Pelan pantau politik pelajar di luar negara
2010/08/08
KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata satu pelan strategik akan diwujudkan parti itu selewat-lewatnya bulan depan bagi memantau kegiatan serta pembabitan politik pelajar Malaysia di luar negara.Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata pemantauan itu sebahagian besarnya akan dilaksanakan oleh Kelab UMNO Luar Negara bagi mendapatkan maklumat berhubung punca mengapa kumpulan pelajar di luar negara tidak menyokong kerajaan, jika ada.
Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Pas sanggup membelanjakan puluhan juta ringgit bagi memastikan program kehadiran pemimpin mereka di Mesir.
“Ini kerana mereka melihat Mesir tempat paling subur untuk meraih sokongan dalam kalangan pelajar Malaysia dan juga sedikit di England.
“Isu ini perlu dipantau dan dilihat dengan teliti kerana mereka telah dipolitikkan sebegitu rupa.
“Kami membuat strategic paper (pelan strategik), iaitu dalam bulan depan terhadap perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Induksi & Makan Malam Pelajar Baru United Kingdom dan Ireland 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Beliau, yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, peranan Kelab UMNO luar negara perlu dikaji semula dari segi modelnya sebagai tempat kehadiran dalam mencungkil bakat pemimpin sebagai saluran parti pada masa depan.
“Kelab UMNO perlu main peranan, berbeza daripada persatuan-persatuan lain di luar negara, khususnya untuk memilih pelapis dalam parti.
“Pelajar ini perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kebolehan untuk mengartikulasikannya dan memahami beberapa prinsip kerajaan dengan baik, sekiranya mahu menceburkan diri dalam politik,” katanya.
“Kelab UMNO juga perlu main peranan secara berbeza daripada persatuan lain di luar negara, khususnya dalam soal memilih pelapis. Menurutnya, jawatan parti dalam Kelab UMNO di luar negara bukan ‘jalan ekspres’ pelajar untuk mendapat jawatan dalam parti.
“Ini kerana kepimpinan perlu diuji dan dibina kebolehannya. “Saya berharap pelajar di luar negara ini dapat membawa aspek positif dalam negara berkenaan yang dapat diterapkan kepada negara kita apabila pulang nanti,” katanya. Sumber
salam,salam ramadhan.
ReplyDeletemereka masih takfaham2 lagi atau sengaja buat tak faham.
Pelajar tolak Umno bukan kerana pemimpin tapi kerana dasar.Ubah dasar Umno kepada Islam barulah orang nak.
Ibarat sebuah bas walau bagaimana cantik sekalipun di hias dan walaubagaimana baik dan berhemah sekalipun drivernya.tapi kalau dlm tiket tertulis tempt yg org x nak pergi sampai bilapun org x nak naik.
pelajar jurusan agama tahu hukum halal-haram ,mesti dia xnak bersubahat dengan umno yang menjalankan dasar yg bercanggah dengan Islam.