Saturday, June 25, 2011

Friday, June 24, 2011

SISTEM EKONOMI

Mutaakhir ini Malaysia dikejutkan dengan ‘Negara Berkebajikan’ yang menjadi isu perbincangan seluruh Negara. Ini adalah hasil dari keputusan Muktamar Pas tahun 2011 yang baru selesai beberapa mingu lalu. Hasil muktamar ini umum telah diberitahu bahawa Pas akan membawa Negara Kebajikan sebagai konsep pentadbiran.

Bila sahaja Pas mengajukan Negara Berkebajikan kepada umum, ramai mula keliru, kabur dan kurang faham dengan apa yang dinamakan dengan ‘Negara Berkebajikan’ sehingga menimbulkan penentangan hebat dari pelbagai sudut.

Lebih membingungkan apabila dengan serta merta United Malays National Organisation bangun mengaku bahawa dasar ini telah mereka jalankan. Justeru mengikut United Malays National Organisation Pas hanya menjadi Pak Turut.

Ada juga yang berpandangan ‘Negara Berkebajikan’ Pas ini adalah akidah perjuangan. Dan mengaitkan agar perlunya Pas bergantung kepada Sistem Ekonomi Sosialis kerana sitem ekonomi di dunia ini hanyalah dipelopori oleh Sosialis dan Kapitalis sahaja.

Umum mengetahui bahawa Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran dan ekonomi terbuka, namum beberapa dekat ini Kapitalis kian memonopoli Sistem Pentadbiran dan Sistem Ekonomi di Malaysia khususnya apabila hak milik kerajaan mula diswastakan.

Mari sama-sama kita lihat huraian ringkas antara ketiga-tiga sistem ekonomi ini (Kapitalis, Sosialis dan Islam). Islam bukanlah anutan semata-mata, malah ianya adalah sistem yang merangkumi setiap aspek kehidupan samaada politik, ekonomi, kemasyarakatan, keilmuan, media, perundangan, peperangan, pengurusan dan hisbah.

Untuk memudahkan kefahaman antara ketiga-tiga sistem ini adalah lebih mudah untuk kita rujuk kepada pemilikan dan kemanfaatan. Bagi Sistem Kapitalis, pemilikan adalah hak individu dan kemanfaatan juga adalah hak individu. Bagi Sistem Sosialis pula, pemilikan adalah hak semua dan kemanfaatan juga adalah hak semua. Berbeza dengan Sistem Islam, pemilikan adalah hak individu namun kemanfaatan adalah hak semua.

Bagi menghuraikannya, dapat kita fahami bahawa Sistem Kapitalis berasaskan keuntungan individu semata-mata tanpa mempedulikan masyarakat seluruhnya. Ini membuatkan yang mempunyai modal akan menguasai kekayaan negara, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin tidak terbela.

Berbeza pula dangan Sistem Sosialis apabila segalanya berasaskan kebajikan semata-mata dalam mengurangkan hak individu. Sebagai contoh, sekuat mana pun seseorang itu berkerja dan lagi besar gaji beliau bermakna lagi tinggi cukai yang perlu dibayar sehingga lebih 50% dari gajinya. Dan walaupun seseorang itu tidak berkerja, namun kerajaan akan memberikannya elaun sara hidup, rumah dan sebagainya. Ini menjadikan rakyat malas untuk bekerja apabila keperluannya ditanggung oleh kerajaan.

Sistem Islam pula lebih kepada pendidikan iaitu berkebajikan. Kerajaan dan rakyat saling membantu membangunkan negara dalam perkara-perkara kebaikkan yang menitik beratkan kehidupan selepas mati berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Mengambil sedikit dari yang kaya dan memberikannya kepada yang memerlukan melalui zakat dan cukai yang tidak membebankan rakyat malah menggalakkan infaq, derma atau donation. Meletakkan keadilan (meletakkan sesuatu pada tempatnya) sebagai paksi ekonomi dengan menghalang monopoli, penindasan dan apa jua bentuk kezaliman terhadap masyarakat dalam sudut ekonomi dan hak pemilikan. Juga mengharamkan riba’.

Oleh itu, Islam bukanlah ibadah dan kepercayaan semata-mata. Malah islam adalah pegangan, cara hidup dan landasan bagi membangunkan dan menguruskan dunia dari segala aspek kehidupan untuk menuju ke alam abadi. Islam bukan indah pada sistem ekonomi semata-mata, namun mencakupi setiap sistem kehidupan.

Ini telah menjadikan musuh-musuh Islam dengki dangan Islam khususnya Zionis yang menyatukan semua aliran pemikiran moden dan semua kumpulan untuk menyerang Islam dari pelbagai sudut.

