Assalamualaikum wbt.. Warga Mansurah yang dikasihi..
Saya selalu mendengar ucapan dari penduduk-penduduk arab di sini tentang betapa berbudi bahasanya pelajar Islam di Mansurah hingga digelar “ahsan nas” (manusia terbaik).
Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Pelajar Islam di Mansurah belasan tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul pelajar Islam di Mansurah belasan tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh.
Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sedikit demi sedikit nilai budi bahasa sopan santun pelajar Islam di Mansurah itu telah berubah.
Perubahan ini muncul melalui beberapa permasalahan yang menimpa pelajar Islam di Mansurah. Permasalah tersebut sangat membimbangkan penulis.
Permasalah pertama adalah kemasukkan teknologi terkini seperti telifon bimbit, komputer di setiap bilik, hingga ke tahap internet bagi setiap komputer yang menjurus kearah penyalahgunaannya telah mencipta konflik jati diri sebagai mahasiswa di bumi Mansurah ini.
Satu ketika dahulu setiap minggu pasti diadakan ziarah mahabbah dikalangan ahli samaada yang sudah berumah tangga mahupun yang bujang. Setiap petang pasti ahli akan berkumpul samaada untuk bertukar-tukar masalah serta perbincangan ilmiah dalam mengeratkan silaturrahim ataupun beriadhah di padang kuliah bagi meningkatkan kecergasan fizikal. Penghantaran iklan terus ke muka pintu setiap rumah dan bersemuka juga menyantuni ahli rumah tersebut.
Namun, kini semuanya berubah. Masing-masing sibuk dengan alam siber masing-masing, hingga iklan hanya disampaikan oleh ym tanpa bersuamuka dengan setiap penerima iklan. Perjumpaan sesama ahli hanya pada program-program mega sahaja. Kebanyakkan yang hadir adalah ahli yang aktif sahaja yang mana puratanya hanya 40% dari keseluruhan jumlah ahli di Mansurah.
Pelajar Islam di Mansurah tidak lagi tinggal bersama ahli rumah dalam suasana kampung yang aman permai. Tetapi kini setiap apa yang berlaku di dalam rumah atau bilik boleh diketahui oleh seluruh dunia samaada melalui laman facebook, friendster, tagged, blogspot ataupun yang sewaktu dengannya. Ini berlaku kerana kini mereka terdedah dengan Penyalahgunaan internet serta budaya-budaya asing yang menyerap masuk terus ke dalam jubah Al-Azhar melalui internet yang dipasang di setiap komputer dalam setiap bilik, kecanggihan telifon bimbit dalam setiap poket serta melalui cerita yang di’download’ juga kemudahan mengekses laman web antarabangsa yang amat menyukarkan unit HISBAH untuk memantau hingga ke dalam cakera keras setiap komputer juga memori kad setiap telifon binbit.
Permasalah kedua pula apabila kemasukkan dan lambakan pelajar perubatan di Mansurah begitu mendadak.
Dari pelajar jurusan islamiah yang berasaskan pembelajaran agama, pelajar Islam di Mansurah kini telah didatangi pelajar-pelajar perubatan sejak beberapa tahun yang lalu. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan pelajar Islam di Mansurah itu sendiri khususnya mahasiswa Al-Azhar.
Pembawakan masalah sosial oleh sebahagian besar pelajar perubatan telah menjangkiti pelajar pengajian agama (dan boleh dikatakan masalah HISBAH antara kedua-duanya sama naik).
Justeru itu, kita tidak akan hairan apabila acapkali terdengar masalah HISBAH dikalangan pelajar perubatan beberapa tahun yang lalu telah menjangkiti pelajar-pelajar Al-Azhar. Hinggakan Mansurah menjadi buah mulut serta masalah terbesar kepada Badan Pengurus Pelajar bagi keseluruhan pelajar-pelajar yang berada di seluruh cawangan.
Permasalahan ketiga pula adalah peralihan sistem ekonomi di mesir dan dunia yang mendadak turut menyumbang faktor yang besar bagi permasalahan ini. Peralihan ini bukan satu evolusi – sedikit demi sedikit.
Apabila kerajaan mesir membenarkan bank-bank di mesir mengeluarkan pinjaman kewangan kepada seluruh rakyatnya dengan faedah pada pembayaran balik yang tinggi menyebabkan mereka dihimpit hutang yang kian bertambah. Buktinya apabila setiap akyat meminjam untuk pembelian kereta mahupun perumahan, dengan hanya bayaran 50% bayaran pendahuluan telah membolehkan mereka mendapat kereta mahupun rumah. Maka baki yang 50% lagi jika dihitung hingga langsainya hutang tersebut menyamai nilai 100%. Jika dahulu mereka hanya perlu berbelanja 100% untuk mendapat kereta ataupun rumah, namun kini mereka terpaksa membayar 150% untuk barangan yang sama.
