Saturday, May 28, 2011

SALAM DARI MESIR 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersua kembali seperti yang dijanjikan beberapa minggu lalu.

Jutaan kamaafan dipohon andai ada yang masih menunggu kemaskini dari blog aljauhary ini. Berbalik kepada persoalan :
"
Bagaimanakah aljauhary mendapatkan tiket untuk kembali ke mesir??? Bila pula penerbangan aljauhary???? Aljauhary menggunakan penerbangan apa??? Sila ikuti episod akan datang... Persoalan akan terungkai.. Jangan lupa tinggalkan komen agar aljauhary lebih bersemangat untuk meneruskan penulisan ini..."

Seusai sahaja aljauhary dan ayahanda sampai ke perkarangan pejabat EgyptAir di bukit bintang itu, kami pun bertanyakan berkenaan status penerbangan aljauhary yang sepatutnya berlepas 6April2011 jam 0130
. Pada awalnya kami dimaklumkan bahawa beliau tidak dapat membantu melainkan dengan kehadiran bos mereka, jadi aljauhary terpaksa menunggu hingga bos mereka sampai. Saat berganti minit, minit berganti jam. Hampir-hampir 2jam kami menanti kehadiran beliau, namun kelibatnya masih belum terlihat. Akhirnya, setelah staf EgyptAir itu bosan melihat aljauhary yang setia menanti, beliau terus menghubungi bos melalui telifon sahaja. Alhamdulillah dengan mudah bos mereka membenarkan tiket yang lama ditukarkan dengan tiket yg baru melalui penerbangan Lufthansa (Germen Airlines) dari KLIA ke Bangkok dan dari Bangkok ke Cairo.

Photobucket
~Slip tiket~


Photobucket
~KLIA ke Bangkok~

tiket
~Bangkok ke Cairo~

Setelah mendapatkan tiket, aljauhary balik semula ke nilai tempat persinggahan kami sekeluarga. Sampai di Nilai sebelum asar, aljauhary rehat sebentar dan bersiap kembali. Seawal jam 6ptg aljauhary sudah bersiap menuju ke KLIA agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Sewaktu barangan aljauhary ditimbang untuk dimasukkan kargo, berat barangan tersebut melebihi timbangan yang ditetapkan iaitu 20Kg. Adapun berat barangan aljauhary menghampiri 39Kg. Pada awalnya aljauhary cuba memohon pertimbangan staf yang bertugas agar semua barangan aljahary dapat dibawa kesemuanya. Perbincangan menemui jalan buntu kerana beliau tidak membenarkan ianya terjadi kerana maksimum kilogram yang beliau boleh bagi adalah 25Kg sahaja sedangkan berat barangan aljauhary sudah mencapai 38.9Kg mana mungkin dapat lepas tanpa pembayaran. Aljauhary bertanya siapa ketua yang bertugas malam itu untuk membincangkan keberadaan barang aljauhary yang sudah melebihi timbangan yan sepatutnya.

Pada mulanya beliau memaklumkan aljauhary perlu membayar hanya RM130 (minima bayaran denda lebih muatan) hanya itu sahaja pilihan yang aljauhary ada. jadi aljauhary bersetuju dengan apa yang bincangkan itu. Aljauhary pun menimbang semula barangan. Setelah barang-barang siap ditimbang dan di hantar ke kargo, aljauhary bertanyakan berapa harga yang perlu aljauhary bayar. Beliau tersenyum indah sahaja. Aljauhary bertanya sekali lagi, beliau menjawab ianya percuma dengan sebab mahu membantu aljauhary. Alhamdulillah yang tidak terhingga..

2jam menempuh perjalanan dari KLIA ke Bangkok dan 10jam dari Bangkok ke Cairo. Akhirnya sampai lah aljauhary ke bumi mesir setelah hmpir 10bulan bercuti di malaysia..

Inilah serba sedikit yang dapat aljauhary coretkan.. Sekian...

No comments:

Post a Comment

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..