Wednesday, August 19, 2009

Ingatan dari seorang sahabat kepada sahabat lain..



Lebih2 lagi sahabat yg ada di mansurah...

Bertepatan dengan itu, Unit Bait Muslim Mansurah sedang membuka keahlian dan kemasukkan baru untuk menjadi ahli UBMM. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Marilah sama2 kita memeriahkan Unit Bait Muslim Mansurah. Sila dapatkan borong dengan kadar segera daripada Ketua Unit Bait Muslim Mansurah. Atau terus berhubung dengan Aljauahry.

p/s: pesanan ini lebih dikhususkan kpd beberapa sahabat yg tinggal di bait maqabir, difahamkan ada dikalangan mereka telah sampai tahap wajib nikah.. (jangan marah ye.. siapa yg terasa tu harap maaf) dan mereka ini sedang dlm perhatian AJK UBMM dlm menjadikan mereka ahli angkat.

Monday, August 10, 2009

AL-FATIHAH

Assalamualaikum wbt..
Ku mohon agar sahabat2 dapat sedekahkan Al-fatihah buat puteraku
yg telah gugur syahid kembali bertemu ilahi pada jam 7.00 malam 08.08.2009

Photobucket


Photobucket

Semoga dia setia menanti abi dan ummi di pintu syurga..
"Ya Allah, Jadikanlah anak-anak kami tergolong dikalangan orang2 yg soleh...
Jadikan kami dikalangan orang2 yang soleh"
"Ya Allah, Kurniakan kami zuriat yg terbaik soleh dan solehah"
Ameen..

Friday, August 7, 2009

Selesema Babi tapi ramai sakit Melayu ?


Petikan dari blog Cina Islam

Oleh : Rozmal bin Malakan


Kesedaran umum mengenai penyebaran virus Selesema Babi atau A H1N1 masih rendah terutama orang Melayu. Mereka ingat nama penyakit Selesema Babi ini hanya boleh berjangkit jika makan , tersentuh atau berada berdekatan babi agaknya. Walhal virus ini sekarang merebak melalui sentuhan dan udara.

Akhir-akhir ini ramai yang dilaporkan mati assabab Selsema Babi ini orang Melayu.

Minggu lepas kawan saya pergi pasaraya Jayajusco di Seremban 2 yang kawasan di situ majoriti bukan Melayu, dia kata majoriti pengunjung di Jayajusco memakai topeng muka. Lepas tu dia pergi pasaraya Giant Senawang yang kawasan majoriti Melayu, boleh dikatakan tiada yang pakai topeng muka.

Sekolah anak saya di Seremban dah dua sekolah ada penularan wabak Selsema Babi ni , sekolah agama kerajaan pula tu. Satu sekolah tu ada dibekalkan sabun, satu sekolah tu tiada sabun, jadi saya suruh anak-anak bawa sabun sendiri.

Nampaknya kesedaran umum mengenai penyebaran Selsema Babi ini terutama orang Melayu boleh dikatakan ZERO.

Mungkin perlu tukar nama Selesema Babi ini ke Selesema Udara dan Selsema Sentuhan baru orang Melayu nak sedar agaknya.

Yang penting sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Selepas tu berdoa , solat hajat, bertawakkal dan seterusnya.


Rozmal bin Malakan
Seremban




Di Mansurah suasananya lebih kurang. Tahap kesedaran mahasiswa melayu khususnya dalam bidang pengajian islam amat-amat minimum. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke17 lalu Aljauhary telah membangkitkan hal ini, namun badan kebajikan pelajar masih menyepi dalam menyedarkan mahasiswa peri-pentingnya penjagaan kesihatan dari penularan wabak tersebut. Jawapan yang diberikan ketika MAT ke-17 juga kurang sempurna. Pimpinan lebih minat memikirkan hal keselamatan ahli berbanding kesihatan ahli yang turut penting untuk dijaga. Jika hubungan dengan Amnu daulah amat akrab hingga perlu bersuamuka acapkali, namun hubungan dengan Jabatan Kesihatan Mesir dan Mansurah khususnya seakan tiada langsung hubungan dua hala.

Selaku mahasiswa yang mentalitinya tinggi, namun masih belum mampu menterjemahkan kesedaran peri-hebatnya penangan wabak selsema babi ini. Jika sebut pasal perjuangan dialah orang yang jagoh dalam hal ini. Namun bila dipersoalkan serta ditaklifkan hal wabak ini,
"Ohh.. Ermmm.. Itu terpulang pada ahli agar ahli sentiasa menjaga kesihatan mereka sendiri... Err.. Dah ada ker malizi mansurah mati sebab wabak ni??"
"Setakat ini belum ada yang mati, namun ada berita mengatakan seorang pelajar medic menjadi suspek dijangkiti wabak tersebut oleh pihak kesihatan"
"Ohh.. itu tiada dalam maklumat kami.."
Itu la agaknya persoalan dan jawapan yang akan dikeluarkan oleh mahasiswa pengajian islam Al-Azhar jika diasak dengan persoalan tanggungjawab dan kesedaran tentang pentingnya semua ahli sedar kehadiran wabak tersebut di sekitar penempatan ahli. Rendah sangat mentaliti tersebut. K
alau macam tu lah jawapan dari seorang mahasiswa, baik tanya budak sekolah rendah cina di malaysia. pasti jawapan yang diberikan lebih ilmiah kerana mereka didedahkan oleh ibu bapa serta pihak kesihatan tentang perlunya dan pentingnya dalam penjagaan kesihatan.

