Wednesday, July 13, 2011

HUKUMAN KEPADA PESERTA BERSIH 2.0 DI KAHERAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum dan salam mesra...

Merujuk kepada kata-kata aljauhary tempoh hari, di post ini aljauhary ada berkata :
"Kita tunggu setakat mana amaran dari KBMK itu mampu direalisasikan, atau ianya hanya provokasi semata-mata untuk menakut-nakutkan mahasiswa."


Akhirnya KBMK mula bertindak dengan pekeliling ini :-

"
Assalamualaikum.
Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK rujukan SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 julai 2011 berkaitan larangan bagi rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0. Justeru, mahasiswa/wi yang didapati terlibat dalam perhimpunan tersebut dan yang berkaitan dengannya adalah dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan sebagai tindakan terhadap keingkaran kepada arahan tersebut.
Sekian dimaklumkan."


Sila rujuk di laman ini...


Mudah kata, ianya bermaksud "Mana-mana mahasiswa/wi yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0 dan yang berkaitan dengannya adalah dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan."


Apakah hukuman ini hanya untuk tahun ini atau berterusan hingga ke tahun-tahun berikutnya??? Ada pun perkataan 'yang berkaitan dengannya' pula memberi maksud apa ya??? Adakah memakai baju BERSIH, menyokong BERSIH, menulis di blog atau facebook berkitan dengan BERSIH dan juga memaparkan gambar yang berkaitan dengan BERSIH di mana-mana laman pribadi atau laman sosial juga dikategorikan dalam perkataan 'yang berkaitan dengannya'???


Jadi, sama-sama lah kita tunggu siapa insan pertama yang bakal menjalani hukuman ini...

No comments:

Post a Comment

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..