Senja
menjelma, meninggalkan siang yg cerah..
Membuka ruang untuk kegelapan
malam menyerbu masuk memenuhi ruang kehidupan..
Senja bagaikan ombak
rindu menerpa..
Malam bagai badai menghempas rasa..
Setiap malam terasa
sangat panjang..
Bagai badai ditengah lautan menguji kesabaran resah
rindu dan cinta..
Wahai malam!!
Mengapa dirimu begitu begis menghukum resah ku..
Mengapa dirimu begitu zalim menghukum rindu ku..
Wahai malam!!
Bantulah diriku..
"Malam kau bawalah rinduku..
Untuk dirinya yang jauh dari ku..
Agar dia tidak kesepian..
Selalu rasa ada cinta agung.."
Malam, kenapa begitu panjang ku rasakan..
Bilakah pagi kan menjelma???
Tidak sanggup rasanya bertemu malam..
Kerana malam hanya menambahkan
resah gelisah pilu dan rindu..