Thursday, April 29, 2010

Bajet Tambahan 2010

Kerajaan menyediakan bajet sebanyak RM600 juta pada 2010 untuk biasiswa dan pinjaman melalui MARA..



Persoalannya, adakah pelajar-pelajar pengajian islam di mesir mendapat manfaat dari bajet yang dibentangkan??
Di manakah suara ahli parlimen yang sudi membawa suara pelajar-pelajar di mesir ke parlimen agar kami diberi ruang untuk menikmati bajet yang dibentangkan itu??
Atau ada di kalangan mahasiswa menentang kerajaan malaysia menyalurkan bajet yang dibentangkan agar dapat dinikmati juga oleh pelajar pengajian islam di mesir???
Adakah mahasiswa mesir merasakan mereka tidak perlu kepada bajet tersebut???
Atau mahasiswa mesir tidak punyai ruang untuk menyuarakan permohonan agar dimasukkan dalam senarai penerima biasiswa tersebut???
persoalan demi persoalan kian berlegar dalam minda ini..
biarlah ianya tinggal hanya persoalan.. kerana tiada siapa yang akan mempedulikan persoalan yang bermain di minda aljauhary saat ini.
walau apa pun aljauhary mengucapkan jutaan terima kasih jika ada yang sudi membaca nukilan ini.

[dumyat gadid | mencari kedamaian | 11:51pm]

Wednesday, April 28, 2010

Tiupan angin dumyat

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah aljauhary selamat sampai di penempatan mahasiswa malaysia di dumyat..
Disambut oleh bayu pantai yang mendamaikan jiwa. Lari sebentar dari kesibukkan mansurah. Lari dari kesibukkan isu yang panas membara saat ini. Mencari sedikit kedamaian. Moga tetap dalam perjuangan. Meninggalkan kota rindu buat sementara waktu. Agar dapat meningkatkan kembali semangat yang kian pupus dimamah kerinduan yang semakin erat membelit hati ini. kerinduan yang semakin hari semakin ganas merobek naluri ini perlu diubati segera. Semoga kedamaian bayu dumyat dapat mengubati jiwa yang sedang luka parah ini..

~aljauhary~
[Dumyat gadid | Mencari kedamaian]

[2] sambungan berita mansurah..

seperti yang dijanjikan..

Kemudian kami bertanyakan berkenaan yuran yang tinggi sekiranya kami dipindahkan ke kaherah nanti. Amid menegaskan bahawa, yuran di sana nanti sama seperti yuran di muhafazah kerana ianya di bawah naungan Al-Azhar. Kami memberi pandangan bahawa perpindahan hanya mendatangkan masalah. Beliau menjawab, justeru itu pihak kami sedang beruasaha mengumpulkan semua permasalahan dari penempatan, pengajian, pengurusan kuliah dan visa kalian agar semuanya dapat memberi kemudahan bagi kalian. Pihak kami akan sedaya upaya berkhidmat pada kalian dengan penuh rahmat, keilmuan, praktikal dan mencakupi kepentingan semua pelajar. Baik malaysia, indonesia dan sebagainya. Bila ditanya lagi, adakah perpindahan ini melibatkan semua wafidin di seluruh muhafazah? Beliau menjawab, ya.. Ianya melibatkan semua wafidin di seluruh mesir. Timbul persoalan, jika dilihat kepada qarar Al-Azhar, setiap perpindahan pelajar dari satu muhafazah ke muhafazah lain perlu mematuhi beberapa syarat sebagai contoh lulus semua madah atau mejoriti madah yang diambil? Beliau menjawab, ya memang qarar Al-Azhar bagi setiap perpindahan pelajar dari satu muhafazah ke muhafazah yang ada syarat-syarat tertentu. Namun dalam hal ini, tiada syarat yang dikenakan kerana perpindahan ini seperti kamu semua pindah rumah semata-mata, kuliah tetap sama. Cumanya tiada lagi pelajar mesir bersama kalian yang ada hanya wafidin.
Kami bertanya apa niat sebenar Al-Azhar hingga keluarkan arahan agar kami semua dipindahkan dan dipusatkan? Dalam perkara ini, Al-Azhar cuba memudahkan semua pelajar dengan mengumpul setiap masalah yang bakal pelajar hadapi sekiranya mereka berpindah serta pihak kami sedang berusaha untuk mengatasinya. Oleh itu kalian semua tak perlu gopoh-gapah dalam hal ini kerana semuanya dalam peringkat cadangan dan pengumpulan maklumat. Sekiranya ada maklumat terkini dari pusat, InsyaAllah saya sebagai wakil di sini akan memaklumkan kepada kalian dan dari masa ke semasa saya sedia menerima kunjungan kalian untuk mengadu apa jua masalah terutamanya berkaitan pelajaran serta pemahaman kalian pada sesi pengkuliahan. Saya memperuntukkan hari selasa dari jam 2 hingga 3 petang untuk menerima kunjungan kalian. Pejabat saya sentiasa terbuka untuk kalian dan hari selasa seperti waktu tadi saya khususkan untuk kalian kemukakan setiap masalah kalian.
Bila kami kemukan hujah bahawa kami rakyat malaysia punyai bangunan persendirian (rumah anak negeri) di kaherah, itu pun tak mampu untuk menampung setiap rakyat malaysia yang ada di kaherah. Bagaimana Al-Azhar nak menampung semua wafidin di seluruh mesir bila dipusatkan di satu tempat? Beliau menjawab, tiada kata putus mengatakan bahawa penempatan untuk wafidin bila dipusatkan di kaherah adalah mencukupi. Namun kami sedang berusaha menyediakan segala kelengkapan tersebut dari segi pengurusan kuliah, kelengkapan dewan kuliah, penempatan hinggakan kepada visa kalian kami akan cuba rancang sebaik mungkin bagi memudahkan kalian. Berkenaan penempatan pula, ianya masih lagi dalam peringkat perangkaan. Mana mungkin kami mampu menyediakan penempatan dengan sekelip mata. Sekiranya perlu untuk kami menyediakan penempatan secara menyeluruh, maka kami akan sediakannya namun ianya mengambil masa. Bukannya boleh siap dalam sebulan dua. Oleh itu, kalian tidak perlu risau atau tergopoh-gapah dalam hal ini. Perlu saya ingatkan bahawa pihak atasan Al-Azhar sedang memikirkan apa yang terbaik untuk kalian semua.

