Monday, July 11, 2011

MAHASISWA DAN KEBEBASAN BERSUARA




KPT tunggu senarai siswa berdemo

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.


Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit
untuk tindakan selanjutnya.

"Terpulanglah kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Shah Alam malam tadi.

Sementara itu Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja UiTM.


Bagaimanapun jika ada, tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan kepada warga kerja, katanya.

--Bernama

Pelajar tajaan MARA kena tindakan jika sertai perhimpunan haram


KUALA LUMPUR: Tindakan akan diambil terhadap penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jika mereka didapati menyertai perhimpunan haram semalam, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, setakat ini, MARA belum menerima laporan mengenai pembabitan penuntut tajaannya dalam perhimpunan itu dan akan meminta Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, menyiasat serta menyerahkan laporannya dengan segera.

Ditanya sama ada tindakan terhadap penuntut berkenaan akan membabitkan penarikan balik pinjaman, Shafie berkata beliau akan meneliti alasan mereka menyertai perhimpunan itu.

"Bentuk tindakan akan kita lihat apa sebab mereka terbabit dengan perhimpunan ini. Kita hantar mereka ke luar negara untuk menuntut, bukan mengambil bahagian dalam kegiatan yang boleh memudaratkan, yang boleh mencemar imej negara serta pemerintah.

"Kalau mereka yakin negara ini tidak adil, kenapa buat pinjaman dengan MARA, kalau tidak dapat pinjaman, mereka marah, kita kena pastikan perkara ini tidak berlaku," katanya kepada pemberita.

- BERNAMA

Di mesir tidak kurang hebatnya, seseorang juga dikatakan cuba menakut-nakutkan, momomokkan dan mengugut mahasiswa sekiranya terlibat dengan perhimpunan aman BERSIH 2.0 di dataran Hayyu A’syir. Beliau berkataSurat Pekeliling KBMK melarang perhimpunan ‘haram’ BERSIH telah dikeluarkan, saya 'menasihati' sekali lagi pelajar Malaysia di Mesir supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram, memakai dan mengedar apa-apa berkaitan BERSIH. Sebarang tindakan susulan kepada pelajar yang terlibat di Hayyu Asyir esok adalah akibat perbuatan pelajar sendiri. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekian dimaklumkan.”

Jika mursyidul am KDN yang bermazhab united malays national organisation menjatuhkan hukum haram di Malaysia, adakah hukum tersebut boleh diterimapakai oleh Amnu daulah atau syurtoh atau askar di mesir. Apakah dengan perhimpunan aman BERSIH 2.0 di dataran asyir bisa menjadi keteganggan diantara penduduk setempat? Apakah membawa kepada keadaan huru hara? Apakah mahasiswa timur tengah terikat dengan AUKU yang memungkinkan individu itu dilucutkan pengajian dan dihantar pulang secara percuma?

Banyak lagi persoalan yang timbul dalam minda yang kritis dalam menterjemahkan sekatan yang cuba dikenakan terhadap mahasiswa masakini. Pihak-pihak yang dipertanggung-jawabkan untuk menjaga kebajikan pelajar mengguna kedudukan dan kuasa yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk menanam dan mencambahkan mazhab united malays national organisation di kalangan mahasiswa. Dan dalam masa yang sama menidakkan kebebasan mahasiswa yang telah mencapai umur mengundi untuk memilih parti yang ingin disokongnya. Tidak kurang juga memomok dan mengotorkan parti yang bukan kerajaan.

Dapat dilihat dari segala tindakan ahli-ahli mazhab united malays national organization dari dahulu lagi seakan-akan cuba menyamatarafkan mazhab mereka seperti manhaj ahli sunnah waljamaah yang berpegang teguh dengan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qias. Sudah pastilah berbandingan antara keduanya adalah perbandingan yang bertentangan antara keduanya kerana mazhab united malays national organisation adalah berasaskan kepada qaumiyyah (kebangsaan) atau ‘asobiyah. Berpegangnya ahli-ahli mazhab ini kepada Al-Quran dan As-Sunnah bukanlah untuk mengadaptasi segala prinsip, metode, arahan dan tegahan oleh Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan dan pemerintahan mereka melainkan hanya sebagai menyelamatkan kedudukan mereka yang kian tergugat di hati rakyat. Media massa (TV, radio, akhbar dan majalah) adalah satu senjata yang ampuh suatu masa dulu dalam menyebarkan mazhab mereka yang telah digunapakai sekian lama untuk menyerang minda rakyat dari mendapatkan berita-berita yang telus tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Senjata yang dulunya ampuh dari seranganbalas melalui ceramah-ceramah dan penerangan di peringkat bawah kini tidak lagi apabila timbul media baru (jaringan internet) yang mampu menyerangbalas. Media baru ini, bebas dari monopoli parti tertentu dan terbuka kepada semua peringkat usia dan kedudukan.

Berbalik kepada artikel berita diatas, apakah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mampu mengambil tindakan keatas mahasiswa luar negara? Apakah tindakan yang boleh KPT kenakan dan melalui akta mana? Apakah KDN juga berhak menahan mahasiswa di bawah mana-mana akta sekiranya jelas mereka mengikuti perhimpunan aman BERSIH 2.0 di luar negara? Jika jawapannya “Ya”, adakah anda takut dengan segala tindakan tersebut?? Namun apa pula terjadi jika jawapannya adalah “Tidak”? Adakah anda juga masih takut? Takut dengan amaran yang berasaskan kepada penipuan semata-mata? Menipu bahawa jika mahasiswa luar negara berpolitik maka akan diambil tindakan undang-undang, sedangkan undung-undang dunia memberi kebebasan untuk mahasiswa berpolitik.

Kita tunggu setakat mana amaran dari KBMK itu mampu direalisasikan, atau ianya hanya provokasi semata-mata untuk menakut-nakutkan mahasiswa.

media antarabangsa melapurkan bertentangan dengan lapuran yang disampaikan oleh media malaysia mazhab united malays national organization.

No comments:

Post a Comment

Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..