http://www.wasilahonline.net/v1/modules/news/article.php?storyid=301
Mari sama2 kita bincangkan..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Di Malaysia ada puluh-ribuan blog dan ada puluh-ribuan penulis-penulis blog. Seseorang penulis blog memilih minat masing-masing dan mewujudkan blog untuk mengembangkan minatnya itu untuk simpanan rekodnya sendiri, sesetengahnya dipaparkan kepada rakan-rakan, ada untuk paparan masyarakat umum yang mempunyai minat yang sama.
(Di Mesir juga ramai yg telah mahir dalam dunia blog ini. Cuma ana sahaja yang masih baru dalam dunia blog. Ana juga masih belum mendapat idea untuk pengkhususan blog ana ni. Harapan ana agar blog ini dapat menjadi sumber ispirasi dalam berdakwah. Jom sambung lagi...)
Ada blog ditulis dengan berpandukan kepada fakta dan ilmiah, dan sesetengahnya ditulis dengan melanggar semua etika. Ada blog yang mempertahankan etika dan maruah, ada juga blog yang memang diwujudkan untuk membelakangi etika dan maruah.
Blog juga ditulis untuk menyatakan prinsip penulisnya dan penulis itu akan berkonsisten dengan prinsip yang dipegangnya. Ada blog yang memaparkan dongengan-dongengan, ada pula ditulis untuk memutarbelitkan fakta.
(Tapi blog ana ni banyak copy and paste dari sumber lain. Rasa-rasa ana ni dah melanggar etika penulisan ker?)
Blog yang menjadi pilihan untuk dibaca adalah yang mempunyai prinsip yang tinggi, beretika, berpandu kepada fakta dan mengemukakan hujah berpandu kepada keilmuan.
Tetapi blog-blog yang berpandu kepada etika, intelek, keilmuan dan fakta walaupun mempunyai pengunjung-pengunjung yang setia, manakala popularitinya sukar luntur, namun blog seumpama itu kurang dikunjung oleh pembaca-pembaca umum yang lebih berminat kepada blog-blog yang mempunyai elemen-elemen fitnah, kata-mengata, dan isu-isu semasa yang sumber kebenarannya sangat dipertikaikan.
(Pengunjung setia untuk blok ana ni adalah ana sendiri.. hehehehe.. lagi pun bukan ada org nak tengok pun.. entah2 post kali ni pun xder org nak baca.. yang itu tidak mengapa, janji tuan blog setia membaca apa yg ditulisnya pun sudah memadai...)
Tetapi ada juga blog yang benar-benar terpinggir dan tidak dikunjungi. Blog-blog yang dikendalikan oleh penulis-penulis yang diwujudkan semata-mata untuk mengangkis pengaruh parti-parti pembangkang, umpamanya, akan memuatkan berita-berita palsu yang melampau-melampau.
(Antaranya adalah blog ana ni la.. mmg terpinggir... berada dilokasi yg jauh dari persinggahan pembaca utk mendapatkan maklumat ilmiah.. tapi kalau sahabat2 ada cadangan serta komentar utk memajukan serta penambahbaikkan blog ana ini ana amat alu2kan cadangan, nasihat, tunjuk ajar serta komentar dari sahabat2)
Isu berkaitan Muzakarah di antara Umno-Pas digemburkan oleh penulis-penulis blog itu seolah-olah Pas sudah terkeluar dari Pakatan Rakyat dan sudah mahu merangka satu bentuk kerjasama di antara Pas dan Umno.
Bahkan sudah terbayang kepada mereka ini dikalangan pimpinan Pas itu yang akan dimasukkan menjadi Jemaah Menteri. Bahkan juga mereka sudah gambarkan bahawa Khir Toyo kembali menjadi Menteri Besar dengan Timbalan Menteri Besarnya di Selangor dari Pas.
Ada juga yang membayangkan bahawa Menteri Besar Selangor adalah dari kalangan pimpinan Pas dan Umno hanya mengambil tempat sebagai Timbalan Menteri Besar sahaja.
