Friday, May 29, 2009
Kisah haiwan yg tengah glamor skrg ni..
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
Sunday, May 10, 2009
Thursday, May 7, 2009
IMTIHAN MENJELMA LAGI
07 Mei 2009 - Tasauf (Takhalluf)
09 Mei 2009 - Al-Quran (Syafawi)
11 Mei 2009 - Qisasul Quran (Takhalluf)
17 Mei 2009 - Al-Quran
19 Mei 2009 - English
21 Mei 2009 - Ulum Hadis
24 Mei 2009 - Hadis Tahlili
26 Mei 2009 - Tayyarat Fikriyah
28 Mei 2009 - Akhlaq Islamiyah
31 Mei 2009 - Nuzum Islamiyah
02 Jun 2009 - Syubhat Haulul Quran
04 Jun 2009 - Ilmu Tauhid
07 Jun 2009 - Tafsir Tahlili
11 Jun 2009 - Adab & Balaghah
16 Jun 2009 - Tafsir (Syafawi)
Friday, April 24, 2009
MENGENAL KAPITALISMA
Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.
Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalah bertransit di atas muka bumi ini.
Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.
Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis (keuntungan maksima) telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.
Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar
Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan
Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.
Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.
Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.
Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.
IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.
Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati.
Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang.
Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat
Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.
Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.
Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.
Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun.
Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa
New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur –
Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.
Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis
Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.
Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi. (TT)
( Tulisan ini boleh diambil untuk kegunaan membuat kebaikan )
di'copy&paste' dari:
http://tukartiub.blogspot.com/2009/04/mengenal-kapitalisma.html
dalam membantu pembelajaran Aljauhary tentang mengenal idealisme2 yang menyerap masuk dlm minda masyarakat tanpa disedari hingga meminggirkan sistem yg telah diatur oleh Allah swt iaitu sistem islam yg syumul..
Tuesday, April 21, 2009
Sunday, April 19, 2009
Monday, April 6, 2009
CORETAN SESAMA SAHABAT
بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Baru² ni Aljauhary chatting dg seorang sahabat seperjuangan dari mansurah. Beliau adalah seorang yang amat dikenali oleh semua warga mansurah. Berkeperibadian yang sungguh luhur dan murni. Ibarat lautan ilmu di dadanya. Lebih smart dan hensem dari Aljauhary. Beliau ada minta pertolongan untuk mencarikannya seorang calon isteri untuk dijadikannya permaisuri di singgahsana rumahtangga yang bakal dibinanya setelah tamat imtihan nanti. Namun hingga kini calon²nya masih belum ditemui. Aljauhary rasa terpanggil untuk membantu beliau, namun apakan daya Aljauhary bukan seorang yang mampu untuk mempertemukan beliau dengan calon yang amat² sesuai dengan beliau kerana beberapa sebab, antaranya :
i) Beliau adalah seorang yang sangat ‘alim dan terpuji dari semua sudut, manakan boleh untuk digandingkan dengan perempuan yg punyai ciri² perilaku yang kurang berbanding beliau. Tambahan pula, tujuan beliau untuk mendirikan mahligai rumahtangga adalah untuk memantapkan lagi diri beliau dalam berjuang di medan perjuangan kelak. (Ada orang berpendapat, tidak menjadi kesalahan ustaz² beristerikan muslimah yang kurang kefahaman tentang islam, perjuangan dan pengorbanan. Dengan alasan boleh ditarbiyah selepas nikah. Namun bagi Aljauhary, kalau seorang ustaz yang sudi memperisterikan muslimah seperti yang dinyatakan tadi. Tidak terfikirkah kalian, bila masa nak tarbiyah isteri??? Bila masa nak tarbiyah masyarakat??? Kita adalah pendai’e yang ditugaskan untuk membetulkan masyarakat. Cuba fikir kembali, setelah penat berdakwah di luar sana menerima mehnah dan tribulasi yang pelbagai. Bila pulang ke rumah terpaksa mentarbiyah isteri pula. Jangan cari nahas bro!!! Carilah isteri yang mampu memahami islam, perjuangan dan pengorbanan dengan jelas. Kita pilih mereka adalah untuk menjadikan mereka ibu kepada anak² kita dan tugas mereka adalah melayan suami setelah penat berjuang dan berdakwah di luar sana dan tugas mereka juga adalah sebagai pentarbiyah yang terbaik untuk anak² yang bakal menjadi pendai’e bila besar kelak hasil dari dakwah dan didikan isteri yang solehah. Kepada sesiapa yang berfikir nak cari isteri yang biasa² dan nak dakwah mereka setelah nikah nanti, baik fikir 100,000 kali. Aljauhary hanya mampu menasihatkan. Tak lebih dari itu.)
ii) Aljauhary tidak mengenali muslimah² yang menjadi warga mansurah. Justeru itu jikalau ada mana² muslimah mansurah yang sanggup untuk melahirkan zuriat dari benih² yang baik, sanggup membantu dalam menegakkan agama Allah dimuka bumi ini dan menjadi sayap kiri bagi pejuang agama Allah cepat² la bagi tahu Aljauhary. Boleh Aljauhary tanyakan ustaz tersebut. Mana la tahu ustaz tersebut redha. Mudah lah untuk membina sebuah insitusi kekeluargaan. Peluang ini tidak akan datang lagi. Hanya sekali sahaja wahai muslimah² mansurah. Buatlah solat istikharah dalam waktu yang secepat mungkin.
Kepada pembaca coretan ini, jikalau ada adik, kakak mahupun saudara perempuan yang bersesuaian bolehlah berhubung dengan Aljauhary. Namun jangan salah anggap terhadap blog ini. Blog ini bukan ruang untuk mencari jodoh. Nanti bertambah la kerja Aljauhary. Bertambah kerja tidak mengapa, jangan tambah cawangan!!! Marah madam nanti... Hehehehe!!!
Setakat ini dahulu coretan yang tidak seberapa ini. Kepada sesiapa yang terasa atau terguris dengan coretan ini Aljauhary mohon jutaan kemaafan. Marilah kita sama² membantu sahabat kita yang tengah dok cari calon tu. Kesian dia.... Yang muslimah² dan ustazah² pun satu hal jugak. Jual mahal sangat!!! Dahlah jual mahal, pastu bila dah dapat, letak hantaran tinggi² pulak tu. Nama jer belajar Al-Azhar. Adat² yang menyusahkan maslahah ustaz² kat sini tetap juga ingin diamalkan. Buang² la adat yang menyusahkan maslahah ustaz² Al-Azhar. Mereka ni bukannya semua berkemampuan. Kesian mereka... Kalau letak mahar tinggi sikit tu boleh la tahan sikit. Ini letak hantaran tinggi. Boleh terbang serban atas kepala.
Artikel ini ada kena-mengena dengan seseorang. Aljauhary harap tuan empunya diri meredhoi artikel ini. Pesanan dari Aljauhary : Jangan marah deh ustaz, kalau marah² nanti lambat nikah. Ustaz jugak yang rugi. Aljauhary dah nikah, dah boleh goyang kaki. Hehehe!!!