Tuesday, February 17, 2009

PERINGATAN YANG ANEH (PENGLIPUR LARA)


Suatu hari Abu Nawas dipanggil Raja Harun Al Rasyid.

"Abu Nawas." kata Baginda Raja Harun Al Rasyid memulakan bicara.

"Daulat Tuanku yang mulia." kata Abu Nawas penuh takzim.

"Beta harus berterus terang kepadamu bahwa kali ini engkau beta panggil bukan untuk beta permainkan atau beta perangkap. Tetapi beta benar-benar memerlukan bantuanmu." kata Baginda bersungguh-sungguh.

"Gerangan apakah yang bisa hamba lakukan untuk Paduka yang mulia?" tanya Abu Nawas.

"Ketahuilah bahwa beberapa hari yang lalu beta mendapat kunjungan kenegaraan dari negeri sahabat. Kebetulan rajanya beragama Yahudi. Raja itu adalah sahabat karib beta. Apabila dia berjumpa dengan beta dia terus mengucapkan salam secara Islam, iaitu Assalamualaikum (kesejahteraan buat kalian semua). Beta tidak menduga sama sekali. Tanpa berfikir panjang beta menjawab sesuai dengan yang diajarkan oleh agama kita, iaitu kalau mendapat salam dari orang yang bukan beragama Islam hendaklah engkau jawab dengan Wassamualaikum (Kecelakaan atas kamu). Tentu saja dia merasa tersinggung. Dia bertanyakan mengapa beta sanggup membalas salamnya yang penuh doa keselamatan dengan jawapan yang mengandung kecelakaan. Saat itu sungguh beta tidak bisa berkata apa-apa selain diam. Pertemuan beta dengan dia selanjutnya tidak berjalan dengan sepatutnya. Beta berusaha menjelaskan bahwa beta hanya melaksanakan apa yang dianjurkan oleh ajaran agama Islam. Tetapi dia tidak dapat menerima penjelasanku. Beta merasakan bahawa pandangannya terhadap agama Islam tidak semakin baik, tetapi sebaliknya. Dan sebelum kami berpisah dia berkata: Rupanya hubungan antara kita mulai sekarang tidak semakin baik, tetapi sebaliknya. Namun bila engkau mempunyai alasan lain yang bisa aku terima, kita akan tetap bersahabat." kata Baginda menjelaskan dengan wajah yang amat murung.

"Kalau hanya itu persoalannya, mungkin hamba bisa memberikan alasan yang dikehendaki raja sahabat Paduka itu yang mulia." kata Abu Nawas meyakinkan Baginda.

Mendengar kesanggupan Abu Nawas, Baginda amat riang. Baginda berulang-ulang menepuk bahu Abu Nawas. Wajah Baginda yang gundah gulana seketika itu berubah cerah semula secerah matahari di pagi hari.

"Cepat katakan, wahai Abu Nawas. Jangan biarkan beta menunggu." Kata Baginda tidak sabar.

"Baginda yang mulia, memang sepatutnyalah kalau raja Yahudi itu mengucapkan ucapan salam keselamatan dan kesejahteraan kepada Tuanku. Kerana ajaran Islam memang menyeru kearah keselamatan (dari siksa api neraka) dan kesejahteraan (syurga). Sedangkan Raja Yahudi itu tahu Baginda adalah orang Islam. Bukankah Islam mengajarkan tauhid iaitu tidak menyekutukan Allah dengan yang lain, juga tidak menganggap Allah mempunyai anak. Ajaran tauhid ini tidak dimiliki oleh agama-agama lain termasuk agama yang dianut Raja Yahudi sahabat Tuanku yang mulia. Ajaran agama Yahudi menganggap Uzair adalah anak Allah seperti orang Nasrani beranggapan Isa anak Allah. Maha Suci Allah dari segala sangkaan mereka. Tidak sepatutnya Allah mempunyai anak. Sedangkan orang Islam membalas salam dengan ucapan Wassamualaikum (kecelakaan atas kamu) bukan bererti kami mendoakan kamu agar celaka. Tetapi semata-mata kerana ketulusan dan kejujuran ajaran Islam yang masih bersedia memperingatkan orang lain diatas kecelakaan yang akan menimpa mereka bila mereka tetap berpegang teguh pada keyakinan yang keliru itu, iaitu tuduhan mereka bahwa Allah Yang Maha Pengasih mempunyai anak." Abu Nawas menjelaskan.

Seketika itu kegundahan Baginda Raja Harun Al Rasyid sirna. Kali ini semakin gembiranya Baginda dan menawarkan Abu Nawas agar memilih sendiri hadiah apa yang disukai. Abu Nawas tidak memilih apa-apa kerana ia berkeyakinan bahwa tidak selayaknya dia menerima upah dari ilmu agama yang dia sampaikan.