Hasilnya apabila ramai dari mereka dililit hutang maka meningkatlah kautan keuntungan dari setiap transaksi kewangan samaada melalui jual beli mahupun sewa menyewa. Dalam masa beberapa tahun sebelum ini Mansurah digelar kampung oleh sesetengah org berubah kepada sebuah bandar yang meningkat maju dari segi taraf hidup, kos sara hidup harian dan bulanan, kesibukkan serta tumpuan mendapatkan pekerjaan.
Dari suasana kampung yang aman permai, pelajar Islam di Mansurah telah dilambakkan kepada kota dan pekan yang hiruk-piruk dan penuh dengan persaingan.
Peralihan sistem kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain.
Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah di sini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada pelajar Islam di Mansurah.
Dalam masa satu jenerasi pelajar Islam (beberapa tahun lalu) telah berubah dari murah dalam perbelanjaan, kini kepada peningkatan nilai bagi setiap barangan yang diperlukan untuk keperluan harian.
Ekonomi nilai mata wang yang diperkenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru.
Pelajar Islam di Mansurah kini berhadapan dengan gelombang pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Nilai mata wang yang tidak menentu serta kejatuhan ringgit dari nilai 2.0 kepada 1.5-1.6 amat memeritkan setiap mahasiswa yang hanya dibekalkan dengan belanja yang rendah tanpa bantuan khusus dari kerajaan Malaysia. Bukan 100% mahasiswa menerima wang zakat yang diperuntukkan oleh setiap negeri yang menjadi mukim bagi setiap mahasiswa tersebut. Malahan jumlah yang diperolehi oleh pelajar-pelajar berbeza mengikut negeri.
Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ia juga melahirkan kekacauan jati diri.
Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat sendiri dalam kehidupan kita di Mansurah ini. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi, maka apa yang kita baca dari paparan blog-blog peribadi mahupun perbualan serta pergaulan harian adalah manifestasi dari kekacauan ini.
Apa yang dipanggil masalah sosial yang meningkat mendadak itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai pelajar Islam di Mansurah.
Permasalahan dalaman dalam persatuan turut menyumbang ke arah penyukaran pembasmian masalah ini. Jika dahulu pimpinan sangat rapat dengan ahli namun kini tidak lagi. Hingakan ada ahli-ahli yang memboikot persatuan bukan kerana persatuan itu tidak betul, tetapi kerana ada beberapa individu dalam persatuan yang kurang disenangi oleh sebahagian ahli. Kelayakkan mereka memegang jawatan dalam pimpinan menjadi pertikaian sebahagian ahli kerana seakan-akan ada ‘tangan ghaib’ yang mencaturkan kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya. (Jika ada yang ingin membantah kenyataan ini dan ingin mengambil tindakan hingga menggugurkan aljauhary dari persatuan, aljauhary menerima dengan hati terbuka). Persatuan kini dilihat seakan-akan milik beberapa individu sedangkan ianya adalah semua ahli. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok.
Kerana ini kita lihat pelajar Islam di Mansurah ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling.
Zaman hidup aman damai tanpa ganguan wang ringgit dan social yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampung yang penuh dengan berbudi bahasa kini mengalami peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan pound mesir.
Hasil pertembungan ini, sedikit demi sedikit nilai budi murni pelajar Islam di Mansurah terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampung lupus.
Kuasa ringgit dan pound mesir cukup ampuh. Kuasa pound mesir telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh rakyat mesir di Mansurah hingga memberi tekanan yang maksimum kepada pelajar Islam di Mansurah dari sudut kewangan. Nilai ini mewajibkan pelajar Islam di Mansurah berlumba dan bersaing serta membayar dengan bayaran yang tinggi.
Pelajar Islam di Mansurah diasak dengan kesempitan kewangan kerana kejatuhan nilai mata wang ringgit. Jika dahulu RM1 bersamaan LE$2 namun kini jatuh serendah LE$1.5 dan sekitarnya. Walaupun sejak akhir-akhir ini dilihat pertukaran mata wang semakin meningkat namun ianya sukar untuk melepasi kadar LE$1.7.
Peningkatan yuran kuliah juga memberi kesan pada kewangan pelajar. Jika dahulu yuran kuliah hanya LE$0.75sen sahaja, namun kini meningkat kepada lebih LE$75 (lebih 10kali ganda peningkatan tersebut). Buku-buku pengajian serta buku tambahan dalam pengajian serta peralatan pengajian turut meningkat dengan mendadak. Nilai sewaan rumah turut menigkat dari bulan ke bulan kerana permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi pelajar perubatan mampu menyewa rumah dengan sewaan yang tinggi. Ditambah pula apabila Mansurah menjadi tumpuan warga Mesir dari seluruh pelusuk kampung membanjiri Mansurah dalam meningkatkan persaingan mencari tempat tinggal.
Selama beberapa tahun ini, proses pembudayaan pelajar Islam di Mansurah cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh persatuan kurang memberangsangkan.
