Wednesday, December 28, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Sekitar program motivasi
PROGRAM
MOTIVASI INSAN CEMERLANG SIRI II
DPJA,17
Disember 2011 bersamaan 22 Muharam 1433H- Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM
2011/2012 sekali lagi telah berjaya
mengadakan Program Motivasi Insan Cemerlang Siri II dengan jayanya.
Program
yang dihadiri hampir 100 orang ahli ini dimulai dengan ucapan pembukaan oleh
pengerusi majlis Saudari Zhuliana Ambok Dalik diikuti dengan alunan ayat-ayat suci al-quran oleh
Saudara Abdul Hashim bin Abdul Aziz. Seterusnya
ucapan pengarah program, Saudara Mohd Ihsan bin Md. Halid.
Di dalam ucapannya, beliau
telah menyentuh tentang objektif program motivasi insan cemerlang siri ll iaitu
:
1.
Mewujudkan insan yang berdisiplin dari sudut ilmu dan bersungguh-sungguh dalam
mengejar kejayaan berpaksikan Syariat Islam.
2.
Membentuk mahasiswa/wi yang cintakan kejayaan di dunia dan di akhirat.
3.
Memberi pendedahan tentang kepentingan usaha sebagai satu wasilah untuk
memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat.
4.
Menyemai dan mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa/wi.
Pada
jam 8.25 pagi pula, Program Motivasi Insan Cemerlang Siri II telah dirasmikan
oleh Saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi selaku timbalan pengerusi 1, DPMM 2011/2012.
Majlis
diteruskan lagi dengan slot forum yang telah menampilkan 4 ahli panel yang hebat mewakili setiap fakulti. Antara ahli panel
tersebut ialah Saudara Firdaus bin Cheek mewakili fakulti Usuluddin. Saudara
Muhammad Naim bin Salleh mewakili
fakulti Lughah arabiah. Saudari Syazwana binti Ismail mewakili fakulti Syariah
Islamiyah. Manakala Saudari Nor Latifah binti Othman mewakili fakulti Qiraat.
Pelbagai
input menarik telah disampaikan oleh keempat-empat ahli panel antaranya ialah
bagaimana teknik menjawab soalan dengan baik, teknik skor pemarkahan,
persediaaan dari sudut rohani, kepentingan taqwa dalam mencari nusrah Allah
taala dan merungkai permasalahan yang sering menimpa mahasiswa tatkala
berhadapan dengan kertas soalan.
Kemantapan moderator mengendalikan majlis dan
ahli panel menyampaikan kalam, membuatkan peserta tidak rasa jemu dan masa 2
jam yang diperuntukan untuk forum dirasakan terlalu cepat kerana input yang
disampaikan sangat-sangat berguna dan perasaan inginkan penjelasan dari ahli
panel membuak-buak. Forum itu diakhiri dengan sesi soal jawab yang menggamatkan
suasana forum dan membuatkan peserta tidak kering gusi dangan usikan moderator
kepada ahli panel
Sekitar
jam 11.10 pagi, majlis telah dihidangkan dengan alunan nasyid yang segar dan
bertenaga dari Usrah Soutul Wehdah yang terdiri daripada mahasiswa mansurah bertemakan
ilmu. Kelunakkan, kemerduan dan keharmonian suara dari Usrah Soutul Wehdah
membuatkan peserta terpegun dan teruja dengan persembahan tersebut kerana ahli
DPMM sudah lama tidak dihiburkan dengan persembahan secara langsung oleh
mahasiswa Mansurah sendiri.
Program
Motivasi Insan Cemerlang Siri II kali
ini berakhir dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Saudara Usman al-Amani
bin Azlan selaku ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM(UPEP)2011/2012
dalam bahasa arab.
“ILMU DIWARISI, ULAMA DITELADANI, ULAMA
PEWARIS NABI”
Disediakan
oleh :
Setiausaha Program Motivasi
Insan Cemerlang Siri II.
