Monday, September 6, 2010

Hari raya bagai medan perang..

Assalamualaikum wbt...
Kita sudah sampai akhir ramadhan..
Moga semua amalan kita sepanjang ramadhan kali ini diterima oleh Allah dan mendapat ganjaran yg berlipat kali ganda..

Raya di Malaysia sudah seakan-akan medan perang.. Setakat saat blog ini ditulis, sudah 11kematian dicatatkan sempena Ops Sikap 22 tahun ini.. Jika di Iraq dan Palestin, masyaakat di sana mati kerana kena tembakan. Namun di Malaysia, jalan raya seakan-akan menjadi medan peperangan. Kemalangan bagai bom jangka yang tidak terhidu bila akan meletop.

Pangguna jalanraya juga meningkat berlipat kaliganda di akhir ramadhan hingga hari raya..
Apa yang dapat aljauhary perkatakan hanyalah menasihati agar sahabat2 semua berhati2 bila memandu. Rancang pemanduan agar dapat mengelakkan kemalangan yang tidak diingini..
Moga usia yg kurniakan dpt dimanfaatkan untuk agama Allah dan mengabdikan diri kpd Allah taala..
Wassalam..

1 comment:

  1. Ucapan selamat hari raya sebelum tidur.
    Salam di hulur maaf di pinta,semoga bahagia di samping keluarga.

    ReplyDelete

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..