Kekacauan nilai pelajar Islam di Mansurah ini bertambah parah apabila pimpinan pelajar tiada kemahiran yang jitu dalam mendengar permasalahan ahli, pendekatan serta penyantunan terhadap ahli dilihat amat lemah. Apa yang ahli dapat adalah cemuhan dari pimpinan mengatakan ahli yang bersalah dalam kebanyakkan hal. Program-program muhasabah dilihat hanya untuk mencukupkan syarat berpersatuan. Setiap isu yang melanda tidak dapat ditangani secara berkesan dan segera hingga berlarutan kepada pertukaran pucuk pimpinan baru. Pimpinan lebih suka mendiamkan diri terhadap isu-isu yang melanda berbanding berhadapan dengan ahli bagi menjelaskan dan menyelesaikan masalah tersebut.
Justeru hari ini kita melihat ramainya ahli memberontak dan ketidak-puasan hati mereka terhadap persatuan semakin ketara. Bila diaju persoalan ini kepada pimpinan mengapa boleh jadi sampai macam ini, maka jawapan yang akan diberikan adalah “Ini semua silap ahli” “Ahli perlu tunduk dan patuh pada persatuan walau apa jua keadaan” “Ahli perlu menegur pimpinan dengan jalan yang betul” (walaupun ada sebahagian pimpinan menggunakan hak ahli dalam menyampaikan kepentingan dan pandangan peribadi semata-mata).
Hakikatnya nilai jati diri pelajar Islam di Mansurah hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa dan tulus ikhlas semakin berkurangan. Menghormati serta mengenali abang-abang serta kakak-kakak yang lebih tua kian terhakis dalam minda pelajar baru.
Pada awal tahun 2010 ini krisis jati diri pelajar Islam di Mansurah telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Pelajar Islam di Mansurah pada tahun 2010 ini sedang diuji sama ada dalam masalah sosial bersama pelajar perubatan (sama naik) atau masalah penyalahguanaan internet atau masalah kewangan yang semakin menakutkan.
Di kemuncak persimpangan ini, semua pelajar Islam di Mansurah (lama dan baru) wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri termasuk aljauhary sendiri.
Di akhir artikel ini jiwa halus pelajar Islam di Mansurah akan bertanya sendiri apakah maksud dan tujuan artikel ini dipaparkan oleh aljauhary?.
Jawapan bagi setiap permasalahan di atas ada dalam Al-quran, Hadis-hadis nabi, kitab-kitab kuliah, kitab-kitab muktabar, majlis-majlis ilmu seperti kelas tafaquh, usrah dan study group.
Saya menyeru kepada seluruh pembaca, marilah kita sama-sama hidupkan dalam diri kita roh Al-quran juga Hadis serta tanamkan kecintaan kita terhadap majlis-majlis ilmu tidak lupa juga rajin membaca setiap bahan ilmiah samaada kitab kuliah mahupun kitab muktabar lain serta perbanyakkan perbincangan sesama kita dan berlapang dada mendengar serta menerima teguran sahabat-sahabat lain.
Artikel ini adalah untuk menimbulkan kesedaran semua ahli. Namun jika ada yang tidak berpuas hati dengan artikel ini boleh sampaikan terus dalam ruang yang disediakan. Jika artikel ini telah menyalahi qarar (undang-undang tubuh persatuan dan etika penyampaian), aljauhary bersedia untuk menerima hukuman. Jika hukumannya agar menarik-balik artikel ini, yang itu tidak sama sekali. Dan jika ada yang ingin membantah fakta-fakta yang dinyatakan, sangat-sangat dialu-alukan.
Sekian, wassalam..
Assalamualaikum
ReplyDeleteFirstly sy nk tnya bila us nyatkn semua pkra ni apa yg us buat? us sbg org yg fhm tntng agama kita adkh hanya skdr tulis di blog shj?
2- sy mlht us nyatkn faktor student medic mengubah pembudayaan mahasiswa pengajian islam kenyataan ini sy tdk tolak sama sekali, dan sy jg ingin mnmbh di mn us-us dan utz-utz ketika kami jd mcm ni?
3- sy nk us jwb dl apa yg sy soalkn ni.
Waalaikumsalam..
ReplyDeleteSekarang saya cuba cadangkan kepada persatuan dan pihak yang punya kuasa program2 yang mengeratkan kembali silaturrahim antara ahli.. sebagai contoh 5april lalu kami (ubmm) telah menganjurkan rehlah mahabbah di pantai dumyat bagi mendengar masalah-masalah ahli yang berkeluarga.. mendekati mereka secara rehlah dan riadhah agar mereka rasa mereka punyai sahabat lain dlm mendepani apa2 masalah..
2. ketika pelajar medic mengalami masalah sosial yg turut menjangkiti sebahagian pelajar agama, maka tinggallah sebahagian kecil ustaz dan ustazah yg belum tercemar peribadi mereka.. sebahagain dr mereka sukar bergerak bersendirian.. persatuan masih dg masalah dalam.. kami ahli biasa tidak mampu mengubah pimpinan kami sendir bagi membawa dakwah terus ke hadapan.. moga dg artikel ini membuka mata pimpinan agar bangkit dr kedudukan yg selesa dan terjun dlm permasalahan ini..