Alhamdulillah, dengan penerangan dari amid tadi sedikit sebanyak telah melegakan hati aljauhary. Apa yang aljauhary dapat fahami bahawa, arahan yang dikeluarkan adalah untuk mendapat maklumbalas dari semua wafidin agar mereka dapat memberi kerjasama dengan pihak Al-Azhar dalam mengumpulkan maklumat serta permasalahan semua agar memudahkan pihak Al-Azhar dapat menyelesaikannya sebelum semua wafidin dipindahkan dan dipusatkan. Namun selepas berbincang dengan amid kuliah, kami berbincang dengan wakil akhawat dari juzu' qamar dan turkimenistan. Wakil juzu' qamar menyatakan, sekiranya kalian dari malaysia yang sudah punyai bangunan di kaherah pun masih tidak mampu menampung penempatan rakyat malaysia seluruhnya, apatah lagi bagi kami yang tiada bangunan walau pun satu. Bagaimana kami nak menetap di sana nanti??
Ya, memang benar apa yang dilontarkan oleh wakilah tersebut. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah bukan MEMBANTAH arahan tersebut tetapi cukuplah bagi kita TIDAK BERSETUJU dengan arahan yang buat masa ini masih membebankan kita. Perjuangan ini adalah melibatkan semua pihak samaada yang baru mahupun lama. benua Asia mahupun benua lain. Memang kita semua sedia maklum bahawa kehidupan di kaherah sangat membebankan. Jika kita disediakan penempatan secara percuma pun, tetapi sara hidup di sana sangatlah tinggi berbanding di muhafazah. Apatah lagi sekiranya kita terpaksa menyewa rumah di kaherah nanti. Itu sangat-sangatlah membebankan. Oleh itu, aljauhary memohon agar semua sahabat-sahabat, samaada di mansurah mahupun di muhafazah lain agar bersatu dengan DPM masing-masing serta memberi sokongan yang padu pada DPM agar dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik..
Sekadar ini sahaja dari aljauhary.. [mansurah city, kota kerinduan]
Wassalam..

Tuesday, April 27, 2010

Berita terbaru dari mansurah..

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah s.w.t. tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah hati ini sedikit tenang bila berjumpa sendiri dengan amid kuliah banat sebentar tadi, banyak persoalan dan maklumat yang dapat aljauhary kutip dari mulut beliau sendiri. Untuk makluman semua, arahan dan pekeliling perpindahan semua pelajar wafidin ke kaherah masih belum dikeluarkan secara bertulis. Amid kuliah mengakui sendiri ianya hanya dalam peringkat cadangan oleh Syeikh Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyeb dan arahan tersebut hanya disampaikan melalui lisan untuk mengumpulkan maklumat tentang masalah yang bakal dihadapi sekiranya kesemua pelajar wafidin dipusatkan. Serta persediaan untuk menerima semua pelajar wafidin bila dipusatkan nanti.
Beberapa persoalan dilontarkan kepada beliau, namun dengan penuh sopan dan lemah lembut beliau cuba menjawab setiap persoalan tanpa memburukkan pihak atasan dan dalam masa yang sama beliau cuba sedaya upaya menerangkan kepada kami dengan penuh hikmah dan lemah lembut bagai seorang ayah menerangkan pada anaknya. Aljauhary benar-benar terharu dengan beliau, walaupun ramai tetamu yang menunggu untuk berjumpa dengan beliau serta banyak masalah yang perlu diselesaikan, namun beliau sanggup melayan kami dengan penuh lemah lembut.
Beberapa persoalan yang telah dilontarkan pada beliau. Pertama, kami bertanyakan apakah ada qarar secara bertulis menyatakan kami perlu berpindah segera ke kaherah. Beliau menjawab, tiada qarar bertulis setakat ini yang dikeluarkan untuk perpindahan serta pemusatan pelajar Al-Azhar di seluruh cawangan. Cuma arahan yang sampai ke setiap furu' adalah berbentuk syafawi semata-mata. Oleh itu semua tidak perlu risau dengan arahan tersebut.
Keduanya kami bertanya sekiranya kami dipindahkan di keherah nanti, dalam kuliah mana kami akan diserapkan. Beliau menjawab, sama seperti kuliah yang kalian menuntut sekarang. Yang dinamakan kuliah khassah itu adalah nama sahaja yang memberi maksud, kuliah tersebut khas untuk wafidin sahaja. kami bertanya lagi, adakah ianya dibwah kelolaan kuliah ulum dan bukan dibawah Al-azhar?. Beliau menjawab, tidak, kuliah di kaherah nanti sama seperti Al-Azhar yang punyai pengkhususan masing-masing seperti syariah, lughah arabiah, usuluddin (tafsir,hadis dan aqidah). Bagaimana pula dengan sijil dan syahadahnya nanti? Beliau menjawab, Al-Azhar yang akan mengeluarkan sijil tersebut kerana ianya dibawah naungan Al-Azhar. Cuma bezanya, kalian di muhafazah bersama dengan arab lain. Bila dikaherah nanti, kalian akan dipusatkan dan dalam kelas nanti hanya ada wafidin bersama doktor masing-masing.
Tidakkah perpindahan ini menyusahkan kami? Ya itu kami tahu, jadi sekarang ini kami sedang mendapatkan maklum balas dari semua pelajar apa masalah yang kalian hadapi agar dapat kami selesaikan...

bersambung....

nantikan posting untuk malam ini pula.. aljauhary nak rehat sebentar...

ralat : syeikh ahmad tayib adalah sheikh Al-Azhar dan reaktor al-azhar adalah dr Abdullah Al-Husaini

