السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Salam sejahtera diucapkan pada semua, semua semoga pembaca budiman sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah swt.
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah swt, kerana memberi ruang, peluang, rahmat dan nikmat yang cukup luas hingga saat ini yang semuanya tidak dapat disebut apatah lagi dihitung banyaknya.. Alhamdulillah...
Terpanggil kali ini untuk update blog yang sudah lama hilang fungsi, misi dan visi setelah sekian lama tidak menulis. Terasa kekok juga untuk memulakan semula penulisan di sini dan terasa tumpul skill penulisan di laman blog ini.
Pulang ke Mesir.
Alhamdulillah setelah lebih sebulan aljauhary berada di bumi mesir ini setelah mesir mengalami perubahan yang drastik, boleh dianggap saat ini adalah pasca revolusi setelah rakyat mesir menggulingkan presiden yang selama ini 'dipandang' mulia oleh rakyatnya tidak pasti samaada 'pandangan' itu secara sukarela mahupun terpaksa.
Suka di sini untuk aljauhary berkongsi cerita tentang perjalanan kembali ke Mesir setelah sekian lama cuti. Aljauhary berada di tanah melayu bermula 1 Julai 2010. Sepatutnya aljauhary perlu kembali semula ke Mesir pada 21 Nov 2010, namun setelah mendapat berita dari sahabat-sahabat yang berada di Mesir pada ketika itu bahawa aljauhary tiada maddah untuk semester 1, maka aljauhary mengambil keputusan untuk melanjutkan percutian bersama isteri, anak yangbaru lahir (Nur Izzah Mustabsyirah) dan keluarga tercinta sehingga April 2011. Setelah menukarkan tarikh penerbangan dengan bayaran tambahan RM210 pada awal Nov 2010, maka aljauhary terus membiarkan tiket tersebut tersimpan rapi di tempat yang selamat.
Hari berganti hari, timbul berita revolusi yang bermula di Tunisia dibawah pemerintahan zalim Zine El Abidine Ben Ali dan bininya. Kemudian menular pula revolusi tersebut ke bumi Mesir bermula 25 Januari 2011. Sejak itu berita dari mesir mula menjadi berita yang sensasi dan menjadi tajuk utama hampir semua akhbar yang berada di Malaysia. Pelbagai spekulasi terjadi, bermula berkenaan isu keselamatan pelajar-pelajar di sana, isu kewangan dan memuncakkemuncak isu tersebut apabila ada orang yang berkedudukan tinggi mengeluarkan kenyataan bahawa semua pusat pengajian menunda sesi pembelajaran. Hal itu menimbulkan lagi resah kepada ibu bapa, sanak saudara dan juga penjaga pelajar2 yang berada disana. Media memainkan peranan penting dalam hal ini bagi membangkitka emosi pembaca dengan berita-berita yang belum tentu kesahihannya. Maka mulalah dicadangkan agar dibuat evakuasi. Detelah mendapat desakan yang bartalu-talu dari pelbagai pihak, kerjaan terpaksa membuat evakuasi yang menelan belanja RM50juta. Hingga sekarang tidak dapat dipastikan kemana wang sejumlah RM50juta itu dibelanjakan.
Setelah selamat membawa pulang 7ribu lebih rakyat malaysia di sana, akhirnya presiden mesir terpaksa meletakkan jawatan setelah pelbagai cara untuk menyelamatkan kedudukan beliau dalam negara gagal dipertahankan. Revolusi di medan tahrir kian reda. Bumi mesir dikatakan sudah aman dan kehidupan harian berjalan dengan suasana baru setelah khidmat polis langsung tidak berfungsi hingga saat ini.