3. sy dah juba jawab dg baik soalan tersebut, namun jika ianya masih meragukan serta mendatangkan pertikaian, saya tidak dapat berbuat apa2 melainkan mengaku kekurangan diri dlm memberi kefahaman kpd saudara..
salam..saya perhatikan permasalahan sosial di mansurah sekarang makin bertambah. Ini adalah tanggungjawab semua org bukan persatuan sahaja. Mereka yg mempelajari ilmu agama wajib mencegahnya daripada membiak bak cendawan tumbuh selepas hujan. renung2kanlah...
ReplyDeletewaalaikumsalam..
ReplyDeletesyukran buat Anonymous (Apr 7, 2010 6:55:00 AM)
ya.. ianya tanggung jawab bersama.. semua pihak perlu mengembling tenaga dlm mendepani setiap permasalahan ini..
bergerak sendirian lbh sukar jika bergerak bersama persatuan..
ana xde mslah klu ust nk sentuh bab dalaman DPMM.. tpi ana agak x setuju dgn petikan pemasalahan dri pihak medic.. bukn kurg setuju.. tpi x setuju sama sekali.. spe y kate pelajar medic bawa perubahan pada budak azhar ??? ana sendiri y rapat dgn budak tib.. mereka x pernah ajar spe² ikut cre dia.. bahkan mereka semua suke dgn cre ust² melayan mereka.. masalah perubahan semua ni berlaku pada diri sendiri.. atas nafsu.. npe perlu babitkan budak medic.. diorg lebih suci dri kite selaku pelajar azhar klu kite pandang betul²..
ReplyDeleteana x nk ckp pnjg.. tpi ana nk igtkan satu lah.. ust leh kate mcm ni.. tu hak ust.. tpi jgn kate :
" Permasalah kedua pula apabila kemasukkan dan lambakan pelajar perubatan di Mansurah begitu mendadak.
Dari pelajar jurusan islamiah yang berasaskan pembelajaran agama, pelajar Islam di Mansurah kini telah didatangi pelajar-pelajar perubatan sejak beberapa tahun yang lalu. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan pelajar Islam di Mansurah itu sendiri khususnya mahasiswa Al-Azhar. "
petikan agak menunjukkan 100%.. kluust nk ckp sebilangan.. bg ana tu hak ust.. tpi klu dah 100% mcm ni.. ana agak x setuju dgn kenyataan ni.. ust nusth sendiri y x pndi jge diri.. bukan mslh dri budak medic..
sekian terima kasih
waalaikumsalam syeik fathi moga dirahmati Allah..
ReplyDeleteSyukran atas komen yg ditinggalkan..
Dengan kemasukkan dan lambakan pelajar medic telah menambah masalah jati diri dlm diri pelajar islam..
ada sebahagian pelajar islam terikut rentak pelajar medic hingga mengenepikan jatidiri mahasiswa al-azhar sebenar..
sedikit sebanyak, permasalahan kedua telah menambah kpd masalah pertama yg begiu meruncing..
bila kita sebut masalah, maka kita akan lihat pada yg bermasalah untuk mendatangkan contoh..
yang tidak bermasalah pula tidak termasuk dlm artikel ini sbb dah elok..
dg lambakan pelajar medic juga telah menambahkan tugas pihak HISBAH untuk memantau masalah berkaitan hingga HISBAH 'kadangkala' terlepas pandang masalah yg melanda pelajar agama, krn ada sebahagian mereka mengangap masalah sosial di kalangan medic begitu ketara berbanding pelajar agama. ini dapat dilihat bila ditanya kpd ustaz fathi sendiri, "antara pelajar medic (yg bermasalah) dan pelajar agama (yg bermasalah) mana yg lebih teruk dan lebih ketara??" ana tunggu jawapan dari ustaz fathi..
dan soalan kedua "tidakkah solat pada waktunya melambangkan identiti pelajar al-azhar namun di mana jati diri pelajar al-azhir bila solat subuh selepas syuruq??" ana yakin ustaz fathi bijak menjawab soalan2 di atas kerana beliau adalah bakal pimpinan akan datang..
'Ala kulli hal, seringkali dilihat sahabat2 yg duduk sebilik hanya melihat sahaja sahabat yg sedang tidur tanpa kejutkan mereka dr tidur yg lena diulit mimpi indah tanpa rasa bertanggungjawab..
"dimana jati diri Al-azhar?"
