Monday, April 6, 2009

CORETAN SESAMA SAHABAT

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Baru² ni Aljauhary chatting dg seorang sahabat seperjuangan dari mansurah. Beliau adalah seorang yang amat dikenali oleh semua warga mansurah. Berkeperibadian yang sungguh luhur dan murni. Ibarat lautan ilmu di dadanya. Lebih smart dan hensem dari Aljauhary. Beliau ada minta pertolongan untuk mencarikannya seorang calon isteri untuk dijadikannya permaisuri di singgahsana rumahtangga yang bakal dibinanya setelah tamat imtihan nanti. Namun hingga kini calon²nya masih belum ditemui. Aljauhary rasa terpanggil untuk membantu beliau, namun apakan daya Aljauhary bukan seorang yang mampu untuk mempertemukan beliau dengan calon yang amat² sesuai dengan beliau kerana beberapa sebab, antaranya :


i) Beliau adalah seorang yang sangat ‘alim dan terpuji dari semua sudut, manakan boleh untuk digandingkan dengan perempuan yg punyai ciri² perilaku yang kurang berbanding beliau. Tambahan pula, tujuan beliau untuk mendirikan mahligai rumahtangga adalah untuk memantapkan lagi diri beliau dalam berjuang di medan perjuangan kelak. (Ada orang berpendapat, tidak menjadi kesalahan ustaz² beristerikan muslimah yang kurang kefahaman tentang islam, perjuangan dan pengorbanan. Dengan alasan boleh ditarbiyah selepas nikah. Namun bagi Aljauhary, kalau seorang ustaz yang sudi memperisterikan muslimah seperti yang dinyatakan tadi. Tidak terfikirkah kalian, bila masa nak tarbiyah isteri??? Bila masa nak tarbiyah masyarakat??? Kita adalah pendai’e yang ditugaskan untuk membetulkan masyarakat. Cuba fikir kembali, setelah penat berdakwah di luar sana menerima mehnah dan tribulasi yang pelbagai. Bila pulang ke rumah terpaksa mentarbiyah isteri pula. Jangan cari nahas bro!!! Carilah isteri yang mampu memahami islam, perjuangan dan pengorbanan dengan jelas. Kita pilih mereka adalah untuk menjadikan mereka ibu kepada anak² kita dan tugas mereka adalah melayan suami setelah penat berjuang dan berdakwah di luar sana dan tugas mereka juga adalah sebagai pentarbiyah yang terbaik untuk anak² yang bakal menjadi pendai’e bila besar kelak hasil dari dakwah dan didikan isteri yang solehah. Kepada sesiapa yang berfikir nak cari isteri yang biasa² dan nak dakwah mereka setelah nikah nanti, baik fikir 100,000 kali. Aljauhary hanya mampu menasihatkan. Tak lebih dari itu.)


ii) Aljauhary tidak mengenali muslimah² yang menjadi warga mansurah. Justeru itu jikalau ada mana² muslimah mansurah yang sanggup untuk melahirkan zuriat dari benih² yang baik, sanggup membantu dalam menegakkan agama Allah dimuka bumi ini dan menjadi sayap kiri bagi pejuang agama Allah cepat² la bagi tahu Aljauhary. Boleh Aljauhary tanyakan ustaz tersebut. Mana la tahu ustaz tersebut redha. Mudah lah untuk membina sebuah insitusi kekeluargaan. Peluang ini tidak akan datang lagi. Hanya sekali sahaja wahai muslimah² mansurah. Buatlah solat istikharah dalam waktu yang secepat mungkin.


Kepada pembaca coretan ini, jikalau ada adik, kakak mahupun saudara perempuan yang bersesuaian bolehlah berhubung dengan Aljauhary. Namun jangan salah anggap terhadap blog ini. Blog ini bukan ruang untuk mencari jodoh. Nanti bertambah la kerja Aljauhary. Bertambah kerja tidak mengapa, jangan tambah cawangan!!! Marah madam nanti... Hehehehe!!!


Setakat ini dahulu coretan yang tidak seberapa ini. Kepada sesiapa yang terasa atau terguris dengan coretan ini Aljauhary mohon jutaan kemaafan. Marilah kita sama² membantu sahabat kita yang tengah dok cari calon tu. Kesian dia.... Yang muslimah² dan ustazah² pun satu hal jugak. Jual mahal sangat!!! Dahlah jual mahal, pastu bila dah dapat, letak hantaran tinggi² pulak tu. Nama jer belajar Al-Azhar. Adat² yang menyusahkan maslahah ustaz² kat sini tetap juga ingin diamalkan. Buang² la adat yang menyusahkan maslahah ustaz² Al-Azhar. Mereka ni bukannya semua berkemampuan. Kesian mereka... Kalau letak mahar tinggi sikit tu boleh la tahan sikit. Ini letak hantaran tinggi. Boleh terbang serban atas kepala.


Artikel ini ada kena-mengena dengan seseorang. Aljauhary harap tuan empunya diri meredhoi artikel ini. Pesanan dari Aljauhary : Jangan marah deh ustaz, kalau marah² nanti lambat nikah. Ustaz jugak yang rugi. Aljauhary dah nikah, dah boleh goyang kaki. Hehehe!!!

4 comments:

  1. awal2 sedih...last2 nak ketawa pun ada...moga dipertemukan jodoh wat ustaz tu...Ameen..

    jgn salahkan ustazah2 je...kekadang keluarga yg suruh begitu..ada la sebab nyer...yela...bila dah kawen..bukan nak pk hidup suami isteri je..byk lagi yg kena di ambil berat...

    ala kullin...insAllah,byakkan doa n mohon padaNya...insAllah jika benar2 merayu padaNya..akan dimakbulkan...tetapi,perancangan Allah lebih baik...mgkin ada hikmah kenapa ustaz tu tak bertemu jodoh lg...

    ReplyDelete
  2. ehemm...ehemm..
    sy disini mengisytiharkan yg saya still single n available..
    sopan santun..
    berbudi bahasa n ayu serta cantik.
    huhu..
    rajin2kan lah diri untuk melawat blog saya supaya pendapatan sy bertambah.
    hehe

    ReplyDelete
  3. salam ehsan..
    kalau tak silap akak..
    kalau kat universiti dalam atau luar negara, die ada wujudkan sebuah organisasi yang menjadi org tengah untuk mendapatkan pasangan..
    cuba cari melalui organisasi seperti itu..dan akak percaya, kat Al-Azhar pun ade organisasi macam itu ka?
    dan kepada Ustaz tersebut, semoga mendapat jodoh yang sesuai dan boleh membantu perjuangan ustaz. Ameennn..

    ReplyDelete

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..