Luahan hati pelajar mesir

Assalamualaikum...
Anda pernah kunjungi laman ini????

facebook


Timbul persoalan di dalam minda ini,
Kenapa pelajar-pelajar begitu marah dengan JPMK??
Teruk sangat kah JPMK???
Apa beza pegawai kerajaan dan proksi 'UMNO-APCO'??
Takkan lah pegawai-pegawai ini teruk macam israel???
Saban hari isu antara pelajar dan JPMK semakin runcing,
takkan tiada pimpinan negara tahu masalah ini??
atau masalah ini hanya masalah kecil jer??
Benarkah JPMK dan Safarah selalu menyusahkan pelajar??
Safarah indonesia elok sahaja dengan semua pelajar-pelajar indonesia
hinggakan ada apa-apa masalah berkaitan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran
mereka terus mengadu pada safarah mereka..
Tidakkah safarah malaysia juga begitu???
Tidakkah JPMK & Safarah malaysia betul2 menjaga keselamatan, kepentingan, kebajikan dan pembelajaran pelajar di mesir??
Adakah JPMK & safarah malaysia menjaga kepentingan 'UMNO-APCO'???

Persoalan2 diatas masih lagi berlegar dalam minda aljauhary tanpa menemukan jawapan..
Jom sama-sama kita lawati laman di atas.. Mana tahu ada jawapan di laman tersebut...
Atau anda sendiri ada jawapan yang sedang bermain dalam minda aljauhary ini???

keliru, buntu, tertipu.
huhuhuhuhuhuhu

jom sama-sama berfikir..


Sunday, April 25, 2010

Muktamar wafidin di mansurah..


Mansurah 24April2010: Satu muktamar tergempar telah diadakan anjuran The World Association For Al-Azhar Graduates(W.A.A.G.) الرابطة العاليمة لخريجي الأزهر antara pelajar wafidin dan amid kuliah banat, usuluddin dan lughah. Program berjalan dengan bantuan persatuan mahasiswi mesir sebagai unit protokol dan pengurusan program. Lebih kurang jam 11.30pg dewan mula dipenuhi dangan pelajar-pelajar wafidin ianya berlarutan hingga jam 12.00t/hari. Memandangkan azan zohor telah berkumandang, pengurusan program mempersilakan semua peserta bagi menunaikan solat fardhu zohor. Setelah selesai menunaikan kewajipan, dewan kembali dipenuhi dengan wakil-wakil amid kuliah serta pelajar-pelajar wafidin.
Photobucket


Photobucket

Muktamar dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi muktamar, untuk pusingan pertama wakil amid menyampaikan kalam taujihad dan ucapan wakil W.A.A.G. bagi pusingan ke dua, amid menerangkan peri pentingnya bahasa arab(fus hah) dalam menghadam ilmu2 islam seperti Alquran, hadis, tafsir dan semua ilmu. Peserta mula bosan kerana tujuan besar datang ke muktamar adalah untuk mendapat penjelasan isu perpindahan semua pelajar wafidin Azhar ke Kaherah. Amid kuliah berulang kali mengumumkan sekiranya ada permasalahan boleh tulis dalam borang yang diedarkan. Namun peserta muktamar masih buntu. Suasana sedikit bising mula menghiasi dewan kerana masing-masing tidak dapat melihat apa tujuan sebenar muktamar dianjurkan. Ditambah pula pengerusi majlis yang mengganggu kosentrasi peserta sama ada melalui tutur kata, ulasan mahupun pergerakan beliau.

Amid telah menekankan bahawa pentingnya pelajar wafidin menguasai bahasa arab fus hah kemudian pengerusi membuat ulasan bahawa pelajar-pelajar perlu bertutur dalam bahasa arab fus hah namun dalam masa yang sama pengerusi sedang menggunakan bahasa arab ammiyah (seperti ketam ajar anak jalan lurus). Akhirnya bangun seorang akhawat dari benua afrika ke hadapan menyampaikan harapan dan kebimbangan dari sahabat2nya tentang isu perpindahan ke kaherah dengan menjelaskan bahawa kehidupan di kaherah sangat membebankan berbanding di mansurah, beliau menambah bahawa kehidupan di mansurah sudah serasi dengan mereka. Di akhir ucapan beliau, peserta menyambut dengan tepukan gemuruh tanda sokongan yang jitu dengan apa yg diperkatakan.


