Wednesday, April 28, 2010

[2] sambungan berita mansurah..

seperti yang dijanjikan..

Kemudian kami bertanyakan berkenaan yuran yang tinggi sekiranya kami dipindahkan ke kaherah nanti. Amid menegaskan bahawa, yuran di sana nanti sama seperti yuran di muhafazah kerana ianya di bawah naungan Al-Azhar. Kami memberi pandangan bahawa perpindahan hanya mendatangkan masalah. Beliau menjawab, justeru itu pihak kami sedang beruasaha mengumpulkan semua permasalahan dari penempatan, pengajian, pengurusan kuliah dan visa kalian agar semuanya dapat memberi kemudahan bagi kalian. Pihak kami akan sedaya upaya berkhidmat pada kalian dengan penuh rahmat, keilmuan, praktikal dan mencakupi kepentingan semua pelajar. Baik malaysia, indonesia dan sebagainya. Bila ditanya lagi, adakah perpindahan ini melibatkan semua wafidin di seluruh muhafazah? Beliau menjawab, ya.. Ianya melibatkan semua wafidin di seluruh mesir. Timbul persoalan, jika dilihat kepada qarar Al-Azhar, setiap perpindahan pelajar dari satu muhafazah ke muhafazah lain perlu mematuhi beberapa syarat sebagai contoh lulus semua madah atau mejoriti madah yang diambil? Beliau menjawab, ya memang qarar Al-Azhar bagi setiap perpindahan pelajar dari satu muhafazah ke muhafazah yang ada syarat-syarat tertentu. Namun dalam hal ini, tiada syarat yang dikenakan kerana perpindahan ini seperti kamu semua pindah rumah semata-mata, kuliah tetap sama. Cumanya tiada lagi pelajar mesir bersama kalian yang ada hanya wafidin.
Kami bertanya apa niat sebenar Al-Azhar hingga keluarkan arahan agar kami semua dipindahkan dan dipusatkan? Dalam perkara ini, Al-Azhar cuba memudahkan semua pelajar dengan mengumpul setiap masalah yang bakal pelajar hadapi sekiranya mereka berpindah serta pihak kami sedang berusaha untuk mengatasinya. Oleh itu kalian semua tak perlu gopoh-gapah dalam hal ini kerana semuanya dalam peringkat cadangan dan pengumpulan maklumat. Sekiranya ada maklumat terkini dari pusat, InsyaAllah saya sebagai wakil di sini akan memaklumkan kepada kalian dan dari masa ke semasa saya sedia menerima kunjungan kalian untuk mengadu apa jua masalah terutamanya berkaitan pelajaran serta pemahaman kalian pada sesi pengkuliahan. Saya memperuntukkan hari selasa dari jam 2 hingga 3 petang untuk menerima kunjungan kalian. Pejabat saya sentiasa terbuka untuk kalian dan hari selasa seperti waktu tadi saya khususkan untuk kalian kemukakan setiap masalah kalian.
Bila kami kemukan hujah bahawa kami rakyat malaysia punyai bangunan persendirian (rumah anak negeri) di kaherah, itu pun tak mampu untuk menampung setiap rakyat malaysia yang ada di kaherah. Bagaimana Al-Azhar nak menampung semua wafidin di seluruh mesir bila dipusatkan di satu tempat? Beliau menjawab, tiada kata putus mengatakan bahawa penempatan untuk wafidin bila dipusatkan di kaherah adalah mencukupi. Namun kami sedang berusaha menyediakan segala kelengkapan tersebut dari segi pengurusan kuliah, kelengkapan dewan kuliah, penempatan hinggakan kepada visa kalian kami akan cuba rancang sebaik mungkin bagi memudahkan kalian. Berkenaan penempatan pula, ianya masih lagi dalam peringkat perangkaan. Mana mungkin kami mampu menyediakan penempatan dengan sekelip mata. Sekiranya perlu untuk kami menyediakan penempatan secara menyeluruh, maka kami akan sediakannya namun ianya mengambil masa. Bukannya boleh siap dalam sebulan dua. Oleh itu, kalian tidak perlu risau atau tergopoh-gapah dalam hal ini. Perlu saya ingatkan bahawa pihak atasan Al-Azhar sedang memikirkan apa yang terbaik untuk kalian semua.

Alhamdulillah, dengan penerangan dari amid tadi sedikit sebanyak telah melegakan hati aljauhary. Apa yang aljauhary dapat fahami bahawa, arahan yang dikeluarkan adalah untuk mendapat maklumbalas dari semua wafidin agar mereka dapat memberi kerjasama dengan pihak Al-Azhar dalam mengumpulkan maklumat serta permasalahan semua agar memudahkan pihak Al-Azhar dapat menyelesaikannya sebelum semua wafidin dipindahkan dan dipusatkan. Namun selepas berbincang dengan amid kuliah, kami berbincang dengan wakil akhawat dari juzu' qamar dan turkimenistan. Wakil juzu' qamar menyatakan, sekiranya kalian dari malaysia yang sudah punyai bangunan di kaherah pun masih tidak mampu menampung penempatan rakyat malaysia seluruhnya, apatah lagi bagi kami yang tiada bangunan walau pun satu. Bagaimana kami nak menetap di sana nanti??
Ya, memang benar apa yang dilontarkan oleh wakilah tersebut. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah bukan MEMBANTAH arahan tersebut tetapi cukuplah bagi kita TIDAK BERSETUJU dengan arahan yang buat masa ini masih membebankan kita. Perjuangan ini adalah melibatkan semua pihak samaada yang baru mahupun lama. benua Asia mahupun benua lain. Memang kita semua sedia maklum bahawa kehidupan di kaherah sangat membebankan. Jika kita disediakan penempatan secara percuma pun, tetapi sara hidup di sana sangatlah tinggi berbanding di muhafazah. Apatah lagi sekiranya kita terpaksa menyewa rumah di kaherah nanti. Itu sangat-sangatlah membebankan. Oleh itu, aljauhary memohon agar semua sahabat-sahabat, samaada di mansurah mahupun di muhafazah lain agar bersatu dengan DPM masing-masing serta memberi sokongan yang padu pada DPM agar dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik..
Sekadar ini sahaja dari aljauhary.. [mansurah city, kota kerinduan]
Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..