Dalam ekonomi, Islam diserang oleh sistem kapitalis dan sosialis. Dalam sistem keilmuan islam diserang oleh orientalis. Dalam sistem politik, Islam diserang oleh sekularisme dangan memisahkan agama dan politik. Dalam kehakiman pula, Islam diserang oleh "Common Law" yang mengenepikan undang-undang syariah berdasarkan Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. Begitu juga dari sudut pergaulan, pendidikan, keagamaan, kemasyarakatan, pentadbiran dan pelbagai sudut lagi.

Islam diserang dari pelbagai sudut kerana musuh-musuh Islam sangat dengki dan benci dengan kesyumulan Islam. Dalam beberapa aspek, kita dapat lihat musuh-musuh islam berjaya dalam usaha mereka. Ini dapat dilihat apabila daulah islamiayah jatuh pada tahun 1924 lalu. Maka, umat islam mula dijajah akal mereka, gaya hidup mereka, pegaulan mereka dan kepercayaan mereka juga dapat dijajah apabila ada umat islam yang percaya bahawa Islam sudah tidak sesuai diadaptasi buat masa ini. Namun perjuangan Pas mula menampakkan pencerahan dari penjajahan ini. Dengan tercetusnya konsep idea ‘Negara Berkebajikan’ ini membuatkan musuh-musuh Islam ketakutan jika umat Islam dapat merasai keindahan Islam seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.

Untuk memahami ‘Negara Berkebajikan’ yang akan Pas bawa itu nanti sama-samalah kita tunggu ‘Buku Hijau’ yang sedang dalam proses penulisan dan editing. Sebelum kita semua dihidangkan dengan konsep-konsep yang bakal dibawa oleh Pas itu nanti, adalah lebih elok kita sama-sama meneliti 2 video di bawah ini.










Thursday, June 23, 2011

ASNAF ZAKAT YANG KE 9???


KUALA LUMPUR, 22 Jun: Saifuddin Nasution (PKR-Machang) menuntut kerajaan menjelaskan mengenai salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.

Jumlah itu didakwa dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah sendiri mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR turut mempersoal tindakan Che Mat yang meluluskan sendiri peruntukan itu memandangkan beliau juga merupakan setiausaha MAIWP.

"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

"Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah," katanya.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru beliau akan menulis surat kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC)menuntut tindakan segera diambil.

"Kita perlukan penjelasan sebab melibatkan pengkhianatan pengagihan wang zakat yang tidak tepat," katanya.

Semalam, Saifuddin membangkitkan perkara tersebut sewaktu perbahasan perbekalan tambahan 2011 di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.



~Aljauhary :

Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat???

Atau mereka ni termasuk dalam asnaf yang ke sembilan???

Tapi, apakah asnaf yang kesembilan itu??

Adakah MAIWP dah terlalu banyak sangat duit sampai tak jumpa lagi orang islam untuk diagihkan wang zakat tersebut hingga dengan rela membiayai yuran guaman??

Tapi yang mushkilnya, kenapa yang memohon dan yang meluluskan adalah orang yang sama???

Atau berita ini hanya akan diperbetulkan semula oleh MAIWP???

Macam isu murtad baru2 ni...Link

Mula2, seramai 863orang memohon untuk menukar status agama islam. 135orang diluluskan pertukaran tersebut. Ianya ada di sini.. Kemudian, keluar pula kenyataan bahawa kes tersebut bukan murtad tapi tak sah masuk islam.. Ianya ada di sini.. Kekeliruan mula timbul di sini.. sini.. dan sini... Yang lebih memalukan adalah yang bertanya itu adalah anggota parlimen Bakri Er Teck Hwa (bukan muslim) yang bartanya kepada 'Kerajaan Islam'... Sangat memalukan.. Dan akhirnya ni jawapan menteri ~Jumlah kes murtad adalah kosong~ "Maksud lulus (itu) bukan lulus murtad. Kamu pergi daftar di mahkamah bawah nama (kes) murtad, tetapi dia tak timbul soal murtad sebab Islam dia sendiri tak sah. Daftar saja nama di situ begitu."

Sehubungan itu, menjawab soalan, Jamil Khir menjelaskan dalam tempoh itu, jumlah sebenar yang murtad adalah kosong.

Dari kedua-dua isu diatas secara logiknya... Macam tak logik... Hehehehe... Teruskan berfikir... Perah minda kritis anda berpandukan ilmu yang tersemat di dada.. Jika masih tak dapat jawapan, boleh minum air sungai Nil banyak2 lagi....