Wakil pelajar malaysia Ustaz Usman Alamani mengambil tempat untuk membuat ucapan. Namun belum sempat Us. Usman memulakan ucapan, wakil WAAG memberikan harapan samar bahawa tiada apa2 masalah yang bakal timbul jika berpindah ke kaherah, tiada kehidupan yang membebankan kerana akan disediakan infrastruktur pengajian dan penginapan kepada semua pelajar tanpa membentang secara terperinci apa kemudahan tersebut dan berapa jumlah penginapan dan penempatan yang disediakan. Untuk maklumat, bilangan pelajar malaysia di cawangan2 melebihi 9000 orang itu belum dicampur wafidin lain samaada indonesia, singapura, thailand, juzu' qamar dan lain2 negara. Persoalan mula timbul di setiap minda hadirin, jika dilihat kepada masalah lambakan pelajar mesir di seluruh cawangan, maka akan dapati bahawa masalah tersebut hingga kini masih belum diatasi. Mengapa mereka sanggup menanggung risiko lain sedangkan masalah yang ada tidak dapat diatasi dengan sempurna?? Apakah cara kerja mereka ialah mengurangkan masalah dengan mencipta masalah baru?? Nak tutup lubang, terpaksa gali lubang lain dan dengan penggalian tersebut belum pasti tertutupnya lubang yang awal.. Inikah mentaliti lepasan azhar?? Atau ada campurtangan pihak lain dalam menjalankan misi ini???
Us. Usman memulakan ucapan beliau dangan bertanya benarkah berita mengenai perpindahan pelajar wafidin di mansurah ke kaherah. Amid sebulat suara mengesahkan perkara tersebut dan disambut dengan ketukkan meja oleh peserta muktamar tanda tidak bersetuju. Kemudian Us.Usman meneruskan pertanyaan "Siapakah yg mengarahkan perpindahan pelajar wafidin dari mansurah ke kaherah?? Adakah ianya hasil cadangan deligasi2 asing di mesir atau Azhar pusat sendiri mengeluarkan arahan tersebut??" Wakil WAAG terpaksa mengambil masa untuk berbincang sesama sendiri mengenai soalan tersebut. Soalan tersebut diulang oleh amid kepada beliau. Kelihatan wajah wakil WAAG sedikit gementar untuk menjawab soalan tersebut. Namun pertanyaan itu dijawab dangan "Tujuan utama dihimpunkan semua pelajar wafidin ke satu tempat adalah untuk memperkasakan bahasa arab fus hah" (dalam waktu yang sama beliau menggunakan bahasa arab ammiyah) beliau menyambung, "Agar kalian boleh berinteraksi dengan doktor lebih mudah dengan menggunakan bahasa arab fus hah" Us. Usman mempertikaikan jawapan yg diberi kerana itu bukanlah jawapan kepada soalan yang diajukan sebentar tadi. Lantas amid kuliah mencelah menerangkan ianya adalah arahan dari Azhar kaherah, jika pelajar wafidin keberatan untuk berpindah mereka diberi pilihan. Namun wakil WAAG tetap menegaskan bahawa keputusan itu adalah muktamad dan semua wafidin perlu berpindah dan sekiranya ada apa2 masalah mereka akan selesaikan. Us. Usman memulakan hujjah, hujjah pertama beliau adalah 'Sara hidup dan ekonomi'. Sara hidup dan ekonomi di kaherah lebih tinggi berbanding di mansurah, sebagai contoh rumah sewa di kaherah di antara 700-2000 sebulan manakala di mansurah 250-350 sahaja sebulan. Perbelanjaan di kaherah pula sangat tinggi berbanding di mansurah dalam perbelanjaan dapur atau keperluan harian lain. Lantas hujjah itu disambut oleh wakil WAAG "Untuk penginapan dan penempatan, pihak kami telah menyediakan untuk semua pelajar wafidin" Beliau mendatangkan bukti perpandukan akhbar Ar-Ruwaq keluaran WAAG di bawah tajuk berita "WAAG telah menyediakan 117 penginapan untuk pelajar wafidin di hayyu sadis" Persoalan akan timbul, mampukah 9000 lbh pelajar wafidin di setiap cawangan dikumpulkan di satu tempat yang mana premis tersebut hanya mampu menampung 117 pelajar sahaja buat masa ini??? Masuk akalkah hujjah tersebut???

Photobucket

Hujjah ke dua dari Us. Usman, suasa tenang di mansurah membangkitkan keselesaan dalam menuntut ilmu berbanding di kaherah yang tersangat sibuk dengan kepadatan masyarakat arab mesir juga asing ditambah dengan jenayah yang meningkat berlipat kali ganda. Tiada jawapan yang disuarakan.
Seterusnya us. Usman cuba membentangkan permasalahan ketiga iaitu pembelajaran di mesir, namun microfon segera dirampas oleh seketeriat WAAG yang cuba menutup mulut dan kebangkitan pelajar wafidin yang terus menyerang dengan persoalan-persoalan ibarat peluru berpandu yang menyerang pearl harbor juga ibarat bom atom yang jatuh di hirosyima dan nagasaki. Keegoan mereka telah dirobek dengan hujjah2 yang dibentangkan serta sokongan moral dan padu dari seluruh pelajar wafidin yang hadir. Asakan demi asakan menyebabkan mereka merasakan kedudukan serta perancangan mereka untuk memindahkan pelajar wafidin tergugat sama sekali dengan bantahan yang bersepadu dari semua hadirin. Lantas merampas pentas dan microfon yang digunakan. Tindakan ini menyebabkan hadirin membantah dengan mengetuk meja tanda protes dengan apa yang dilakukan. Sedangkan wakil Malaysia masih belum selesai memberikan hujjah. Semua hadirin sangat hampa bila muktamar bersama amid dicalarkan dengan insiden yang tidak dijangka itu. Us. Usman terpaksa mengambil tempatnya semula setelah kejadian itu. Seterusnya wakil negara lain berucap. Antara isi ucapan ringkas beliau, beliau begitu kecewa apabila diperlakukan sebegini dengan memindahkan pelajar tanpa mendengar terlebih dahulu masalah pelajar.

Photobucket

Beliau melontarkan persoalan, "Jika kami dianggap tetamu di mesir ini, mengapa kami tidak diberi pilihan untuk memilih di mana kami dibenarkan menuntut ilmu serta meneruskan pelajaran. Mengapa kami dipaksa berpindah sedangkan kami telah selesa berada di mansurah???" Tiada jawapan yang dibuat melainkan wakil WAAG mula menguatkan hujjah mereka dengan mengatakan arahan itu datangnya dari Rektor Al-Azhar (Syeikh Ahmad Tayyeb)..
Setelah itu, muktamar segera diselesaikan..

p/s : banyak lagi gambar yang bakal menyusul.. nantikan..

Friday, April 23, 2010

Adakah dah terhantuk baru nak terngadah???

Assalamualaikum semua..
Sila baca dan ambil perhatian..
Petikan dari laman eramuslim



Mungkin sudah selayaknya pemerintah Indonesia untuk mengkaji kembali 'ekspor' TKW ke negara-negara Arab, karena faktanya para TKW Indonesia di negara-negara Arab lebih memprihatinkan nasibnya dibandingkan dengan teman-teman mereka yang menjadi TKW di negara-negara bukan Arab dan non Muslim seperti, China, Taiwan, Hongkong, dan Korea.

