmg tak faham langsung. Hehehe!!!


Selesai sahaja kelas maka waktu utk bayar rusum (yuran kuliah) sebanyak L.E.77.50 murah kerr? Mmg murah tapi ada halanganya. Terpaksa beratur panjang. berebut2 dg arab yg seringkali memintas. arghh!!! suatu tekanan buat diriku, namun aku tiada pilihan. memaksa kaki bertahan utk menunggu giliran.




Selesai sahaja semua urusan, maka aku terus melangkah utk terus pulang ke rumah. Sama seperti aku pergi tadi, begitu jua pulangnya, ‘kotak besi buruk’ menjadi pilihanku. Tangan memegangan erat kitab ‘muhadharat fil mantiq’. Sesekali sambil menunggu kedatangan ‘kotak besi buruk’ tangan ku menyelak lembaran2 kitab tersebut. Ermmm.. malam ni ada study group kat maqabir. Hampir2 sahaja aku terlupa, niat hati nak berdating dg isteri tercinta tp terpaksa dilupakan buat sementara. Hampir setiap malam ada study group kat maqabir. Nasib baik ada study group kalau tak, mn la aku nak faham apa yg doktor syarahkan di setiap muhadharah. Alamak!!! ‘kotak besi buruk’ dah sampai, “dirasat, dirasat, dirasatttttt” Alhamdulillah ada 1 tempat kosong. Berbekalkan tubuh yg kecil ini aku menyusup masuk ke tempat kosong tadi. Berhimpit-himpit di dalam ‘kotak besi buruk’ yang penting bagiku selamat sampai.


Begitulah sebahagian kenangan yg sempat ku lakarkan dalam coretan ini. Kerana jari jemari ku sedang kesejukkan kerana terlalu lama menari irama yg diterjemahkan dr fikiran ku ini. Monolog ini hanya sebagai selingan buat blog ku ini. Jutaan terima kasih ku ucapkan buat penggunjung yg sudi membaca hingga selesai garapanku ini.

Sekian dahulu...


Al-jauhary

jazirah al-ward..

taman sekebun bunga..