Begitu juga di Perak, isu ‘liwat’ Anwar Ibrahim telah digambarkan oleh blog-blog ini seolah-olah Anwar Ibahim itu sudah bersalah dan sewajarnya disumbatkan ke dalam penjara mengikut maksimum tempoh penjara yang diperuntukkan dibawah undang-undang.
Pakatan Rakyat digambarkan sebagai sudah berpecah-belah dengan PKR bertelagah dengan Pas dan DAP dan wujud perebutan jawatan diantara parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
(Erm.. politik.. politik.. politik.. nak buat mcm mn, agama dan politik tidak boleh dipisahkan, الدين و السياسة )
Isu-isu sensasi yang tidak berpandu kepada fakta dan kebenaran ini memenuhi dada-dada blog "pengampu" itu, penulis-penulisnya tidak henti-henti menelanjangkan kebobrokan kononnya berlaku dikalangan parti-parti pembangkang dan pemimpin-pemimpinnya.
Walhasilnya, isu-isu yang disensasikan itu hanyalah mimpi dan impian serta hajat penulis-penulis berkenaan, dan tidak berpandu kepada realiti.
Setiap hampir seminggu atau dua minggu sekali, ahli-ahli jawatankuasa Umno diperingkat Bahagian diseluruh negara akan menerima dua jenis edaran, yang satu bernama Suara Rakyat dan yang satu lagi tidak mempunyai sebarang nama tetapi memuatkan tulisan-tulisan dari blog-blog dengan pengkalan "kulitpisang, pemudaenggang, pedasberapi, anginperubahan, pemuda.com, agendadaily, isuhot".
Ada juga menggunakan nama blog "anwaribrahimdotcom" untuk mengujudkan kekeliruan kerana blog itu sentiasa mencemarkan nama Anwar Ibrahim.
Suara Rakyat pula lebih banyak mempersoalkan Pak Lah, menantunya dan koncu-koncunya disamping turut menghentam pembangkang dengan cara yang tidak beretika dan tidak berpandu kepada kebenaran dan ilmu.
(Macam mana pula peranan bloger dari perlembahan Nil? Banyak lagi blog dari ardhul kinanah yg belum ana layari.. Ohh ketinggalankah diri ini?)
Yakinlah bahawa blog-blog itu tidak mempunyai pengunjung, namun untuk tujuan pengampuan, blog-blog itu tetap ditulis dan kemudian hasil tulisan-tulisan itu digabungkan menjadi edaran untuk disebarkan kepada ahli-ahli jawatankuasa Umno disemua bahagian diseluruh negara.
Saya masih menerima edaran-edaran ini kerana jawatan saya selaku Pengerusi Tetap Umno Bahagian Temerloh, yang telah saya lepaskan hampir setahun lalu, tetapi rekod keahlian saya di dalam Umno masih tidak dipadamkan oleh Ibu Pejabat Umno.
(Kat mesir ni ada ke blog yg tidak laku @ terpinggir tapi membuat iklan yg gempak? harap2 tidak ada la.. tapi kalau sentiasa berbual2 dg sahabat2 tentang blog tu sudah kebiasaan hingga terkadang terkeluar kata2 utk mengajak sahabat2 mengunjungi blog sendiri.. ni kire muka tebal la ni.. hehehe..)
Ramai rakan-rakan saya yang sudah keluar dari Umno tetapi rekod keahlian mereka masih dijadikan angka keseluruhan ahli. Ahli-ahli yang keluar dan yang mati masih dianggap sebagai ahli Umno.
Blog-blog yang memaparkan kepalsuan itu sebenarnya tidak dibaca, dan amatlah diyakini bahawa nama blog-blog itu akan hilang dari ingatan dan tidak dikunjungi.
(Secara kesimpulannya, carilah blog yang benar2 dapat memberi manfaat utk kita semua.. semoga dengan adanya blog dapat mengembangkan lagi bakat serta usaha2 dalam memartabatkan islam di tempat yg tertinggi..)
Al-jauhary..