Wednesday, March 10, 2010

Isu semasa Mansurah : Buku info..

Assalamualaikum wbt kepada semua yg sudi singgah di laman blog aljauhary yg kian sepi sesepi tuannya yg berjauhan dg zaujah yg teramat disayangi yg kini berada dalam tempoh rawatan kehamilan. Moga kesihatan zaujaty serta bayi di dalam kandungan sentiasa sihat dan selamat dari apa jua perkara2 yang tidak diingini. Jika ditanya, tak rindu ker kat zaujah kat malaysia? Maka tiada jawapan yg dpt menterjemahkan rasa rindu yg sentiasa membara terhadap zaujah yang teramat disayangi dan dikasihi.. Teringat aljauhary pada lirik lagu saleem yg bertajuk "Di pintu mahligai"

Di dalam kesunyian
Kurasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Tika fajar menyinsing
Kusentuh sinar kasih
Dari matamu dekat dan terasing
Aku menanti singkapan tabir cinta
Aku menanti saat menjadi nyata

Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Dan kurelakannya

Isteri di pintu mahligai
Kulihat kasihmu melambai
Walaupun jauh tapi jelas
Jiwaku menyentuh jiwamu

Isteri di pintu mahligai
Nyatakan segala impian
Sambutlah tangan.. sambutlah..
Semoga terlepas segala siksaan

Dengan sayap impian
Ingin terbang ke sana (malaysia)
Membawa cinta sebesar dunia
Apa jua milikku dan kutahu
Hanya untukmu..

alamak.. Jiwang la pulak.. hehehe.. jangan marah yer..
Berbalik kepada isu yg ingin aljauhary perkatakan untuk kali ini, menyingkap perbahasan dari sebuah buku kecil yg diberi tajuk "Info Mansurah" yang membahaskan isu "Mengapa Mesti Mahasiswi Perubatan?"
Bukunya seperti di bawah ini..

info



Photobucket



Photobucket
Untuk makluman semua, buku info mansurah ini biasanya dikeluarkan secara bulanan atau mengikut isu2 yang terjadi di Mansurah. Setiap isu yang dipaparkan sebelum2 ini pasti akan disertakan dengan nama penulis kepada isu tersebut atau nama pena beliau. Namun kali ini, artikel ini tidak menyatakan siapa penulis yang berani menulis tentang isu yang dikira hangat juga tidak berani menyatakan nama mahupun jawatan dalam penyebaran buku info ini. Sememangnya penulis adalah ahli DPM Mansurah. Namun jika penulis adalah dikalangan pimpinan Mahasiswa, dicadangkan agar tampil ke hadapan menyatakan tulisan beliau. Jika masih tidak berani menampilkan diri dan berlindung di sebalik media yang cetak ini, lebih baik letak jawatan. Kerana kami sebagai ahli inginkan seorang pimpinan yang berjiwa besar. Berdiri teguh dengan apa yang dia sendiri perkatakan. Bukan seperti baling batu sembunyi tangan hingga memungkinkan ada insan yang tersalah sangka terhadap orang lain sedangkan orang itu tiada kaitan langsung terhadap penulisan ini. Jika penulis adalah ahli biasa, maka timbul persoalan mengapa editor buku ini sanggup menyembunyikan atau terlepas pandang bagi menyatakan penulis terhadap artikel utama dalam buku ini. Jika dilihat pada faktor pertama yang diperkatakan :

Photobucket
Pada baris ke -5, penulis seakan-akan ingin menyatakan faktor ustaz2 memilih mahasiswa perubatan adalah kerana ustazah kita ni cerewet memilih. Adakah faktor ini dan maklumat ini dapat dibenarkan dengan statistik setelah dibuat bancian??? Atau hanya agakkan serta dengar2 cakap orang sahaja?? Pernahkah penulis membuat kajian menyeluruh secara ilmiah sebelum mengeluarkan kenyataan menyatakan ustazah di mansurah terlalu cerewet hingga sanggup memilih ustaz2 luar seperti kaherah, tanta, dumyat, damanhur, syubro ataupun hingga ke madinah mencari calon suami??? Hinggakan ustaz2 di sini tiada pilihan dan terpaksa memilih mahasiswi perubatan??? Apa yang aljauhary dapat tahu setelah bergaul dengan pasangan2 yang berkahwin di mansurah khususnya, bukan cerewet menjadi faktor utama. Yang menjadi faktor utama adalah kerana masing2 telah kenal antara 1 sama lain sebelum berkahwin dan sebelum dtg ke mansurah lagi hingga menjadikan pasangan dari ustazah2 di mansurah adalah yg kuliah di luar mansurah.