Aljauhary tidak menyalahkan ustaz fathi kerana Aljauhary seringkali bertamu di rumah beliau, dan dari pengamatan aljauhary, aljauhary dapat melihat semua ahli rumah beliau punyai jati diri sebagai Al-azhar.. seringkali solat berjemaah yg diimamkan oleh ustaz fathi selaku ketua dlm rumah tersebut.. majlis pengajian yg berterusan di rumah beliau serta keakraban sesama ahli rumah tidak dapat dinafikan dan menjadi faktor ustaz fathi tiak terdedah dg permasalahan yg aljauhary maksudkan dlm artikel.. pergaulan ustaz fathi dg pelajar medic yg baik2 juga menjadi faktor ustaz fathi mempertahankan sahabat2 beliau..
namun apa yg ana ingin sampaikan bukanlah berkenaan pelajar medic yang "jurus" (baik2)...
tp pada keseluruhan mereka2 yg bermasalah..
semoga sedikit persoalan td ustaz fathi boleh ulas dan apa yg ana ulas ini ana mohon jutaan kemaafan kerana telah merobek-robek perasaan tenang dlm diri ustaz fathi serta menghepaskan ombak dan thunami kemarahan pada diri ana yg telah hilang jati diri sebagai seorang al-azhar..
ana amat2 mengharapkan ustaz fathi dapat memberi tunjuk ajar yg khusus buat diri ana yg teramat dhiof ini..
moga mutiara2 ilmu yg dilontarkan ustaz fathi dapat ana sambut dg penuh hikmah...
Syukran..
Alfu syukran ustaz fathi...
Ana Aasif..
maafkan diri ini..
wassalam..
ana cube jwb dgn baik dan di fahami..
ReplyDeletepasal y mne paling bermasalah..
klu kite fikrkan semula.. y betul² bermasalah ialah dri kalangan budak azhar sendiri.. sbb ape.. mereka belajar agama dan diberi didikan agama agak lama dan mereka sendiri faham ape tu munkar.. bg pelajar mdic pulk.. mereka tidak berpeluang seperti kite nk belajar ilmu agama secara khusus.. ana percaya mereka semua ada asas agama..
ana x nk kate spe paling teruk n spe y baik dalam hal ni..
tpi kite selaku hamba Allah juga.. y byk melakukan dosa dan maksiat y kite x sedar.. ana lebih suke klu kite sendiri y lihat diri kite dahulu.. sbb kite x lh nk kate org tu teruk atau sebagainye.. sbb ape.. klu kite doakan mereka dgn kebaikan.. insyaAllah mereka leh berubah dan dpt rse salah tu dgn sendirinye..jika merea sedar..
tpi sekirenye kite dok kate mereka ( azhar n medic ) teruk.. kite sndiri y nk mereka mcm tu.. bg ana lah ust.. baik kite doakan mereka..
dlm masa y sama juga.. ana selalu mengingatkan pada kawan2 medic ana.. sbb mereka kwn ana seagama.. bukn sbb ana nk menang kan mereka.. harap ust leh terima alasan ana.. maybe jawapan ana pd soklan ust x tepat.. tpi percayalah.. klu kite selalu sgt cri kesalahan org.. maybe Allah gelapkan hati kite u cri kesalahan sendiri.. smpikan kite sendiri rse diri kite terlalu suci.. harap ust faham dgn kate2 ana..
sekian (^_^) maybe ni ckup padat.. terima kasih dan minta maaf sbb x setuju dgn artikel y ana bold line kan.. (^_^)
Alhamdulillah..
ReplyDeletekan ada dh ckp td, ustaz fathi pasti akan menaburkan mutiara2 ilmu untuk bekalan..
keyakinan ana tepat bahawa ustaz fathi memang punyai jati diri yg mantap selaku mahasiswa al-azhar berbanding ana ni..
terima kasih yg sebanyaknya buat ust fathi..
insyaAllah moga ana tergolong di kalangan mereka2 yg tunduk hati dlm menerima teguran dan nasihat..
assalamualaikum..
ReplyDeleteana tak nak komen ape..just ape yg ana terfikir..sebenarnya kita kat mansurah ni saling memerlukan..
ust2 ni lebih dalam ilmu agamanya..
doktor2 ni lebih kepada kerja2 profesionalnya..maksud ana mcm kalau belajar medic tu..ade la buat praktikal/clinical kalau x silap la..
dan kedua2 ini saling memerlukan antara satu sama lain...pengalaman dan ilmu dua2 bidang ni kalau dimanfaatkan betul2..mampu membawa perubahan utk kita..lebih khusus utk masyarakat malaysia sendiri bila pulang nnt..
tidak boleh dinafikan lagi yg doktor dan ust2 ni mmg menjadi rujukan masyarakat...pada kita ada ubat..mmg keje kita berhadapan dgn manusia..kat situ boleh kita gunakan peluang itu utk sebarkan kebaikan...
tapi kalau kita sendiri tiada kebaikan itu..camne kita nak sebarkan..so sama2 kita baiki diri..x kisah la ust ke dr..masing2 ade kelemahan..mula dari diri..kemudian sikit2..kat kawan serumah..kemudia masyarakat pelajar dan seterus2 nya...
tu je kot..sori na agak panjang..saya pon serba kekurangan jugak..harapan agar dr dan ust dapat sama2 membentuk komuniti yg menjadi cermin kepada islam..utk mereka yg tidak nampak islam ini sebagai way of life...bila tgk je..nampak islam..
wallahua'lam..moga diberi kekuatan utk itu..
waalaikumsalam ustaz haidar..