Kisah tragis dan mengerikan kembali menimpa Tenaga Kerja Wanita (TKW) Indonesia di Timur Tengah. Kali ini, kasus yang menimpa srikandi devisa negara Indonesia itu terjadi di negeri "Ayat-Ayat Cinta", Mesir.

Kejadiannya sangat tragis: TKW tersebut diculik, disekap, dan diperkosa secara bergiliran oleh 6 orang pemuda Mesir. Lebih tragisnya lagi, aksi tersebut dilakukan di gudang pembuangan sampah.

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kairo yang kemudian mengetahui kasus ini, segera bertindak dan mendesak pihak kepolisan Mesir untuk mengungkap dan menangkap keenam pelaku tindakan bejat tersebut. Kini, keenam pelaku telah ditahan kepolisian dan menjalani proses hukum.

Surat kabar Mesir al-Yahum as-Sabi (21/4) mengabarkan, kasus tersebut bermula ketika seorang TKW Indonesia tengah berjalan di kawasan Abidin, bilangan yang dahulu menjadi pusat pemerintahan dan istana masa dinasti Muhammad Ali Pasha, karena disuruh majikannya untuk membeli sesuatu.

Tanpa disangka-sangka, tiga orang pemuda Mesir menodongkan senjata tajam ke arah TKW itu. Ketiganya lalu menyeretnya dan memperkosanya beramai-ramai di sebuah gudang sampah.

Ulah bejat pemuda Mesir itu tak berhenti hanya sampai sana saja. Mereka lalu membawa dan menculik TKW tersebut ke sebuah flat rumah, masih di kawasan yang sama, menyekapnya dan kembali memperkosanya. Lebih naas lagi, di flat tersebut ternyata ada tiga orang pemuda Mesir lainnya yang juga ikut memperkosa korban.

Setelah puas menuntaskan hasrat binatang mereka, keenam pemuda Mesir itu lalu "membuang" korban begitu saja dalam kondisi yang sangat memprihatinkan. Beruntung, ada orang Mesir baik hati yang tak tega melihat korban dan membawanya ke KBRI.

Korban kini tengah menjalani perawatan serius di salah satu rumah sakit Mesir atas biaya KBRI. Pihak KBRI sendiri tengah mengupayakan untuk mendesak pemerintahan Mesir agar menjatuhkan "hukuman mati" kepada keenam pelaku.

Kasus pelecehan dan kejahatan seksual di Mesir yang menimpa perempuan asing terbilang sangat tinggi. Sekitar setahun yang lalu, salah satu surat kabar terkemuka Amerika bahkan mengatakan Mesir adalah negara yang paling tak aman dan nyaman untuk perempuan asing.

Kondisi ini tentu saja sangat ironis, mengingat Mesir adalah negeri yang digambarkan "indah" oleh Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, juga karena di Mesir banyak ulama besar dan juga terdapat Universitas Al-Azhar. (ys)


Ulasan :

Apakah dengan paparan mangsa2 jenayah saban hari di dada2 akhbar, majalah, blog mahupun portal2 berita masih belum mampu menggugat keegoan ustazah2 atau pelajar2 medic di mesir khususnya di kaherah dan masurah??? Apakah mereka masih berbangga bila Ustaz2 menegur mereka mengapa jalan sendirian atau pulang lewat senja setelah azan maghrib berkumandang dengan menjawab

"Ikut suka kami lah ustaz!! Kami bukan org PMRAM @ DPM!!! Yang ustaz sibuk2 ni kenapa?? Ustaz ni abang kami ker?? Ustaz ni polis mesir ker??"

Apakah pandangan anda selaku unit hisbah atau unit amal kamsis jika berhadapan dg situasi begini???

Sudah pasti ramai yang akan putus semangat bukan?? Namun inilah yang bakal dihadapi oleh pejuang2 yg ingin melihat akhawat2 kita sentiasa terjaga dlm keadaan baik..

Tumbuhnya pelbagai persatuan menjadikan fenemona akhawat2 bebas semakin ketara. Boleh dikatakan Unit Hisbah hampir tidak mampu untuk menangani permasalahan ini sendirian. Kerjasama dari semua pihak perlu digembelingkan bagi menjaga setiap akhawat dari sudut keselamatan dan maruah dari diragut oleh pemangsa2 yg teramat rakus tanpa belas kasihan.. Apakah akhawat2 kita rela menyerahkan mahkota mereka pada insan yg xselayaknya?? Juga rela mendedahkan diri ke arah kebinasaan??Adakah sahabat2 semua tidak sayang dan cinta kepada akhawat2 kita kerana Allah, demi menjaga maruah mereka, kesucian mereka, keselamatan mereka di sini???


Sekiranya pembaca blog ini ada anak, anak saudara, anak kenalan mahupun kerabat perempuan di mesir, dinasihatkan agar terus berhubung dg wakil pelajar di sini samaada badan induk (PMRAM) atau cawangan2 (DPM | Dewan Perwakilan Pelajar) agar mereka yg telah dilantik sebagai pimpinan menjalankan tugas dalam memastikan agar keluarga kalian di sini dlm keadaan terjaga dan selamat.. Untuk mendapatkan maklumat wakil pelajar di tempat pengajian keluarga anda, boleh tinggalkan pesan di ruang yg disediakan..

Harap dapat sama2 menjaga keluarga kita bersama...

Salam dari mansurah.. [Dirasat city 2010]

Monday, April 19, 2010

Doktrin | Eksistensialisme | ringkas..

Eksistensialisme adalah aliran filosofi yg fahamannya berpusat pada manusia individu yang bertanggung jawab atas kemahuannya yang bebas tanpa memikirkan secara mendalam mana yang benar dan mana yang tidak benar. Sebenarnya bukannya tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang tidak benar, tetapi seorang eksistensialis sedar bahawa kebenaran bersifat relatif, dan kerananya masing-masing individu bebas menentukan sesuatu yang menurutnya benar.