Mengingatkan pimpinan sudah, mengingatkan sesama sahabat pun sudah, cukup rasanya tugas aljauhary dalam memberi kesedaran kepada sahabat-sahabat. Takkan Aljahary nak anjurkan seminar kesihatan serta mengedarkan risalah dari rumah ke rumah tentang bahayanya wabak selsema babi ini??? Nanti ada pula di kalangan pimpinan dan yang sewaktu dengannya menempelak Aljauhary dengan mengatakan "Siapa enta ni nak pandai-pandai dalam urusan kami?? kami tahu la macam mana nak uruskan perkara ini. Enta dah langgar etika serta Mauqif persatuan, enta cuba memecahbelahkan ahli, enta cuba cari publisiti murahan, bertaubat lah segera, tajdid semula syahadah enta, pergi mekah taubat depan ka'bah..."
Hahahaha.. jangan pulak ada yang gila bila dengar tuduhan-tuduhan seperti itu. Namun yang Aljauhary pasti, mesti ada dikalangan sahabat-sahabat di mansurah ini tersenyum bila baca nukilan ini kerana pernah terjadi dalam hidupnya walaupun sekali.

Agaknya bila dah ada yang mati akibat wabak ini, baru nak sedar pentingnya penjagaan kesihatan dari dijangkiti wabak ini. Bila ada kematian maka ada pihak yang mendabik dada mengatakan merekalah yang jaguh dalam hal tersebut. Menjaga kesihatan ahli, menasihatkan ahli serta memberi kesedaran agar ahli tentang bahayanya wabak ini. namun ahli masih tidak mahu mendengar dan mengambil berat pada awalnya (ahli jugak disalahkan). Merekalah yang memperjuangkan halehwal kesihatan ahli kerana hanya mereka dan yang sewaktu denganya sahaja faham erti perjuangan. Manusia lain yang ada di mansurah ini tidak memahami perjuangan lebih-lebih lagi mauqif persatuan. Dan kalam itu diulang-ulang 7 generasi yang silih berganti.

Adakah begitu suasana yang kita inginkan??? Adakah tahap itu mentaliti kita?? Mungkin ada yang menganggap nukilan ini menghujum sesetangah pihak, ada juga yang akan menuduh nukilan ini untuk memburukkan suasana. Namun secara jelas Aljauhary ingin mengingatkan pihak-pihak tertentu jangan nak duduk sedap jer kat atas sana hingga mengabaikan kebajikan kami yang kat bawah ni. Kebajikan kami bukan terjaga hanya dengan wang genih. Tapi kebajikan kami turut terjaga dengan kesedaran dari pihak berwajib peripentingnya kesedaran penularan wabak ini dan yang sewaktu dengannya. Nak mintak peruntukan lebih sikit pun sakittt. Itu memang tidak dinafikan. Ini nak mintak perhatian yang tidak perlukan wang genih tidak tahu lah terjawab atau tidak.

Walau apa pun, Aljauhary amat-amat mengharapkan sekiranya nukilan ini membawa kemanfaatan bersama maka sebarkanlah ianya. Sekira-kira ianya memecahbelahkan ahli maka abaikanlah.

Salam teguran dari Aljauhary..
Wassalam..

Bila Tok Guru Berpantun.. (ada sesiapa nak jawab???)




Pada tanggal 1 Ogos baru-baru ini di majlis Perasmian Konsert Antara Dua Dunia,bertempat di Stadium Melawati jam 8.00Mlm,Tokguru Nik Abd.Aziz telah membuatkan ribuan hadirin terpegun dengan pantunnya yang tentu sahaja mempunyai maksud tersirat dan tersurat dan penuh dengan unsur nasihat.
Jangan sangka orang bergelar Tokguru buta seni.Ini adalah bait-bait pantun beliau yang aku petik dari blog Tokguru.

Diatas nama sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud “Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan”, izinkan saya berbicara pada malam ini menggunakan kehalusan bahasa orang Melayu melalui gugusan pantun indah sepanjang berkata-kata.

Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.


Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi.

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi???

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
pahit mulut sampai ke pagi
beradu susuh taji pendeta
terbit suluh batil pun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.


Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.


Aljauhary : mari kita sama2 ambil iktibar dari ungkapan dan kiasan sinis tok guru..

Wednesday, August 5, 2009

Mengenal iImuwan yang mulia..

Mungkin ramai yg mengenali Ishaq Newton, yang menjumpai teori Graviti. atau mengenali Thomas alva Edison yg digelar penyihir kecil akibat banyaknya penemuan-penemuan. Juga James Watt yang menemukan mesin wap sehingga menjadi tonggak awal mesin moden. atau Benjamin Franklin yg menemukan listrik dan Michael Faraday menemukan dinamo. dan semua yg membuat kemajuan dalam hal dunia. Atau ilmuwan yg sangat popular bernama Albert Einstein.

Tapi sudahkah kita mengenali para ilmuwan dibidang agama, para ulama hadis, orang-orang yang mewarisi ilmu para nabi. dengan mencurahkan seluruh hidupnya mencari ilmu lalu mengajarkannya kepada kita sehingga kaum muslimin selalu berjalan dalam terang, di dunia dan akhirat.

"Telah kutinggalkan bagi kalian petunjuk yang nyata. Malamnya seperti siangnya sama (terangnya), tidaklah menyimpang setelahku kecuali dia akan binasa." (HR. Ibnu ‘Ashim)
Alhamdulillah, dengan teknologi internet, kita dengan mudah dapat membaca dan menelusuri biografi mereka tanpa harus mengumpul puluhan kitab.

http://ahlulhadist.wordpress.com adalah salah satu blog yang mengupas perihal ini.

Marilah sama2 kunjungi, "tak kenal maka tak cinta".

Anas berkata, “Dan aku mencintai Rasulullah, Abu Bakar, dan Umar. Aku berharap akan bersama mereka walaupun aku tidak mampu beramal seperti mereka.” (HR. Bukhari)