Friday, June 24, 2011

SISTEM EKONOMI

Mutaakhir ini Malaysia dikejutkan dengan ‘Negara Berkebajikan’ yang menjadi isu perbincangan seluruh Negara. Ini adalah hasil dari keputusan Muktamar Pas tahun 2011 yang baru selesai beberapa mingu lalu. Hasil muktamar ini umum telah diberitahu bahawa Pas akan membawa Negara Kebajikan sebagai konsep pentadbiran.

Bila sahaja Pas mengajukan Negara Berkebajikan kepada umum, ramai mula keliru, kabur dan kurang faham dengan apa yang dinamakan dengan ‘Negara Berkebajikan’ sehingga menimbulkan penentangan hebat dari pelbagai sudut.

Lebih membingungkan apabila dengan serta merta United Malays National Organisation bangun mengaku bahawa dasar ini telah mereka jalankan. Justeru mengikut United Malays National Organisation Pas hanya menjadi Pak Turut.

Ada juga yang berpandangan ‘Negara Berkebajikan’ Pas ini adalah akidah perjuangan. Dan mengaitkan agar perlunya Pas bergantung kepada Sistem Ekonomi Sosialis kerana sitem ekonomi di dunia ini hanyalah dipelopori oleh Sosialis dan Kapitalis sahaja.

Umum mengetahui bahawa Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran dan ekonomi terbuka, namum beberapa dekat ini Kapitalis kian memonopoli Sistem Pentadbiran dan Sistem Ekonomi di Malaysia khususnya apabila hak milik kerajaan mula diswastakan.

Mari sama-sama kita lihat huraian ringkas antara ketiga-tiga sistem ekonomi ini (Kapitalis, Sosialis dan Islam). Islam bukanlah anutan semata-mata, malah ianya adalah sistem yang merangkumi setiap aspek kehidupan samaada politik, ekonomi, kemasyarakatan, keilmuan, media, perundangan, peperangan, pengurusan dan hisbah.

Untuk memudahkan kefahaman antara ketiga-tiga sistem ini adalah lebih mudah untuk kita rujuk kepada pemilikan dan kemanfaatan. Bagi Sistem Kapitalis, pemilikan adalah hak individu dan kemanfaatan juga adalah hak individu. Bagi Sistem Sosialis pula, pemilikan adalah hak semua dan kemanfaatan juga adalah hak semua. Berbeza dengan Sistem Islam, pemilikan adalah hak individu namun kemanfaatan adalah hak semua.

Bagi menghuraikannya, dapat kita fahami bahawa Sistem Kapitalis berasaskan keuntungan individu semata-mata tanpa mempedulikan masyarakat seluruhnya. Ini membuatkan yang mempunyai modal akan menguasai kekayaan negara, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin tidak terbela.

Berbeza pula dangan Sistem Sosialis apabila segalanya berasaskan kebajikan semata-mata dalam mengurangkan hak individu. Sebagai contoh, sekuat mana pun seseorang itu berkerja dan lagi besar gaji beliau bermakna lagi tinggi cukai yang perlu dibayar sehingga lebih 50% dari gajinya. Dan walaupun seseorang itu tidak berkerja, namun kerajaan akan memberikannya elaun sara hidup, rumah dan sebagainya. Ini menjadikan rakyat malas untuk bekerja apabila keperluannya ditanggung oleh kerajaan.

Sistem Islam pula lebih kepada pendidikan iaitu berkebajikan. Kerajaan dan rakyat saling membantu membangunkan negara dalam perkara-perkara kebaikkan yang menitik beratkan kehidupan selepas mati berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Mengambil sedikit dari yang kaya dan memberikannya kepada yang memerlukan melalui zakat dan cukai yang tidak membebankan rakyat malah menggalakkan infaq, derma atau donation. Meletakkan keadilan (meletakkan sesuatu pada tempatnya) sebagai paksi ekonomi dengan menghalang monopoli, penindasan dan apa jua bentuk kezaliman terhadap masyarakat dalam sudut ekonomi dan hak pemilikan. Juga mengharamkan riba’.

Oleh itu, Islam bukanlah ibadah dan kepercayaan semata-mata. Malah islam adalah pegangan, cara hidup dan landasan bagi membangunkan dan menguruskan dunia dari segala aspek kehidupan untuk menuju ke alam abadi. Islam bukan indah pada sistem ekonomi semata-mata, namun mencakupi setiap sistem kehidupan.

Ini telah menjadikan musuh-musuh Islam dengki dangan Islam khususnya Zionis yang menyatukan semua aliran pemikiran moden dan semua kumpulan untuk menyerang Islam dari pelbagai sudut.

Dalam ekonomi, Islam diserang oleh sistem kapitalis dan sosialis. Dalam sistem keilmuan islam diserang oleh orientalis. Dalam sistem politik, Islam diserang oleh sekularisme dangan memisahkan agama dan politik. Dalam kehakiman pula, Islam diserang oleh "Common Law" yang mengenepikan undang-undang syariah berdasarkan Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. Begitu juga dari sudut pergaulan, pendidikan, keagamaan, kemasyarakatan, pentadbiran dan pelbagai sudut lagi.

Islam diserang dari pelbagai sudut kerana musuh-musuh Islam sangat dengki dan benci dengan kesyumulan Islam. Dalam beberapa aspek, kita dapat lihat musuh-musuh islam berjaya dalam usaha mereka. Ini dapat dilihat apabila daulah islamiayah jatuh pada tahun 1924 lalu. Maka, umat islam mula dijajah akal mereka, gaya hidup mereka, pegaulan mereka dan kepercayaan mereka juga dapat dijajah apabila ada umat islam yang percaya bahawa Islam sudah tidak sesuai diadaptasi buat masa ini. Namun perjuangan Pas mula menampakkan pencerahan dari penjajahan ini. Dengan tercetusnya konsep idea ‘Negara Berkebajikan’ ini membuatkan musuh-musuh Islam ketakutan jika umat Islam dapat merasai keindahan Islam seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.

Untuk memahami ‘Negara Berkebajikan’ yang akan Pas bawa itu nanti sama-samalah kita tunggu ‘Buku Hijau’ yang sedang dalam proses penulisan dan editing. Sebelum kita semua dihidangkan dengan konsep-konsep yang bakal dibawa oleh Pas itu nanti, adalah lebih elok kita sama-sama meneliti 2 video di bawah ini.










No comments:

Post a Comment

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..