Tuesday, April 27, 2010

Berita terbaru dari mansurah..

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah s.w.t. tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah hati ini sedikit tenang bila berjumpa sendiri dengan amid kuliah banat sebentar tadi, banyak persoalan dan maklumat yang dapat aljauhary kutip dari mulut beliau sendiri. Untuk makluman semua, arahan dan pekeliling perpindahan semua pelajar wafidin ke kaherah masih belum dikeluarkan secara bertulis. Amid kuliah mengakui sendiri ianya hanya dalam peringkat cadangan oleh Syeikh Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyeb dan arahan tersebut hanya disampaikan melalui lisan untuk mengumpulkan maklumat tentang masalah yang bakal dihadapi sekiranya kesemua pelajar wafidin dipusatkan. Serta persediaan untuk menerima semua pelajar wafidin bila dipusatkan nanti.
Beberapa persoalan dilontarkan kepada beliau, namun dengan penuh sopan dan lemah lembut beliau cuba menjawab setiap persoalan tanpa memburukkan pihak atasan dan dalam masa yang sama beliau cuba sedaya upaya menerangkan kepada kami dengan penuh hikmah dan lemah lembut bagai seorang ayah menerangkan pada anaknya. Aljauhary benar-benar terharu dengan beliau, walaupun ramai tetamu yang menunggu untuk berjumpa dengan beliau serta banyak masalah yang perlu diselesaikan, namun beliau sanggup melayan kami dengan penuh lemah lembut.
Beberapa persoalan yang telah dilontarkan pada beliau. Pertama, kami bertanyakan apakah ada qarar secara bertulis menyatakan kami perlu berpindah segera ke kaherah. Beliau menjawab, tiada qarar bertulis setakat ini yang dikeluarkan untuk perpindahan serta pemusatan pelajar Al-Azhar di seluruh cawangan. Cuma arahan yang sampai ke setiap furu' adalah berbentuk syafawi semata-mata. Oleh itu semua tidak perlu risau dengan arahan tersebut.
Keduanya kami bertanya sekiranya kami dipindahkan di keherah nanti, dalam kuliah mana kami akan diserapkan. Beliau menjawab, sama seperti kuliah yang kalian menuntut sekarang. Yang dinamakan kuliah khassah itu adalah nama sahaja yang memberi maksud, kuliah tersebut khas untuk wafidin sahaja. kami bertanya lagi, adakah ianya dibwah kelolaan kuliah ulum dan bukan dibawah Al-azhar?. Beliau menjawab, tidak, kuliah di kaherah nanti sama seperti Al-Azhar yang punyai pengkhususan masing-masing seperti syariah, lughah arabiah, usuluddin (tafsir,hadis dan aqidah). Bagaimana pula dengan sijil dan syahadahnya nanti? Beliau menjawab, Al-Azhar yang akan mengeluarkan sijil tersebut kerana ianya dibawah naungan Al-Azhar. Cuma bezanya, kalian di muhafazah bersama dengan arab lain. Bila dikaherah nanti, kalian akan dipusatkan dan dalam kelas nanti hanya ada wafidin bersama doktor masing-masing.
Tidakkah perpindahan ini menyusahkan kami? Ya itu kami tahu, jadi sekarang ini kami sedang mendapatkan maklum balas dari semua pelajar apa masalah yang kalian hadapi agar dapat kami selesaikan...

bersambung....

nantikan posting untuk malam ini pula.. aljauhary nak rehat sebentar...

ralat : syeikh ahmad tayib adalah sheikh Al-Azhar dan reaktor al-azhar adalah dr Abdullah Al-Husaini

No comments:

Post a Comment

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..