ReplyDeletesyukran krn sudi singgah dan tinggalkan nasihat buat ana..
bertepatan dg tujuan ana menulis artikel ini untuk buka minda kita, dan juga agar sama2 ingat mengingati agar tidak hilang jati diri seperti ana...
moga teguran ustaz haidar membuka minda ana dalam meneruskan usaha2 dakwah serta mendekati pelajar medic..
1- Terima kasih ats jwpn us tu, cuma sy tgk us lbh salahkn phk pimpinan. Sy pn tak fhm mslh persatuan diperngkt us.Cuma klu medic kami tak ada prgrm2 mcm us-us bt. lbh kpd pgrm2 indoor (dewan). Tp kami Alhamdlh trma apa yg pcm bt.
ReplyDelete2- Tp klu us awal-awal dh letak bhwa us tak mmpu nak ubh kami, yg hanya mampu mengubh adlh pimpn seolah-olah us tolak mentah-mentah.Klu lah us cuba dekati kami turn seberapa kerap mngkn sebilangan kecil dr kami us mampu bantu utk mengbh. Tak perlu kpd prngkt pmpnan yg rata2 medic di sini takut dekati PMRAM. Adkh us-us dan utz-utz yg tercemar yg us maksdkn tu begitu teruk shngga tak mampu jenguk kami di sini?.
3- Sy jg sbnrnya ahli PMRAM dan PCM, walaupn ada byk kekurangan dlm pcm tp sy lbh suka tdk mengkritik apa slh mreka yg lalu tp berusaha utk perbaiki apa yg akn dtg sbb klu kita nk kata manusia ni sume perfect pn tak blh.
4- ubmm tu apa ye?.
5- Mf sy sgt sedh dgn pndngn us. sbb us kata setiap jwpn ada dlm Al-quran dan Hadis. Tp us sendiri tak kemukakn 2 sumber tersebt dlm jwpn us.
Assalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteIni adalah sedikit pandangan saya yang blh kita berkongsi bersama..
1) Saya pernah menjawat jawatan pimpinan mansurah seketika dahulu. Pertama saya ingin bertanya secara jujur dengan penulis. Adakah penulis pernah menjalankan kajian mengenai 3 faktor permasalahan ini???jika ada apakah penulis pernah rujuk@bertukar2 pandangan ini dengan pimpinan mansurah???
Saya amat tertarik dengan faktor kedua. Petikan ayat “ Permasalahan kedua pula apabila kemasukkan dan lambakan pelajar perubatan di Mansurah begitu mendadak” “Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan pelajar Islam di Mansurah itu sendiri khususnya mahasiswa Al-Azhar”. Persoalan saya...apakah bukti yg penulis menyatakan pelajar perubatan telah merubah budaya pelajar islam???. Ingin berkongsi 1 kisah bersama penulis. 1 hari saya bersama sahabat saya menziarahi adik2 perubatan. Saya sempat bertukar2 pandangan2 bersama. Saya tidak pernah diajak@diubah budaya oleh adik2 perubatan. Walhal mereka cukup baik dan dahagakan ilmu agama. Mereka slu bertanya bilakah ustaz2 dan ustazah2 ingin menjenguk kami???..persoalan ini saya tinggalkan buat penulis supaya berfikir sejenak...ia..saya akui pertambahan student perubatan kian bertambah. Saya difahamkan mansurah kini jumlah tertinggi sekitar 1000 org. Masya-Allah..Jadi, saya kurang bersetuju dengan jawapan faktor ke 2 ini.
2) Mohon penjelasan mengenai ayat ini “Kerana ini kita lihat pelajar Islam di Mansurah ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling”..
3) Saya pernah menjawat pimpinan seketika dahulu ingin bertanya. Mengapa penulis mengeluarkan ayat “Pimpinan lebih suka mendiamkan diri terhadap isu-isu yang melanda berbanding berhadapan dengan ahli bagi menjelaskan dan menyelesaikan masalah tersebut”. Kenapa penulis begitu jangkal pemikiran. Seolah2 menuding jari pada pimpinan. Tidakkah penulis berfikir ( husnuzzon) pada pimpinan bawaha berkemungkinan para pimpinan sedang dalam mengkaji@menyelesaikan sesuatu isu2...saya ingin bertanya. Adakan penulis pernah bersama2 dgn pimpinan@bersua muka berkongsi apa2 isu yg berlaku???
4) Saya setuju dengan pandangan mansurah. Sila datangkan bukti penulis bahawa semua jawapan bagi setiap permasalahan di atas ada dalam Al-quran&Hadis-hadis nabi...itu sahaja pandangan dari saya..
5) Fikir@buat kajian dahulu sebelum mengeluarkan apa2 isu@artikel..
Mohon maaf..ini adalah pandangan. Jika benar smg kita semua dapat mengambil pengajaran. Jika salah mohon maaf&saya akan perbaiki lagi kesilapan serta pandangan saya ini...
Al-Faqir..
Salam persaudaraan dari Kelantan,
ReplyDeletePermasaalahan yang besar dan perbincangan yang baik.