Bagi pengakhir kepada perenggan 1, penulis menyatakan antara sebab utamanya juga adalah ustaz2 kurang mencerminkan akhlak serta tatacara sebagai penuntut ilmu agama. Jika dilihat pada peratus "golongan2" ini, adakah "golongan2" ini menjadi mejoriti jika dibandingkan dg golongan yang sebaliknya?? atau penilaian akhlak dan tatacara agama itu dilihat dari segi berpakaian?? ohh.. mungkinkah ustaz2 yg berseluar jeans, tidak berkopiah, tidak berjanggut, berambut panjang, tidak ramah dan sewaktu dengannya menjadi kayu ukur akhlak bagi seseorang ustaz??? Atau lebih glamor dg istilah "thiqoh"??? Jika ini yg menjadi kayu ukur atau hanya sangkaan penulis terhadap ustaz2 dan ustazah2.. Maka anda semua boleh menilai sejauh mana fikiran penlis terhadap dunia sekitar.

Dalam perenggan kedua, penulis melemparkan kata "golongan professional lebih menghargai sekiranya pasangan mereka itu terdiri dari golongan agamawan". Dapat difahami dari lemparan kata-kata ini bahawa seakan-akan ingin menyatakan bahawa golongan agamawati (ustazah2) kurang menghargai pasangan mereka dari golongan agamawan. Saya aljauhary, mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan ini. Seakan-akan merendahkan pengorbanan seorang isteri (ustazah) terhadap suami mereka. Dari mana maklumat yang penulis dapat hingga sanggup berkata sedemikian rupa??? Siapa penulis hingga sanggup menilai dan membandingkan kedua2 golongan ini?? Siapa?? Siapa?? Mengapa menyorok disebalik buku ini??? Keluar dan nyatakan dari mana maklumat tersebut diambil hingga dapat membandingkan 2 golongan ini terhadap tugas dan penghargaan mereka terhadap pasangan masing2!!!

Photobucket

Jika dilihat dalam faktor kedua ini, penulis ada menyatakan beliau telah membuat kajian dalam menyatakan bahawa mahasiswi perubatan lebih memberikan komitmen terhadap pasangannya. Apakah kad jemputan kahwin menjadi faktor utama pasangan rasa bahagia dan dikira sebagai memberi komitmen yang jitu terhadap pasangan??? Apakah ustazah2 tidak mampu berfikir bagaimana cara untuk meningkatkan kewangan keluarga??? Begitu dangkal pemikiran penulis hingga sanggup melemparkan kenyataan sebegitu rupa. Penulis juga ada menyatakan "fenomena jadual ke kuliah yang tidak wajib menjadikan sang suami dan isteri semakin malas ke kuliah" MasyaAllah.. Mengapa begitu teruk sekali penulis menghukum azhari dan azhariah yang telah mendirikan rumahtangga??? Perkahwinan menjadi faktor malas ke kuliah.. Jika sebelum ini kita telah dengar orang2 di malaysia mempersendakan golongan azhari dan azhariah, orang2 di jordan juga telah mengeluarkan pendapat mereka juga seakan-akan mempersendakan Azhari dan azhariah. Kini Azhari sendiri mempersendakan sesama sendiri, lebih2 lagi mempersendakan golongan yang telah mendirikan rumah tangga. Sampai hati penulis menyatakan sedemikian rupa sedangkan beliau sendiri memahami apa yg terjadi ketika menuntut di mesir lebih2 lagi jika sudah berumah tangga atau penulis tidak mahu ambil tahu dan hanya gemar mempersendakan pasangan2 yang telah berkahwin di mansurah ini. Di akhir perenggan, penulis menyatakan "urusan-urusan membuat nota pembelajaran pun diserahkan di bahu suami" MasyaAllah.. sebegitu hina tuduhan dilemparkan kepada ustazah2 yg sudah berumah tangga.. Aljauhary tidak mampu untuk mengulas lebih lanjut. Mengapa penghinaan2 yang sebegini rupa boleh disiarkan kepada seluruh ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.. Dan pembelian buku ini seakan-akan wajib bagi setiap ahli dengan menyatakan "Untuk bantu kewangan DPMM"..
Cukuplah sampai sini ulasan dari aljauhary. Aljauhary tidak mampu berhadapan dengan penghinaan2 yang dilemparkan kepada sahabat2 dan sohabiah2 yg teramat aljauhary segani dan hormati.
Pesanan kepada warga mansurah, dapatkan segera buku tersebut sebagai bukti bahawa ada orang yang sanggup menghina kalian sebelum pengedarannya dibekukan atau ditarik balik..
Kepada penulis artikel, tolong bertanggung jawab dengan apa yang telah ditulis. Jangan hanya pandai mengata tapi sembunyikan diri. Kami dari Unit Bait Muslim sanggup mempertemukan anda dengan madam2 (ustazah2 yang telah berkahwin) bagi menyatakan pandangan anda terhadap mereka dan kebenaran yang sebenar.
Jangan sangka blog aljauhary ini tidak dibaca oleh sesiapa. Kerana aljauhary pernah dipanggil oleh pihak bertanggungjawab kerana paparan yang telah aljauhary paparkan.
Moga penulis artikel tersebut tidak mengambil mudah dalam isu serta penghinaan yang dilemparkan..

