Monday, August 9, 2010

Mahasiswa dan politik????

Pelan pantau politik pelajar di luar negara


2010/08/08

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata satu pelan strategik akan diwujudkan parti itu selewat-lewatnya bulan depan bagi memantau kegiatan serta pembabitan politik pelajar Malaysia di luar negara.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata pemantauan itu sebahagian besarnya akan dilaksanakan oleh Kelab UMNO Luar Negara bagi mendapatkan maklumat berhubung punca mengapa kumpulan pelajar di luar negara tidak menyokong kerajaan, jika ada.

“Kita akan cari sebab mengapa ada yang negatif kepada kepemimpinan Kelab UMNO Luar Negara. Ini mungkin berkaitan aspek personaliti kerana kita tahu pimpinan pembangkang tidak sebagus mana,” katanya selepas merasmikan Majlis Induksi dan Makan Malam Pelajar Baru United Kingdom & Ireland 2010, di sini semalam.

Majlis itu disertai 150 pelajar yang akan memulakan pengajian di United Kingdom dan Ireland, September ini.


Mesir 'Kilang' Pembangkang???

UMNO mendakwa pembangkang menjadikan pelajar Malaysia di Mesir sebagai ‘kilang’ untuk melahirkan pemimpin dan penyokong mereka.

Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Pas sanggup membelanjakan puluhan juta ringgit bagi memastikan program kehadiran pemimpin mereka di Mesir.

“Ini kerana mereka melihat Mesir tempat paling subur untuk meraih sokongan dalam kalangan pelajar Malaysia dan juga sedikit di England.

“Isu ini perlu dipantau dan dilihat dengan teliti kerana mereka telah dipolitikkan sebegitu rupa.

“Kami membuat strategic paper (pelan strategik), iaitu dalam bulan depan terhadap perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Induksi & Makan Malam Pelajar Baru United Kingdom dan Ireland 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, peranan Kelab UMNO luar negara perlu dikaji semula dari segi modelnya sebagai tempat kehadiran dalam mencungkil bakat pemimpin sebagai saluran parti pada masa depan.

“Kelab UMNO perlu main peranan, berbeza daripada persatuan-persatuan lain di luar negara, khususnya untuk memilih pelapis dalam parti.

“Pelajar ini perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kebolehan untuk mengartikulasikannya dan memahami beberapa prinsip kerajaan dengan baik, sekiranya mahu menceburkan diri dalam politik,” katanya.

“Kelab UMNO juga perlu main peranan secara berbeza daripada persatuan lain di luar negara, khususnya dalam soal memilih pelapis. Menurutnya, jawatan parti dalam Kelab UMNO di luar negara bukan ‘jalan ekspres’ pelajar untuk mendapat jawatan dalam parti.

“Ini kerana kepimpinan perlu diuji dan dibina kebolehannya. “Saya berharap pelajar di luar negara ini dapat membawa aspek positif dalam negara berkenaan yang dapat diterapkan kepada negara kita apabila pulang nanti,” katanya. Sumber


Macam projek nak melancong jer berita ni..
Boleh pergi Uk, Ireland, lbh2 lagi Mesir..
bestnya......

Adakah mahasiswa sudah betul2 matang untuk berpolitik??
jom kita dengar pandangan x-NC UiTM

Mahasiswa tak matang


Mari sama2 kita fikirkan..

Saturday, August 7, 2010

Santai

Assalamualaikum wbt..

Lama rasanya tidak update blog ni..
Al-maklumlah, sibuk dg tugasan harian dan sedang membiasakan diri dengan suasana di malaysia..
Tidak ketinggalan juga sibuk melayan kerenah puteri tercinta Nur Izzah Mustabsyirah..
Sedar tak sedar, kita telah menghampiri bulan yg terbaik di antara 12 bulan yg kita lalui iaitu bulan ramadhan..
Sudah 3kali berturut-turut rasanya aljauhary dan zaujah berpuasa di Mesir sejak selamat diijab-qabulkan, begitu juga dg menyambut hari raya..
Kali ini rezeki kami dapat berpuasa di malaysia dan ditambah bonus dapat berpuasa dg puteri tercinta kami (walaupun beliau masih belum diwajibkan berpuasa, namun beliau sudah bersedia menanti ketibaan bulan ramadhan dg berjaga malam.. Bagusnya Izah, kecil2 dh pandai qiamullail huhuhu..)
Moga dg tabiat izzah yg gemar berjaga di waktu malam, dapat membantu abi dan umminya urut berqiamullail serta berjumpa dg lailatul qadar..
Salam ramadhan dari Aljauhary sekeluarga..