Saturday, December 17, 2011
Ucapan Pengarah Program Motivasi Insan Cemerlang II
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذى أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا, ويجعل على كل شيء
سببا,
والصلاة والسلام على من أرسله ربه
للعالمين بشيرا ونزيرا بين يدي الحساب, وعلى آله وأحبابه والأصحاب...
وبعد...
. السلام
عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Yang dihormati,
Saudari pengerusi
majlis, Ustazah .
Yang berbahagia,
Timbalan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/Wi
Mansurah Sesi 2011/2012,
Saudara Muhammad
Izzat Bin Abdul Hadi selaku perasmi program,
Yang berbahagia
Naib Pengerusi 1
Hewi DPMM,
Saudari Wan Liza
bte Mohd Rethuan.
Yang berusaha,
Ketua unit
Pengetahuan dan Pendidikan DPMM,
Ustaz Usman
Al-Amani bin Azlan,
barisan AJKT dan
AJKH DPMM,
barisan Ad-hoc
pelaksana program.
Yang diraikan,
Sahabat sahabiah
yang dirahmati Allah SWT.
. السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Alhamdulillah, puji
dan syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan taufiq, inayah dan nikmat
kurniaanNYA dapat kita bertemu kembali dalam program motivasi insan
cemerlang siri kedua kesinambungan dari
siri pertama yang lalu dan yang terakhir untuk semester ini. Dan pembawakkan
kali ini akan menekankan konsep usaha dalam mengapai kejayaan bertemakan “ilmu
diwarisi, ulama diteladani, ulama’ pewaris nabi”.
Firman Allah SWT
dalam surah arra’ad ayat 11
) إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ (
Bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki
untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka
sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang
ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi
mereka selain daripadaNya.”
Sahabat dan sahabiah
yang dikasihi sekalian,
Usaha dan kejayaan
adalah 2perkara yang seiringan, jika inginkan kejayaan perlulah berusaha kerana
kejayaan tidak datang bergolek atau terbang melayang yang semudahnya kita
tangkap dan dakap tanpa usaha dan disiplin yang tersusun.
Di atas kesedaran inilah, Dewan
Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah Sesi 2011/2012 melalui Unit Pengetahuan dan
Pendidikan DPMM mengambil inisiatif untuk meneruskan program Motivasi Insan
Cemerlang Siri kedua bagi memaksimumkan kejayaan di kalangan sahabat dan
sahabiah sekalian. Program-program yang diatur tidak lain dan tidak bukan
adalah untuk melipatgandakan kesedaran terhadap pentingnya kejayaan untuk
diaplikasikan dalam kehidupan harian lebih-lebih lagi sebagai bekalan untuk
dibawa pulang ke tanah air secepat yang mungkin serta menabur bakti untuk nusa
dan bangsa.
Kami
selaku penganjur program begitu optimis untuk mencapai objektif
yang digariskan dalam program ini, iaitu:
1 Mewujudkan insan yang berdisiplin dari sudut ilmu dan
bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan berpaksikan Syariat Islam.
2
Membentuk mahasiswa/wi yang cintakan
kejayaan di dunia dan di akhirat.
3
Memberi pendedahan tentang kepentingan usaha sebagai satu wasilah untuk
memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat.
4
Menyemai dan mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa/wi.
Sahabat sahabiah sekalian,
Semoga dengan pendedahan yang kalian
dapat dalam program kali ini, dapat membangkitkan semangat kalian dan terus
menuju kejayaan yang sedang menanti kalian. Kejar dan rebutlah ia sebelum ia
lari meninggalkan kita dengan penuh kehampaan. Semoga usaha ini akan dinilai
oleh Allah S.W.T. dan diberi ganjaran yang besar di akhirat kelak.
Sekian,
Selamat bermotivasi,
. والسلام عليكم ورحمة الله تعالى
وبركاته
Subscribe to:
Posts (Atom)