Satu penulisan yang menarik.Izikkan saya copy artikel ini.Untuk di bincangkan di Malaysia pula.
salam
ReplyDeletemaaf kl aku xpndai nak guna saya atau ana. aku pelajar tanta thn4..
senang cite camni la ye.
kita setelkan n pupuk budaya keluarga kita dulu.
kl yg dh berumahtangga, anak2, isteri n keluarga..
xpayah nak buka aib sape2 berceloteh smpaikan diri sendiri jadi pening kepala..
amek iktibar setiap ape yg berlaku pada diri kita, muhasabah diri sdr apa yg kurang...bawak diri kita di mana n apa kemahuan diri yg termampu..
3perkara yg paling manusia benci adlh:
1.membuka aib org
2.membawa tohmahan yg kita sdr xtau pucuk pangkalnya
3.sibuk jaga tepi kain hujung kain n smpai dlm kain...
mari berdepan sacara total bincang baik2 n kawal emosi serta nyatakan apa hasrat sebenar...
sbb apa?
sbb kita bukan sempurna...
utk umat akhir zaman ini.
kita jaga perca kain kita,
kita bangunkan rumahtangga kita..
kita lupakan silap org atau perihal pahala n dosa org.
sbb kita bukan tuhan utk menghukum sesuatu yg betul atau salah..
wassalam..
Buat mansurah..
ReplyDelete1. saya melihat masalah ini dari sudut jati diri mahasiswa pengajian islam..
Alhamdulillah saudara begitu cakna dg permasalahan yg dilontarkan..
berkenaan dg program2 indoor (dewan). mmg prstuan banyak menganjurkan program2 seumpama itu.. Namun kehadiran ke program2 tersebut kurang mendapat kerana beberapa masalah dalaman diri mahasiswa itu sendiri yg xperlu ana sebut kerana cukup mengaibkan..
2. Ana tidak menolak mentah2 bahawa pelajar medic sudah tidak boleh diubah sama sekali, namun ana lebih menfokuskan kesedaran kpd mahasiswa islam bahawa mereka perlu bangkit dari lena yg panjang tidak lupa juga kesemua pimpinan yg ada agar buang keegoan jika ada, bincang dan atur strategi bagaimana untuk menggerakkan tenaga muda dr kalangan mahasiswa islam agar aktif berdakwah, jika tenaga mahasiswa sudah dpt digembeling dan dieksploitasi ke arah dakwah, maka barulah melangkah ke sebelah medic bagi mendekati dan menyantuni golongan mrk.. apa jawapan yg paling tepat untuk ungkapan yg diungkap oleh pesalah2 medic dg kalam "ustaz2 dan ustazah2 pun buat masalah hisbah jugak.. knp xdakwah dan betulkan ustaz2 dan ustazah2 dahulu sblm betulkan kami????"
kita hidup berpersatuan, persatuan ditubuhkan untuk merancang serta menggerakkan ahli2 agar bekerja dlm sebuah organisasi. jika persatuan dah ada namun masih kene bergerak sendirian tidakkah itu menyalahi tujuan penubuhan persatuan..
3. ya kita semua bukan perfect, namun sebagai pimpinan seharusnya mereka memiliki kebolehan mendengar serta menerima pendapat ahli dg baik.. sy tidak mahu ulas prihal pimpinan lbh lanjut.. kerana pimpinan lbh tahu keadaan mrk berbanding sy.. hanya harapan sy, bangunlah dr kedudukan selesa.. depani masalah yg ada bukan fikir berbulan2.. kalau salah mengaku salah.. bukan ego..
4. UBMM (unit bait muslim mansurah) bernaung dg DPMM (dewan perwakilan mahasiswa/wi mansurah)unit khas di bawah pengerusi DPMM..
ReplyDelete5. Masalah utama, sudah kita maklumi bahawa teknologi tu adalah perang saraf barat terhadap umat islam, sejauh mana kita bijak menggunakan teknologi yg ada menolak perang saraf yg diselitkan oleh barat dlm seluruh kehidupan kita.. Al-Quran menganjurkan agar org2 yg beriman agar tidak leka (lagha) dlm setiap urusan krn org yg leka tidak tergolong dlm golongan mukmin yg berjaya.. masalah kedua, kemasukkan pljr medic tlh memecahkan penguasaan tugas pimpinan terhadap pljr2 medic, hinggakan terlepas pandang terhadap mahasiswa islam.. oleh itu alquran menganjurkan agar bermusyuarat (menerima pandangan serta buah fikiran org lain, serta membincangkan permasalah yg utama berbanding bincang masalah baju kurung atau jubah berjam-jam sbgai contoh).. mendekati ahli sendiri terlebih dahulu disamping bersama2 pljr2 medic yg benar2 dahagakan perhatian dan tunjuk ajar dr ustaz2 dan ustazah.. masalah ke-3, kewangan adalah penyumbang kpd faktor permasalahan jati diri mahasiswa, sbgai contoh sekiranya seseorg tu kesempitan kewangan, makan pun sekali sehari (ini hanya buat mrk yg kesempitan kewangan,krn ada sebilangan mahasiswa yg tidak mampu dr sudut kewangan, ada yg hingga benci kpd program persatuan krn kebanyakkannya minta duit jer.. bukan semua ahli mampu dr sudut kewangan spt pljr medic mahupun mereka2 yg berada) yg menjadi permasalahan, bila pimpinan malaysia samaada kerajaan mahupun pembangkang datang ke mesir jarang sekali kedengaran mahasiawa islam mengusulkan agar kerajaan memperuntukkan biasiswa khas atau pinjaman pelajaran kpd mahasiswa islam.. yg ada, hanyalah seperti yg kita dengar setiap kali kunjungan pimpinan malaysia.. xsalah usul agar ambil tindakan terhadap JPMK jika benar2 mereka didapati bersalah dr sudut undang2 yg ada.. namun jgn la sampai tertinggal mengusulkan agar sumber kewangan mahasiswa islam terbela..