ANDA PERNAH MINUM AIR SUNGAI NIL?????



Friday, June 3, 2011

HALAL vs HARAM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum...

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan fenomena 'Bir Halal'. Walaupun fenomena ini telah lama bertapak di Malaysia dan telah ramai yang meneguk setiap titisan air tersebut yang dikatakan mempunyai 0.5% alkohol. Namun ramai yang masih berpegang bahawa ianya haram. Namun yang menjadi kekeliruan apabila ada pihak khususnya yang terlibat secara langsung dengan penjualan 'Bir Halal' itu yang memegang ijazah dalam jurusan Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, produk terbabit 100 peratus halal selepas melalui proses pemeriksaan ketat serta memperoleh sijil halal dan tayyiba dari Iran. Lantas berita semalam yang diperolehi dari MStar memaparkan seperti berikut...


~Gambar hiasan~

~Gambar Hiasan~

MENTERI MINTA SEMUA PIHAK HENTIKAN GUNA ISTILAH BIR HALAL – mstar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan penggunaan istilah "bir halal" kerana ia boleh
menimbulkan kekeliruan terutama di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, ini kerana perkataan "bir" tidak sesuai untuk digunakan sebagai minuman yang tidak beralkohol kerana umat Islam telah sedia maklum bahawa bir adalah minuman yang diharamkan ke atas mereka.

Mengenai isu minuman "bir halal" yang diimport dari luar negara, Jamil berkata
perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet selepas pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melakukan kajian terhadapnya.

Beliau berkata, Jakim akan berpandukan kepada keputusan majlis fatwa kebangsaan
bahawa paras alkohol yang dibenarkan dalam makanan dan minuman ialah 0.01 peratus dan sekiranya didapati melebihi, ia dianggap haram bagi umat Islam.

Jamil Khir berkata, sijil halal yang terdapat pada minuman tersebut juga bukan dikeluarkan oleh Jakim tetapi oleh negara pengeluar minuman tersebut.

"Di Malaysia kita ada protokol kita sendiri dalam menentukan status halal sesuatu produk, mungkin ia berbeza dengan negara-negara lain tetapi selepas ini kita akan tetapkan mana-mana produk yang diimport dari luar walaupun ada logo halal ia akan tetap dikaji bagi menentukan ia benar-benar halal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Ujian Penilaian Kelas Kafa di sini, Khamis.

Jamil Khir berkata, Jakim akan berbincang dengan agensi berkaitan untuk memantapkan lagi proses tindakan, penguatkuasaan dan penyeliaan.

"Kita akan bekerjasama dengan pihak kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi mengambil tindakan terhadap penjual," katanya.

Minggu lepas Jamil Khir menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum minuman yang didakwa oleh pengedarnya sebabagi "halal" sedangkan kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.

Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus.-BERNAMA

Sumber : mStar


Oleh itu jelas seperti apa yang diperkatakan oleh Jamil Khir itu. Moga-moga perkara ini dipercepatkan untuk dibawa ke kabinet untuk dibincangkan dan mewartakan hukum yang jelas bagi umat islam.

Namun ada satu perkara lagi yang menjadi kekeliruan dalam istilah yang digunakan oleh pihak yang berwajib di Malaysia.. Istilah tersebut adalah 'Judi Haram', perkara ini telah lama digunakan oleh menteri-menteri yang bersangkutan dengan kewangan Malaysia apabila menggelarkan perjudian, pertaruhan atau yang seumpama denganya yang tidak berdaftar untuk dicukaikan maka dipanggil 'Judi Haram'. Ini memberi makna, jika ada 'Judi Haram' maka ada jugalah 'Judi Halal' (yang berdaftar dengan kerajaan untuk dicukai).

Bila pula 'Judi haram' dan 'Judi Halal' ini akan dibawa ke kabinet untuk dibincangkan??? sedangkan ianya telah wujud sejak perdana menteri yang ketiga lagi... Apakah kerana cukai yang dipungut oleh kerajaan bernilai tinggi maka tiada menteri agama sejak dahulu berani mempersoalkannya?? Perkara ini sepatutnya menjadi suatu yang besar bagi umat islam untuk berazam agar ianya juga dihapuskan. Adakah pimpinan negara sekarang masih belum mampu mengubahnya??? Atau mungkin menunggu kerajaan baru Pakatan Rakyat melalui menteri agama yang dipelopori oleh ulama' bakal mengubahnya???


Mari kita sama-sama menolak sebarang kenyataan yang mengatakan dan menggunakan istilah 'Judi Haram' kerana selamanya judi itu adalah HARAM...