Sekian : Aljauhary.

Dibenarkan untuk penyebaran

9 comments:

  1. 4 faktor y telah di berikan oleh penulis dlm artikel itu..ana x setuju 100% pd faktor kewangan..ana ckup x suke faktor itu di jadikan bahan artikel..
    seolah2 golongan y berkahwin dgn budk tib ini bukn mengejar cinta..bahkan mengejar wang..salah sama sekali faktor itu di timbulkan..
    minta bertanggungjawab kepada penulis artikel........
    insan y merasai penghinaan ini berlaku..

    ReplyDelete
  2. Mari kita sama2 mendesak agar penulisnya keluar dan bertanggung jawabatas penuliasannya.. Diharap pihak Hisbah dapat mengadili kes ini..
    Andainya ternyata si penulis didapati bersalah, maka hukumlah beliau..
    Kita tidak mahu insan2 seperti ini mudah menggunakan ruang yang ada untuk kepentingan peribadi semata2..
    Mengeluarkan artikel sesuka hati tp takut untuk menunjukkan muka..
    Jika penulis seorang pimpinan, maka terlalu malang buat kita sebagai ahli dewan yang mempunyai seorang pimpinan yang begitu pengecut dalam menyatakan pandangan..
    Dengan ini ana melancarkan desakan terhadap penulis hingga penulis keluar menyatakan kebertanggungjawaban beliau..

    ReplyDelete
  3. Salam...Kita baca artikel tersebut dan kita faham maksud artikel tersebut dgn cara kita.Jika maksud penulis berlainan dari apa yang kita faham,silalah tampil memberi keterangan balas.Jangan biar perkara ini menjadi panjang.

    ReplyDelete
  4. Ust. Abd. Hakim > Waalaikumsalam wbt..
    syukran sudi tinggalkan komen..
    ya, kita baca artikel dg kefahaman kita sendiri. Namun menjadi konflik apabila nama pena tidak dinyatakan sepagai penulis artikel yg memudahkan untuk bertanya terus kepada beliau..
    Isu ini semakin panjang bila penulis seakan-akan melepaskan tanggungjawab setelah apa yg telah beliau tulis hingga menjadi fitnah kpd org lain..
    Hinga kini kita masih menunggu beliau mengeluarkan kenyataan bertanggungjawab terhadap artikel beliau..
    Perkara seperti ini tidak boleh diambil remeh kerana ianya mencerminkan khususnya bagi sidang editorial (termasuk pengerusi) dan umumnya semua ahli DPMM kerana buku ini diedarkan dari rumah ke rumah sebahagian ahli kerana mana mungkin sesebuah buku yang diterbitkan oleh UPP (Unit Penerangan dan Penerbitan) tanpa melalui peringkat2 tertentu sebelum dilulus terbit dan diedar kepada ahli..
    Apakah penulis telah menggunakan jawatan yang ada hingga mampu menerbitkan artikel yang sedemikian rupa?? Mana mungkin insan seperti aljauhary mudah2 hantar artikel dan disiarkan tanpa melalui peringkat2 tertentu.. tak mampu fikiran aljauhary untuk menyingkap kemusykilan tersebut malahan bertambah serabut bila soalan2 ini timbul di benak fikiran aljauhary.. Apakah penasihat terlepas pandang?? Adakah pengarah urusan hanya tahu mengedarkannya??? Adakah ketua editor tak buat kerja?? Semua persoalan ini hanya akan terjawab pabila 'sang' penulis memunculkan diri dan menyatakan kebertanggungjawaban beliau terhadap tulisan tersebut..
    Setakat ini penulis masih mendiamkan diri.. Apakah beliau sedang berbincang dengan peguam beliau untuk mengambil tindakan terhadap org yg membongkar kepincangan yang berlaku dalam penerbitan artikel ini???
    Atau sedang mencari helah untuk menghalalkan segala tindakan beliau itu..
    Kepada 'sang' penulis, sekali lagi didesak agar bertanggungjawab terhadap penulisan anda..