penyelesaiannya, kita selaku rakyat malaysia di mesir gunakan saluran yg sesuai untuk menambah kewangan untuk mahsiswa islam.. kita bukan persatuan yg bersaskan politik, jadi tidak salah mengusulkan agar diperuntukkan dlm setiap bajet tahunan negara untuk mahasiswa islam mesir.. sy xpasti la kalau ada yg anggap duit kerajaan malaysia tu kotor dan jijik krn bercampur dg wang cukai judi dan cukai2 yg haram hingga tak mahu terima wang tersebut.. tp balik nnti kerja dg kerajaan gak..
1- terima ksh ats jwpn bls us, cuma sy msh keliru dgn pndrian hujah us.
ReplyDelete2- Dlm artikel us mengatkn kami peljr2 medic yg antara penyebab jati diri mahasiswa islam berubah, kemudian us kata ia salah pimpinan, kemudian us kata mslh peribadi individu. Sy tdk fhm mn satu hujah dan pendirian us sbnrnya. Lbh baik us katakn semua pihk terlbt dlm mslh ini.
3- Sy cb qoute kata2 us "apa jawapan yg paling tepat untuk ungkapan yg diungkap oleh pesalah2 medic dg kalam "ustaz2 dan ustazah2 pun buat masalah hisbah jugak.. knp xdakwah dan betulkan ustaz2 dan ustazah2 dahulu sblm betulkan kami????"
- bg sy klu lah ungkapan ini ditakuti oleh us-us sy rs dakwah tdk akn sampai ke tempt kami. Kami sedia faham bkn semua manusia punyai jati diri yg baik namun apa yg pernah sy bljr dgn us Salman beliau mengatkn pkra nsht itu perlu disampaikn wlpn kita sndri bt pkra trsbt.
4- Sy ingin menguls sdkt berkenaan mslh persatuan dan pimpinan walaupn sy tdk layak utk memberi pndngn terhdp pimpinan diseblh us. Apa yg sy beljr dgn us Salman di Darul Rahmah ni, us Salman pernh bg th selagi mn pesatuan/pimpinan melakukn sesuatu perkara tdk melanggari syara' maka wajib utk kita selaku ahli ikuti (klu slh tlg betlkn), dan sy tdk pasti diperingkt us adkh pimpinan sana melakukn sesuatu sampai melanggari syarak sehinggakn semua perkara samada btl atau tdk (sy tak pasti) us seolah2 salahkn pimpinan. Apa yg sy bc dan sy fhm seolah2 pimpinan di sblh sana tak bt kerje ataupn dgn kata lain sgt teruk kerje mrka. Ya, kita blh kritik dan bg cadngn pd pimpinan tetapi adkh slh sekiranya pandangan kita ditolak oleh mereka?. bg sy jgn kita rasakn pndangan kita yg terbaik, pemimpinan kena bt itu dan ini, kemudian apabila pndgn kita ditolak kita rasa sedih. Sy rasa ini juga masalah jati diri mahasiswa islam yg harus dikoreksi bersama. Mf sy katakn.
5- Terima ksh ats semua hujah yg us berikan. Namun bg kami pljr medic apa-apa yg kami tdk fhm berkenaan agma kami akn rujuk us salman. Us salman jg pernh bg th, jgn pisah-pisahkn antra study, persatuan, sukan dan lain2 sbb semua pkra itu ada dlm islam.
6- Apa pun sy lbh suka utk tdk salahkn sapa2, berbalik pd tajuk Mahasiswa islam dengan jati diri. Kami juga adalah Mahasiswa Islam :-). Sy cadangkn supaya us tdk slhkn mana-mana phk dlm hal ini bg sy semua perlu main peranan.
saya bersetuju dengan mansurah..penulis seolah2 mempersalahkan bnyk pihak dan membuka aib pihak tertentu..saya cadangkan penulis agar perbetulkan kembali isu2 ini. Penulis perlu sedar akan kelemahan penulis jgak..penulis perlu juga buangkan sikap ego..didik hati kembali pada Allah..wslm..
ReplyDelete