KUALA LUMPUR, 22 Jun: Saifuddin Nasution (PKR-Machang) menuntut kerajaan menjelaskan mengenai salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.
Jumlah itu didakwa dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.
"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah sendiri mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.
Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR turut mempersoal tindakan Che Mat yang meluluskan sendiri peruntukan itu memandangkan beliau juga merupakan setiausaha MAIWP.
"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.
"Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah," katanya.
Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.
“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.
Justeru beliau akan menulis surat kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC)menuntut tindakan segera diambil.
"Kita perlukan penjelasan sebab melibatkan pengkhianatan pengagihan wang zakat yang tidak tepat," katanya.
Semalam, Saifuddin membangkitkan perkara tersebut sewaktu perbahasan perbekalan tambahan 2011 di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.
~Aljauhary :
Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat???
Atau mereka ni termasuk dalam asnaf yang ke sembilan???
Tapi, apakah asnaf yang kesembilan itu??
Adakah MAIWP dah terlalu banyak sangat duit sampai tak jumpa lagi orang islam untuk diagihkan wang zakat tersebut hingga dengan rela membiayai yuran guaman??
Tapi yang mushkilnya, kenapa yang memohon dan yang meluluskan adalah orang yang sama???
Atau berita ini hanya akan diperbetulkan semula oleh MAIWP???
Macam isu murtad baru2 ni...
Mula2, seramai 863orang memohon untuk menukar status agama islam. 135orang diluluskan pertukaran tersebut. Ianya ada di sini.. Kemudian, keluar pula kenyataan bahawa kes tersebut bukan murtad tapi tak sah masuk islam.. Ianya ada di sini.. Kekeliruan mula timbul di sini.. sini.. dan sini... Yang lebih memalukan adalah yang bertanya itu adalah anggota parlimen Bakri Er Teck Hwa (bukan muslim) yang bartanya kepada 'Kerajaan Islam'... Sangat memalukan.. Dan akhirnya ni jawapan menteri ~Jumlah kes murtad adalah kosong~ "Maksud lulus (itu) bukan lulus murtad. Kamu pergi daftar di mahkamah bawah nama (kes) murtad, tetapi dia tak timbul soal murtad sebab Islam dia sendiri tak sah. Daftar saja nama di situ begitu."
Sehubungan itu, menjawab soalan, Jamil Khir menjelaskan dalam tempoh itu, jumlah sebenar yang murtad adalah kosong.
Dari kedua-dua isu diatas secara logiknya... Macam tak logik... Hehehehe... Teruskan berfikir... Perah minda kritis anda berpandukan ilmu yang tersemat di dada.. Jika masih tak dapat jawapan, boleh minum air sungai Nil banyak2 lagi....
ANDA PERNAH MINUM AIR SUNGAI NIL?????
No comments:
Post a Comment
Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..