Eksistensialisme adalah salah satu aliran besar dalam filosofi, khususnya tradisi filosofi Barat. Eksistensialisme mempersoalkan keber-Ada-an manusia, dan keber-Ada-an itu dihadirkan mengikut kebebasan. Pertanyaan utama yang berhubungan dengan eksistensialisme adalah soal kebebasan yang melulu. Apakah kebebasan itu? bagaimanakah manusia yang bebas itu? dan sesuai dengan doktrin utamanya yaitu kebebasan, eksistensialisme menolak mentah-mentah bentuk determinasi terhadap kebebasan kecuali kebebasan itu sendiri.

Dalam pengajian sekolah filosofi eksistensialisme paling terkenal datang melalui Jean-Paul Sartre, yang terkenal dengan diktumnya "human is condemned to be free", manusia dikutuk untuk bebas, maka dengan kebebasannya itulah kemudian manusia bertindak. Pertanyaan yang paling sering muncul sebagai derivasi kebebasan eksistensialis adalah, sejauh mana kebebasan tersebut bebas? atau "dalam istilah orde baru", apakah eksistensialisme mengenal "kebebasan yang bertanggung jawab"? Bagi eksistensialis, ketika kebebasan adalah satu-satunya universal manusia, maka batasan dari kebebasan dari setiap individu adalah kebebasan individu lain.

Namun, menjadi eksistensialis, bukan melulu harus menjadi seorang yang lain-daripada-yang-lain, sadar bahwa keberadaan dunia merupakan sesuatu yang berada diluar kendali manusia, tetapi bukan membuat sesuatu yang unik ataupun yang baru yang menjadi esensi dari eksistensialisme. Membuat sebuah pilihan atas dasar keinginan sendiri, dan sadar akan tanggung jawabnya dimasa depan adalah inti dari eksistensialisme. Sebagai contoh, mahu tidak mahu kita akan terjun ke berbagai lapangan kerjaya seperti doktor, peguam, guru, pegawai dan sebagainya, tetapi yang dipersoalkan oleh eksistensialisme adalah, apakah kita menjadi doktor atas keinginan orang tua, atau keinginan sendiri.

Thursday, April 15, 2010

Familyday UBM Mansurah | copy paste jer..

Familyday

Alhamdulillah dengan berkat usaha gigih dari semua jawatankuasa khas Sambutan Hari Keluarga Bait Muslim Mansurah, program ini mampu dijayakan dengan sebaiknya. Tarikh 5hb April 2010 diambil sebagai tarikh yang paling sesuai untuk melaksanakan program berbentuk Kekeluargaan ini. Masing-masing tidak kesibukan dengan tugasan harian sebagai Mahasiswa.

Bermula jam 07.30 pagi. Semua peserta mula hadir dan berkumpul di Luar Dewan PJA.



Sekitar Jam 8.30 Pagi... Semua peserta bertolak ke destinasi Pantai Dumyat dengan menyewa 2 biji Coster. Alhamdulillah program Hari Keluarga Bait Muslim ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua Pakdam-Makdam yang bermukim di bumi Mansurah ini.

Akhirnya setelah hampir 1 jam perjalanan, kami pun sampai ke destinasi yang dituju.... bermula lah acara pertama...

Memasang Khemah.....

Yang paling dasyat semasa proses pemasangan khemah :)

agak-agak pokok tumbang ni amik dari mana ye...

Setelah selesai pemasangan khemah.. maka bermulalah agenda pertama... Perasmian Program yang telah disempurnakan oleh Pengerusi DPMM merangkap Penasihat UBMM, Ust Amirul.

Selesai upacara perasmian program, program diteruskan dengan acara sukan mahabbah. Antara sukan yang telah dipertandingkan termasuklah Bola Sepak Pantai, Sepak Raga Bulat, Lontar Peluru (batu je), Ratu Newspaper dan macam-macam lagi... semuanya menarik dan menghiburkan...

Insyaallah.... kita berjumpa lagi di fasa kedua nanti....



Rafiq fitri Mohd nasir

Saya Imtiyaz....haiii

Rebut coklat.... ada yang takut nak rebut pulak....

Kira... sape paling banyak.... abis laa gigi saye,,,

nama saya miqdad... alhamdulillah...

rafiq dan anas.. berebut ape tuuuu

Acara yang paling mendapat sambutan dari warga Arab

Pakai Sampin Guna Surat Khabar keee :)

Lagak Pendekar kertas.... ;)

Ok... Yang ni je dulu... banyak lagi gambar yang tak dikutip lagi niii dari tuan kamera yang lain.... nanti kita Up lagi.....

dipetik dari laman blog ubmm


Wednesday, April 7, 2010

Mahasiswa Islam dengan jati diri.

Assalamualaikum wbt.. Warga Mansurah yang dikasihi..

Saya selalu mendengar ucapan dari penduduk-penduduk arab di sini tentang betapa berbudi bahasanya pelajar Islam di Mansurah hingga digelar “ahsan nas” (manusia terbaik).

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Pelajar Islam di Mansurah belasan tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul pelajar Islam di Mansurah belasan tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh.

Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sedikit demi sedikit nilai budi bahasa sopan santun pelajar Islam di Mansurah itu telah berubah.

Perubahan ini muncul melalui beberapa permasalahan yang menimpa pelajar Islam di Mansurah. Permasalah tersebut sangat membimbangkan penulis.

Permasalah pertama adalah kemasukkan teknologi terkini seperti telifon bimbit, komputer di setiap bilik, hingga ke tahap internet bagi setiap komputer yang menjurus kearah penyalahgunaannya telah mencipta konflik jati diri sebagai mahasiswa di bumi Mansurah ini.

Satu ketika dahulu setiap minggu pasti diadakan ziarah mahabbah dikalangan ahli samaada yang sudah berumah tangga mahupun yang bujang. Setiap petang pasti ahli akan berkumpul samaada untuk bertukar-tukar masalah serta perbincangan ilmiah dalam mengeratkan silaturrahim ataupun beriadhah di padang kuliah bagi meningkatkan kecergasan fizikal. Penghantaran iklan terus ke muka pintu setiap rumah dan bersemuka juga menyantuni ahli rumah tersebut.

