Assalamualaikum...
~Gambar hiasan~
~Gambar Hiasan~
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan penggunaan istilah "bir halal" kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan terutama di kalangan umat Islam.
Beliau berkata, ini kerana perkataan "bir" tidak sesuai untuk digunakan sebagai minuman yang tidak beralkohol kerana umat Islam telah sedia maklum bahawa bir adalah minuman yang diharamkan ke atas mereka.
Mengenai isu minuman "bir halal" yang diimport dari luar negara, Jamil berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet selepas pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melakukan kajian terhadapnya.
Beliau berkata, Jakim akan berpandukan kepada keputusan majlis fatwa kebangsaan bahawa paras alkohol yang dibenarkan dalam makanan dan minuman ialah 0.01 peratus dan sekiranya didapati melebihi, ia dianggap haram bagi umat Islam.
Jamil Khir berkata, sijil halal yang terdapat pada minuman tersebut juga bukan dikeluarkan oleh Jakim tetapi oleh negara pengeluar minuman tersebut.
"Di Malaysia kita ada protokol kita sendiri dalam menentukan status halal sesuatu produk, mungkin ia berbeza dengan negara-negara lain tetapi selepas ini kita akan tetapkan mana-mana produk yang diimport dari luar walaupun ada logo halal ia akan tetap dikaji bagi menentukan ia benar-benar halal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Ujian Penilaian Kelas Kafa di sini, Khamis.
Jamil Khir berkata, Jakim akan berbincang dengan agensi berkaitan untuk memantapkan lagi proses tindakan, penguatkuasaan dan penyeliaan.
"Kita akan bekerjasama dengan pihak kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi mengambil tindakan terhadap penjual," katanya.
Minggu lepas Jamil Khir menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum minuman yang didakwa oleh pengedarnya sebabagi "halal" sedangkan kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.
Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus.-BERNAMA
Sumber : mStar
Oleh itu jelas seperti apa yang diperkatakan oleh Jamil Khir itu. Moga-moga perkara ini dipercepatkan untuk dibawa ke kabinet untuk dibincangkan dan mewartakan hukum yang jelas bagi umat islam.
Namun ada satu perkara lagi yang menjadi kekeliruan dalam istilah yang digunakan oleh pihak yang berwajib di Malaysia.. Istilah tersebut adalah 'Judi Haram', perkara ini telah lama digunakan oleh menteri-menteri yang bersangkutan dengan kewangan Malaysia apabila menggelarkan perjudian, pertaruhan atau yang seumpama denganya yang tidak berdaftar untuk dicukaikan maka dipanggil 'Judi Haram'. Ini memberi makna, jika ada 'Judi Haram' maka ada jugalah 'Judi Halal' (yang berdaftar dengan kerajaan untuk dicukai).
Bila pula 'Judi haram' dan 'Judi Halal' ini akan dibawa ke kabinet untuk dibincangkan??? sedangkan ianya telah wujud sejak perdana menteri yang ketiga lagi... Apakah kerana cukai yang dipungut oleh kerajaan bernilai tinggi maka tiada menteri agama sejak dahulu berani mempersoalkannya?? Perkara ini sepatutnya menjadi suatu yang besar bagi umat islam untuk berazam agar ianya juga dihapuskan. Adakah pimpinan negara sekarang masih belum mampu mengubahnya??? Atau mungkin menunggu kerajaan baru Pakatan Rakyat melalui menteri agama yang dipelopori oleh ulama' bakal mengubahnya???
Mari kita sama-sama menolak sebarang kenyataan yang mengatakan dan menggunakan istilah 'Judi Haram' kerana selamanya judi itu adalah HARAM...
No comments:
Post a Comment
Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..