Tuesday, November 17, 2009

PARLIMEN | MESIR | MSD @ JPMK | PMRAM...

KUALA LUMPUR: Akibat ingkar arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya duduk, anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin menjadi yang pertama 'dijatuhi' hukuman keluar dewan bagi sesi persidangan Parlimen kali ini.

Wakil rakyat PKR itu dikenakan tindakan selepas tidak mengendahkan permintaan Pandikar Amin supaya beliau berhenti mengemukakan soalan yang disifatkan terkeluar daripada tajuk penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin.

"Yang Berhormat duduk... duduk... apa Yang Berhormat kemukakan itu adalah isu baru. Sepatutnya dikemukakan ketika perbahasan, bukannya sekarang," katanya.

Zulkifli sebelum itu menggesa Mohammed Khaled menjelaskan mengapa Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Mesir mengeluarkan surat untuk menghalang kira-kira 700 pelajar Universiti AlAzhar mengikuti pengajian kuliah hadis oleh Mufti Mesir Syeikh Dr Ali Jum'ah walaupun persiapan sudah dilakukan.

"Kita masih ada banyak kementerian yang akan menggulung perbahasan sedangkan masa hanya ada sehingga Khamis sahaja... kalau Yang Berhormat tidak duduk saya akan arahkan keluar dewan," tegas Pandikar Amin yang kemudiannya memuktamadkan keputusan itu setelah Zulkifli terus berdegil untuk mengemukakan soalannya.

Arahan itu menyebabkan petugas media menyerbu Zulkifli sebaik keluar daripada dewan persidangan, hanya kira-kira lapan minit sebelum Anggota Parlimen itu dipanggil oleh Bentara yang menyampaikan arahan Pandikar Amin supaya beliau kembali ke dewan.

Malah sebaik masuk, Zulkifli diberi peluang untuk mencelah perbahasan menteri, termasuk untuk bertanya soalan yang dibangkitkan sebelum itu.

Pandikar Amin berkata peluang itu diberikan kerana ia melibatkan kepentingan pelajar Malaysia di luar negara.

Tampil lebih tenang, Zulkifli memohon maaf atas sikapnya sebelum itu dan mengakui cara yang digunakan untuk mencelah sebelum itu agak kasar.

Beliau kemudiannya menjelaskan kepada menteri permintaan pelajar-pelajar berkenaan supaya mengarahkan pengarah MSD untuk menarik balik surat yang dikeluarkan bagi membolehkan kuliah itu diteruskan.

Untuk itu, Mohamed Khaled berjanji akan menyemak perkara itu dengan pengarah berkenaan dan akan memaklumkannya kepada Zulkifli.

SUMBER : Berita


Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.

Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.

Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.

Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.

Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.

Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.

Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.

Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".

"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.

Nasrudin berkata, menuduh PMRAm sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.

Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.


Sumber : Berita



KULIM BANDAR BARU :
"..dan Al-Azhar telah benarkan memberikan kemudahan dewan.. Tiba-tiba Pengarah Jabatan apa.. MSD Malaysian Student Department telah mengeluarkan surat kepada Al-Azhar melarang pengajian tersebut yang telah dipersetujui oleh Al-Azhar dah dipersetujui oleh mufti tersebut, lebih kurang 700 pelajar kita telah pun mendaftar dari pelbagai latar belakang. pengarah MSD hantar surat mintak dilarang...
..satu saya nak tahu kenapa dilarang..
kedua.. setelah itu pelajar2 mengadakan bantahan dengan mengeluarkan baner, pengarah MSD mengupah 4org arab, mengguna kenderaan kedutaan malaysia..."

persepsi : macam tu sekali.. Dihantar untuk bertugas atau hanya nak buat samseng?? dunia.. oh dunia..



KULIM BANDAR BARU :
"...dia sebenarnya, masalah dia, saya sekarang ni tengah online dengan pelajar2 tu. Dia nakkan kepastian dari YB menteri. Mereka... Pelajar kita di mesir, lebih kurang dlm 700 org, sudah mengatur pengajian tambahan kuliah hadis, dan mereka telah mendapat persetujuan daripada Syeikh Ali Jumuah Mufti Besar Mesir untuk mengajar kelas itu. Dan Universiti Al-Azhar telah bersetuju untuk memberikan dewan. Dan memberikan kebenaran untuk pengajian itu dibuat di Al-Azhar.."

SEMPORNA :
".. Tan Sri YDP.. dalam soal ini, spt yg tlh sy katakan.. Pelajar2 ini sebahagian besarnya dan mungkin kesemuanya pelajar persendirian.."

KULIM BANDAR BARU :
" ada pelajar2 tajaan, 700 org.."

SEMPORNA :
" walau apa pun, soal2 akademik bukanlah dibawah tanggungjawab MSD.. dan itu adalah antara pelajar itu dan antara pihak insitusi.. dan memamng ikut kebiasaan.. memang biasanya di mesir mereka tak dengar cakap MSD dan dalam hal ni mengapa mereka nak dengar??? JADI TERUSKAN JER LA.."

persepsi : wah.. ini lesen besar bagi pelajar2 untuk tidak patuh pada MSD @ JPMK..

KULIM BANDAR BARU :
" kalau begitu jawapan YB Menteri, terima kasih.. Boleh tak mintak Menteri beritahu kpd MSD @ JPMK supaya tarik balik surat yang dihantar kpd Al-Azhar.."

SEMPORNA :
"..nanti sy akan semak dg MSD.. InsyaAllah.."

persepsi : bila tu YB Menteri??

KULIM BANDAR BARU :
"...satu je yg die mnta, dia pesan bagitahu pada menteri.. kami adalah pelajar tajaan.. dan ramai diantara kami AHLI KELAB UMNO"

Persepsi : ada jugak ahli kelab umno yg join kutub sittah yee.. =) bagus la kalau macam tu..
ahli kelab lain xjoin sekali ker??


Apa pula persepsi anda? Kita mempunyai persepsi tersendiri dalam menterjemahkan sesuatu isu. Kadangkala persepsi kita dengan individu lain bersepakat, kebarangkalian juga persepsi itu bercanggah antara satu sama lain. Walau kita punyai ruang demokrasi untuk bersuara, namun jangan ketepikan ilmu dan dalil dalam mengeluarkan sesuatu pendapat..
Ilmu ibarat stereng, akal ibarat tayar.. Ada stereng tanpa tayar tak berjalan kereta itu.. Ada tayar tanpa stereng, akan terkeluarlah dari landasan atau jalan yg sepatutnya..
Ilmu ibarat tapak yg kukuh, akal ibarat bangunan yg tersergam indah..
Ada tapak tanpa bangunan, sia-sia sahaja.. Walau bangunan tersergam indah andai tapaknya rapuh, maka akan tumbang bangunan itu..
Ilmu dan akal saling melengkapi..
Cukup sekadar di sini dahulu untuk kali ini.. Jangan lupa tinggalkan komentar anda setelah membaca habis persepsi ini..

1 comment:

  1. Asalamualaikum,dah agak lama tak kesini,internet asyik down di tambah dengan kesibukan kerja dan kesibukan keluarga.

    Apa khabar ustaz sekeluarga sekarang?

    ReplyDelete

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..