Aljauhary bakal berlepas ke mesir seperti yang tertulis di slip tiket "[DATE 06APR | FLIGHT MH 9149 | KUL - CAI | TIME 0130]" menggunakan pesawat EgyptAir namun melalui penerbangan MAS. Tiba pada tarikh yang tertera di dada slip tiket tersebut, bermulalah perjalanan aljauhary dari Johor ke KLIA. Jam 8pm sudah terpacak di KLIA untuk memulakan penerbangan ke Mesir. Saat berganti minit, minit berganti jam. Kini tiba waktu untuk check in dan timbang barang yang ingin dibawa, namun kaunter masih tidak beroperasi seperti biasa. Debaran menjadi keresahan. Resah menjadi kebimbangan. Untuk mendapatkan penjelasan aljauhary pergi ke kaunter informasi. Setelah bertanyakan penerbangan dan operasi syarikat EgyptAir, jawapan yang aljauhary dapat ada sangat-sangat mengecewakan, "Encik, setakat ini syarikat EgyptAir tidak beroperasi di KLIA sehingga Oktober 2011. Untuk maklumat lanjut encik boleh terus bertanya ejen MAS di kaunter 19.." ~Aduhh... macam mana nak balik ni.. takkan hangus tiket ni.. tu la.. sebelum dtg x check kat pejabat tiket dulu.. sekarang apa jadi????.. apa nak buat ni???? ~ aljauhary menuju ke kaunter yang dimaklumkan tadi.. Berjumpa dengan ejen yang bertugas. Setelah beliau mendapatkan maklumat dari pejabat MAS, aljauhary terpaksa pergi ke pejabat EgyptAir di Bukit Bintang pada keesokkan hari.. Penerbangan malam itu tiada status.
Setelah berbincang dengan keluarga dan keluarga mencari tempat penginapan untuk bermalam, kami terus ke rumah saudara mak aljauhary di nilai sahaja.
Sampai sahaja di rumah saudara itu, bertanyakan khabar dan hari pun sudah lewat malam. Aljauhary yang keletihan terus terlena. Selepas sahaja menunaikan solat subuh, aljauhary dan ayah terus bersiap menuju ke perhentian komuter Nilai. Sarapan di belakang perhentian Nilai dan memulakan perjalanan dg Komuter dan LRT ke Bukit Bintang adalah pilihan yang baik untuk kami jika dibandingkan menggunakan Unser hitam JHG 155. Setelah menempuh hampir 2jam perjalanan, bertukar komuter ke LRT. akhirnya sampai juga ke Pejabat EgyptAir di tingkat 2, Menara Keck Seng, jalan bukit bintang. Kami disambut oleh staf disana. Setelah menunjukkan slip tiket dan meminta penjelasan berkenaan penerbangan EgyptAir, beliau memaklumkan bahawa tiket itu dibawah kelolaan MAS [MH 9149].. ~Aduh.. sekali lagi masalah.. org sana sepak ke sini.. org sini sepak balik ke sana.. Mentang2 la kami ni bukan vvip.. senang2 je memperbodohkan org2 sederhana ini... Aljauhary mula mengeluarkan hujjah bahawa peberbangan itu adalah menggunakan pesawat EgyptAir, jadi tidak timbul kes itu adalah tanggungjawab syarikat MAS sedangkan syarikat MAS sendiri telah berlepastangan dari kes ini. Staf tersebut mula berbelah bahagi atas makluman yang diberikan sebentar tadi. Untuk lari dari kesilapan, beliau meminta agar tunggu sehingga bos beliau hadir ke pejabat. Dari kul 9pagi lebih tunggu hingga jam 11pagi masih juga tidak muncul lagi org yg ditunggu-tunggu. Kami masih tidak berganjak dari situ. pelbagai helah digunakan oleh staf tersebut untuk melunturkan semangat kami dari memperolehi tiket ganti..
Bagaimanakah aljauhary mendapatkan tiket untuk kembali ke mesir??? Bila pula penerbangan aljauhary???? Aljauhary menggunakan penerbangan apa??? Sila ikuti episod akan datang... Persoalan akan terungkai.. Jangan lupa tinggalkan komen agar aljauhary lebih bersemangat untuk meneruskan penulisan ini...
Bersambung.................

Salam sheikh..
ReplyDeleteDah ada kat mesir ke? Ingat dah x g sana dah..
Semoga sihat hendakNya..dan sentiasa dalam rahmay Allah S.W.T.
Ilal Liqo'..