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya bukan azhari juga azhariah, cuma dulu sudah pun mengisi borang utk ke al-Azhar tapi tidak kesampaian kerana terhalang dek beberapa masalah.
    Saya juga pernah berjanji utk berkahwin dgn seseorang jika ditakdirkan ke sana. (Lebih baik kahwin daripada buat maksiat).
    Sedikit sebanyak isu ini juga menarik perhatian saya. Tetapi saya tidak mahu komen apa-apa.
    Cuma saya selalu suka mengingatkan diri sendiri, menjadi apa pun kita kini, semuanya Allah yang punya. Ada ilmu, Allah boleh saya ambil balik dan jadikan kita orang yg. hilang ingatan. Banyak duit, boleh saja Allah ambil bila-bila masa. Allah hanya memberi pinjam utk. kelak dihisab kembali.
    Kepada ustaz ustazah (saya juga pernah mengajar sebagai ustaz/ustazah slps. keluar maktab perguruan dulu) mungkin ini merupakan titik tolak utk. kita muhasabah diri.
    Kepada penulis itu dan kita semua ...... semoga Allah memberikan hidayahNya dan saya doakan semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Kita mempunyai dua biji mata, sebelah mata lihatlah kebaikan saudara, sebelah lagi lihatlah keburukan diri sendiri.
    Perlu mujahadah untuk menundukkan hawa nafsu.
    Mohon maaf dan terima kasih.

    ReplyDelete
  6. salam..

    moga segalanya selesai dgn aman..

    untuk penulis artikel..
    belajar lah menulis dgn baik..dr aqal y sihat dan otak y cerdas..

    tak salah melempar pandangan..cuma sekiranya kita tersilap..segeralah bertindak..jgn biar lama kasilapan kita itu mnjadi bahana kpd org lain..

    ini satu fitnah besar bg kami terutama azhariah...

    andai kami salah fhm dgn artikel anda,faham kan lah kami..sbb kami memg tak fhm..

    mohon segera perbetul apa y tersilap..
    sesungguhnya kami ini bertanggungjwb memikul amanah di malaysia nnti..

    jgn smpai fitnah y tersebar ini mnjadi bahan ketawa masyarakat malysia umumnya kpd golongn y bergelar azhari dan azhariah di malaysia kelak..

    penulis kena ingt..satu dosa..malah bnyk dosa y akan di pikul...oleh...???


    waallahu a'lam..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..

    mykrk > syukran mengingatkan sesama muslim..
    moga kita semua diberi hidayah agar hati kita tenang apa jua yg menimpa..
    samaada nasihat, tohmahan ataupun penghinaan yg dilemparkan pada kita..
    semoga kita sama2 mengambil iktibar dari apa yg telah terjadi..
    cumanya, kita tidak mahu perkara ini terjadi lagi ( menulis hanya mengikut agakan perasaan tanpa mengkaji maklumat2 yg sebenar hingga mengakibatkan org yg tidak bersalah jadi mangsa hasil tulisan beliau, ianya memang terjadi.. seorang sahabat telah di'syak' menulis artikel ini sedangkan beliau tidak ada hubung kait langsung dlm setiap proses hingga buku itu tercetak, hingga kini penulis masih lagi berdiam diri dan sahabat tadi terus ditanya adakah beliau yg menulis artikel tersebut.. sungguh tidak adil..bila mana kesalahan orang lain terbeban di pundak insan lain.. ini yg kita ingin tegakkan.. tidak mahu org lain jadi mangsa hasil perbuatan org lain)

    salina_dakwah > mungkin penulis masih baru dalam arena penulisan ini..
    tidak memahami etika penulisan yang sebenar..
    walaupun hingga saat ini masih belum ada riak khabar menunjukkan si penulis ingin tampil bertanggungjawab, namun aljauhary percaya si penulis telah pun membaca ulasan yg telah aljauhary nyatakan..
    moga semuanya berakhir dg tenang..

    wassalam..

    ReplyDelete
  8. syukran jauhary..

    ana terlupa nak selitkan pd "pesanan"
    ana sebelum ni...memandangkn blog nta ni di bc oleh ramai pihak..

    hm...kpd pelajar perubatan dan pelajar kuliyyah serta qiraat...
    moga apa y terjadi ini semakin menguatkan ukhuwah kita sebagai sesama saudara muslim..

    andai dpt direnung sejenak,perkara ini ada sangkut pautnya dgn kita semua y menuntut ilmu di sini..

    harap2 tiada syak wasangka antara kita selagi kita tidak tahu siapa penulis artikel itu..

    sndsi telah kita ketshui siapa dia,maafkanlah insan itu..

    krn..
    kita semua sama dan masih muda dlm sesuatu perkara..

    untuk penulis akhirnya..carilah PENASIHAT y betul dlm melakukan sesuatu..

    dari bet:raudhatulmutmainnah
    (taman2 ketenangan)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, kasihanilah orang yang teraniaya itu. Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran...... tunjukkanlah ya Allah......

    ReplyDelete

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..