Tuesday, February 3, 2009

PROJEK SOYA AL-JAUHARY


Alhamdulillah...
Selesai sudah imtihan untuk semester satu kali ini. Namun ada cerita yang ingin dikongsi bersama buat pembaca yang sudi singgah di laman yang sepi ini.
Dalam kesibukkan membaca, memahami serta menghafal ilmu untuk menghadapi imtihan seperti yang telah dijadualkan, terkadang kebosanan singgah didalam diri ini yang menjadi musuh untuk bersiap siaga di medan imtihan nanti.
Untuk menghilangkan sedikit kebosanan tersebut, macam-macam cara boleh dilakukan. Ada yang melalak dengar lagu rock, ada yang berteleku di tikar sejadah membaca Al-quran serta berzikir, ada juga yang berborak sesama sahabat bagi menghilangkan kebosanan tersebut. Namun bagiku, berjalan-jalan di pasar (suq) diwaktu malam dipilih sebagai salah satu cara untuk menghilangkan kebosanan.
Destinasi utama adalah kedai roti (makhobiz) dan dalam pencarianku itu berjumpalah dengan roti canai mesir (fatirah) hanya orang yang pernah datang mesir sahaja tahu sebesar mana roti canai itu. Biarlah gambar dibawah menceritakannya:





Rasa-rasa besar tak roti canai mesir?

Dalam perjalan pulang, hati ini rasa ditarik-tarik untuk menghampiri kedai rempah ni.



Maka bermulalah perbualan antara Al-jauhary dan Ammu rempah:
Al-jauhary : soya ada?
Ammu rempah: Ada.
Al-jauhary : berapa sekilo?
Ammu rempah : 4 genih sekilo. Berapa kilo nak?
Al-jauhary : bagi jer la sekilo. Lama dah tak ada soya?
Ammu rempah : Ya! Berzaman.
(alamak, ammu ni sindir aku ker??)
Al-jauhary : Soya ni bila sampai?
Ammu rempah : Baru 3 hari. Ambil 1.25 kilo la!! kira 5 genih, boleh!!
Al-jauhary : Boleh la!!
Setelah selesai transaksi penjualan, yang menepati rukun dan syarat jual-beli yang telah disepakati oleh jumhur ulama'. Maka beredarlah dari kedai itu serta terbayang lah keenakkan air soya yang sudah lama tidak dirasai. Lebih-lebih lagi di mesir tiada air soya dipasaran mereka samada di dalam kotak, botol mahupun di dalam tin.
Jadi, dengan adanya kacang soya ini, amat-amatlah bersyukur.
Dalam kesibukkan membayangkan keenakkan soya, baru teringat gula kat rumah dah habis.
Jadi, singgah la sekejap kat kedai ammu ni:



Al-jauhary : Ammu gula sekilo berapa genih?
Ammu : 3 genih, tapi dengan maliziy ana bagi 2.75 genih. nak berapa kilo?
Al-jauhary : Bagi la 2 kilo!!
(wah baik betul ammu ni. peramah pulak tu. tak rugi beli kat ni. alamak!!! promosi kedai ammu ni plak. tak mengapa, sebab ramai maliziy yang mencari keperluan harian di kedai ni.)

Sampai sahaja di rumah, maka bermulalah projek soya Al-jauhary.
Nak tahu banyak mana soya yang dibeli tadi? Ni ha gambarnya :




soya disebalik plastik

Nak tau macam mana cara buat air soya?

Mula-mula ambil 230gram kacang soya letakkan dalam pinggan :





Asingkan antara kacang soya dan ranting-ranting atau yang sewaktu dengannya :



Sambil buat kerja jangan lupa baca buku. Esok lusa nak imtihan :



Setelah selesai, basuh kacang tadi :



Pastikan basuh dengan bersih :





Sesudah itu isikan air untuk merendam kacang soya tadi :





Kemudian tutup supaya tiada serangga-serangga yang tidak diingini singgah, rendam semalaman :



Inilah rupa kacang soya yang sudah kembang hasil rendaman semalaman:



Nak tau macam mana perbezaannya??
Biar gambar ini yang menceritakannya, sebelum dan selepas :



Sekarang, tibalah masa untuk kacang-kacang tadi menari mengikut irama mesin pengisar. Hehehe.... :





Inilah hasil setelah beberapa minit menari-nari dalam bekas tu :





Dah boleh minum ker ni???
Belum lagi, memangla nampak sedap :



asingkan air dan sepah kacang soya.
(Habis manis sepah dibuang. Kacang soya tak rasa manis. Hehehe...)



Air kacang soya yang telah diperah tadi perlu dimasak.
Masak perahan kacang soya tadi selama 39minit 60saat. Wakaka :







Oleh kerana terlalu pekat, tambahkan sedikit air untuk menyeimbangkan kepekatan soya :





Setelah 33minit 60saat berlalu,
tibalah masa untuk masukkan gula :



Gula pun nak tunjuk ker?
hampeh betul...



Setelah cukup 39minit 60saat, maka air soya pun dah masak.

Tungkan di dalam gelas untuk dihidangkan:



Nak tau macam mana rasanya????
mana boleh cakap, sebab tidak dapat nak gambarkan keenakkan soya yang panas di waktu cuaca dingin salju. Keenakkan hingga ke titisan terakhir...



Selesailah sudah projek soya Al-jauhary, setakat ini hanya buat untuk keluarga, jiran-jiran serta sahabat yang duk kat maqabir sahaja. Tiada tempahan diterima lagi. Ada yang nak tempah ker?? Yang itu kena bincang kemudian.

Cukuplah buat kali ini...
soya syubhat sewaktu imtihan...

-Al-jauhary....