Namun, kini semuanya berubah. Masing-masing sibuk dengan alam siber masing-masing, hingga iklan hanya disampaikan oleh ym tanpa bersuamuka dengan setiap penerima iklan. Perjumpaan sesama ahli hanya pada program-program mega sahaja. Kebanyakkan yang hadir adalah ahli yang aktif sahaja yang mana puratanya hanya 40% dari keseluruhan jumlah ahli di Mansurah.

Pelajar Islam di Mansurah tidak lagi tinggal bersama ahli rumah dalam suasana kampung yang aman permai. Tetapi kini setiap apa yang berlaku di dalam rumah atau bilik boleh diketahui oleh seluruh dunia samaada melalui laman facebook, friendster, tagged, blogspot ataupun yang sewaktu dengannya. Ini berlaku kerana kini mereka terdedah dengan Penyalahgunaan internet serta budaya-budaya asing yang menyerap masuk terus ke dalam jubah Al-Azhar melalui internet yang dipasang di setiap komputer dalam setiap bilik, kecanggihan telifon bimbit dalam setiap poket serta melalui cerita yang di’download’ juga kemudahan mengekses laman web antarabangsa yang amat menyukarkan unit HISBAH untuk memantau hingga ke dalam cakera keras setiap komputer juga memori kad setiap telifon binbit.

Permasalah kedua pula apabila kemasukkan dan lambakan pelajar perubatan di Mansurah begitu mendadak.

Dari pelajar jurusan islamiah yang berasaskan pembelajaran agama, pelajar Islam di Mansurah kini telah didatangi pelajar-pelajar perubatan sejak beberapa tahun yang lalu. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan pelajar Islam di Mansurah itu sendiri khususnya mahasiswa Al-Azhar.

Pembawakan masalah sosial oleh sebahagian besar pelajar perubatan telah menjangkiti pelajar pengajian agama (dan boleh dikatakan masalah HISBAH antara kedua-duanya sama naik).

Justeru itu, kita tidak akan hairan apabila acapkali terdengar masalah HISBAH dikalangan pelajar perubatan beberapa tahun yang lalu telah menjangkiti pelajar-pelajar Al-Azhar. Hinggakan Mansurah menjadi buah mulut serta masalah terbesar kepada Badan Pengurus Pelajar bagi keseluruhan pelajar-pelajar yang berada di seluruh cawangan.


Permasalahan ketiga pula adalah peralihan sistem ekonomi di mesir dan dunia yang mendadak turut menyumbang faktor yang besar bagi permasalahan ini. Peralihan ini bukan satu evolusi – sedikit demi sedikit.

Apabila kerajaan mesir membenarkan bank-bank di mesir mengeluarkan pinjaman kewangan kepada seluruh rakyatnya dengan faedah pada pembayaran balik yang tinggi menyebabkan mereka dihimpit hutang yang kian bertambah. Buktinya apabila setiap akyat meminjam untuk pembelian kereta mahupun perumahan, dengan hanya bayaran 50% bayaran pendahuluan telah membolehkan mereka mendapat kereta mahupun rumah. Maka baki yang 50% lagi jika dihitung hingga langsainya hutang tersebut menyamai nilai 100%. Jika dahulu mereka hanya perlu berbelanja 100% untuk mendapat kereta ataupun rumah, namun kini mereka terpaksa membayar 150% untuk barangan yang sama.

Hasilnya apabila ramai dari mereka dililit hutang maka meningkatlah kautan keuntungan dari setiap transaksi kewangan samaada melalui jual beli mahupun sewa menyewa. Dalam masa beberapa tahun sebelum ini Mansurah digelar kampung oleh sesetengah org berubah kepada sebuah bandar yang meningkat maju dari segi taraf hidup, kos sara hidup harian dan bulanan, kesibukkan serta tumpuan mendapatkan pekerjaan.

Dari suasana kampung yang aman permai, pelajar Islam di Mansurah telah dilambakkan kepada kota dan pekan yang hiruk-piruk dan penuh dengan persaingan.

Peralihan sistem kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain.

Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah di sini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada pelajar Islam di Mansurah.

Dalam masa satu jenerasi pelajar Islam (beberapa tahun lalu) telah berubah dari murah dalam perbelanjaan, kini kepada peningkatan nilai bagi setiap barangan yang diperlukan untuk keperluan harian.

Ekonomi nilai mata wang yang diperkenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru.

Pelajar Islam di Mansurah kini berhadapan dengan gelombang pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Nilai mata wang yang tidak menentu serta kejatuhan ringgit dari nilai 2.0 kepada 1.5-1.6 amat memeritkan setiap mahasiswa yang hanya dibekalkan dengan belanja yang rendah tanpa bantuan khusus dari kerajaan Malaysia. Bukan 100% mahasiswa menerima wang zakat yang diperuntukkan oleh setiap negeri yang menjadi mukim bagi setiap mahasiswa tersebut. Malahan jumlah yang diperolehi oleh pelajar-pelajar berbeza mengikut negeri.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ia juga melahirkan kekacauan jati diri.

Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat sendiri dalam kehidupan kita di Mansurah ini. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi, maka apa yang kita baca dari paparan blog-blog peribadi mahupun perbualan serta pergaulan harian adalah manifestasi dari kekacauan ini.

Apa yang dipanggil masalah sosial yang meningkat mendadak itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai pelajar Islam di Mansurah.

Permasalahan dalaman dalam persatuan turut menyumbang ke arah penyukaran pembasmian masalah ini. Jika dahulu pimpinan sangat rapat dengan ahli namun kini tidak lagi. Hingakan ada ahli-ahli yang memboikot persatuan bukan kerana persatuan itu tidak betul, tetapi kerana ada beberapa individu dalam persatuan yang kurang disenangi oleh sebahagian ahli. Kelayakkan mereka memegang jawatan dalam pimpinan menjadi pertikaian sebahagian ahli kerana seakan-akan ada ‘tangan ghaib’ yang mencaturkan kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya. (Jika ada yang ingin membantah kenyataan ini dan ingin mengambil tindakan hingga menggugurkan aljauhary dari persatuan, aljauhary menerima dengan hati terbuka). Persatuan kini dilihat seakan-akan milik beberapa individu sedangkan ianya adalah semua ahli. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok.

Kerana ini kita lihat pelajar Islam di Mansurah ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling.

Zaman hidup aman damai tanpa ganguan wang ringgit dan social yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampung yang penuh dengan berbudi bahasa kini mengalami peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan pound mesir.

Hasil pertembungan ini, sedikit demi sedikit nilai budi murni pelajar Islam di Mansurah terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampung lupus.

Kuasa ringgit dan pound mesir cukup ampuh. Kuasa pound mesir telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh rakyat mesir di Mansurah hingga memberi tekanan yang maksimum kepada pelajar Islam di Mansurah dari sudut kewangan. Nilai ini mewajibkan pelajar Islam di Mansurah berlumba dan bersaing serta membayar dengan bayaran yang tinggi.

Pelajar Islam di Mansurah diasak dengan kesempitan kewangan kerana kejatuhan nilai mata wang ringgit. Jika dahulu RM1 bersamaan LE$2 namun kini jatuh serendah LE$1.5 dan sekitarnya. Walaupun sejak akhir-akhir ini dilihat pertukaran mata wang semakin meningkat namun ianya sukar untuk melepasi kadar LE$1.7.

Peningkatan yuran kuliah juga memberi kesan pada kewangan pelajar. Jika dahulu yuran kuliah hanya LE$0.75sen sahaja, namun kini meningkat kepada lebih LE$75 (lebih 10kali ganda peningkatan tersebut). Buku-buku pengajian serta buku tambahan dalam pengajian serta peralatan pengajian turut meningkat dengan mendadak. Nilai sewaan rumah turut menigkat dari bulan ke bulan kerana permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi pelajar perubatan mampu menyewa rumah dengan sewaan yang tinggi. Ditambah pula apabila Mansurah menjadi tumpuan warga Mesir dari seluruh pelusuk kampung membanjiri Mansurah dalam meningkatkan persaingan mencari tempat tinggal.

Selama beberapa tahun ini, proses pembudayaan pelajar Islam di Mansurah cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh persatuan kurang memberangsangkan.

Kekacauan nilai pelajar Islam di Mansurah ini bertambah parah apabila pimpinan pelajar tiada kemahiran yang jitu dalam mendengar permasalahan ahli, pendekatan serta penyantunan terhadap ahli dilihat amat lemah. Apa yang ahli dapat adalah cemuhan dari pimpinan mengatakan ahli yang bersalah dalam kebanyakkan hal. Program-program muhasabah dilihat hanya untuk mencukupkan syarat berpersatuan. Setiap isu yang melanda tidak dapat ditangani secara berkesan dan segera hingga berlarutan kepada pertukaran pucuk pimpinan baru. Pimpinan lebih suka mendiamkan diri terhadap isu-isu yang melanda berbanding berhadapan dengan ahli bagi menjelaskan dan menyelesaikan masalah tersebut.

Justeru hari ini kita melihat ramainya ahli memberontak dan ketidak-puasan hati mereka terhadap persatuan semakin ketara. Bila diaju persoalan ini kepada pimpinan mengapa boleh jadi sampai macam ini, maka jawapan yang akan diberikan adalah “Ini semua silap ahli” “Ahli perlu tunduk dan patuh pada persatuan walau apa jua keadaan” “Ahli perlu menegur pimpinan dengan jalan yang betul” (walaupun ada sebahagian pimpinan menggunakan hak ahli dalam menyampaikan kepentingan dan pandangan peribadi semata-mata).

Hakikatnya nilai jati diri pelajar Islam di Mansurah hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa dan tulus ikhlas semakin berkurangan. Menghormati serta mengenali abang-abang serta kakak-kakak yang lebih tua kian terhakis dalam minda pelajar baru.

Pada awal tahun 2010 ini krisis jati diri pelajar Islam di Mansurah telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Pelajar Islam di Mansurah pada tahun 2010 ini sedang diuji sama ada dalam masalah sosial bersama pelajar perubatan (sama naik) atau masalah penyalahguanaan internet atau masalah kewangan yang semakin menakutkan.

Di kemuncak persimpangan ini, semua pelajar Islam di Mansurah (lama dan baru) wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri termasuk aljauhary sendiri.

Di akhir artikel ini jiwa halus pelajar Islam di Mansurah akan bertanya sendiri apakah maksud dan tujuan artikel ini dipaparkan oleh aljauhary?.

Jawapan bagi setiap permasalahan di atas ada dalam Al-quran, Hadis-hadis nabi, kitab-kitab kuliah, kitab-kitab muktabar, majlis-majlis ilmu seperti kelas tafaquh, usrah dan study group.

Saya menyeru kepada seluruh pembaca, marilah kita sama-sama hidupkan dalam diri kita roh Al-quran juga Hadis serta tanamkan kecintaan kita terhadap majlis-majlis ilmu tidak lupa juga rajin membaca setiap bahan ilmiah samaada kitab kuliah mahupun kitab muktabar lain serta perbanyakkan perbincangan sesama kita dan berlapang dada mendengar serta menerima teguran sahabat-sahabat lain.

Artikel ini adalah untuk menimbulkan kesedaran semua ahli. Namun jika ada yang tidak berpuas hati dengan artikel ini boleh sampaikan terus dalam ruang yang disediakan. Jika artikel ini telah menyalahi qarar (undang-undang tubuh persatuan dan etika penyampaian), aljauhary bersedia untuk menerima hukuman. Jika hukumannya agar menarik-balik artikel ini, yang itu tidak sama sekali. Dan jika ada yang ingin membantah fakta-fakta yang dinyatakan, sangat-sangat dialu-alukan.

Sekian, wassalam..