بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذى أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا,
ويجعل على كل شيء سببا,
والصلاة والسلام
على من أرسله ربه للعالمين بشيرا ونزيرا بين يدي الحساب, وعلى آله وأحبابه
والأصحاب...
وبعد...
. السلام
عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Yang dihormati,
Pengerusi majlis..
Yang berbahagia,
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/Wi
Mansurah Sesi 2011/2012,
Saudara
Muhammad Aliffudin Bin Ramlee selaku perasmi program,
Yang berbahagia
Naib Pengerusi 1 Hewi DPMM,
saudari Wan Liza bt Mohd Rethuan.
Yang berbahagia
Ketua unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM,
Yang berbahagia
barisan AJKT dan AJKH DPMM,
Yang berusaha,
barisan Ad-hoc pelaksana program.
Yang diraikan,
hadirin-hadirat warga intelek yang dirahmati
Allah SWT.
Alhamdulillah,
seinfiniti pujian dipanjatkan kepada Allah SWT di atas segala nikmat kurniaanNYA dapat juga
kita bertemu dalam program motivasi insan cemerlang siri pertama bertemakan “ilmu
diwarisi, ulama diteladani, ulama’ pewaris nabi” sebagai wadah pencetus
inspirasi mahasiswa/wi di mansurah ini.
Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 122:
)وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُون(
Bermaksud : “Tidak
sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa
tidak pergi daripada tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk
memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan
kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat
menjaga dirinya.”
Mahasiswa/wi harapan sekalian,
Menjadi satu tuntutan kepada Umat Islam untuk pergi
berperang di Jalan Allah. Namun perlu ada sebahagian di kalangan mereka satu
golongan yang keluar untuk memperdalamkan ilmu pengetahuan tentang Agama Islam.
Kemudian kembali kepada kaum mereka untuk memberi peringatan kepada kaum mereka
tentang ayat-ayat Allah S.W.T. dan sunnah rasulNya agar kaum mereka dapat
menjaga diri dan berwaspada mengikut landasan Islam. Dan golongan yang
disebutkan di dalam surah
at-Taubah ayat 122 itu tadi tidak lain dan tidak bukan adalah kita selaku
mahasiswa/wi di mansurah ini.
Di atas kesedaran itulah, Dewan Perwakilan
Mahasiswa/wi Mansurah Sesi 2011/2012 melalui Unit Pengetahuan dan Pendidikan
DPMM mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Motivasi Insan Cemerlang
Siri Pertama bagi membangunkan modal insan yang sedia ada serta memberi
suntikan semangat kepada mahasiswa/wi agar kembali bersemangat menghadiri
kuliah juga bersemangat menyelongkar ruang-ruang ilmu bagi memahami, mendalami
dan mentafsirkan khazanah ilmu tingalan ulama.
Kami selaku penganjur
program begitu optimis untuk mencapai objektif yang digariskan dalam program
ini, iaitu:
1 Mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berpaksikan Syariat Islam.
2 Membentuk mahasiswa/wi yang bersikap progresif, proaktif, berdaya
saing dan mempunyai nilai syakhsiah yang tinggi.
3 Memberi pendedahan tentang kepentingan ilmu sebagai satu wasilah
untuk sampai ke darjat taqwa di sisi Allah S.W.T.
4 Menyemai dan mengeratkan ukhuwah
sesama mahasiswa/wi.
Mahasiswa/wi harapan sekalian,
Semoga dengan usaha yang sekecil ini dapat memberi
impak yang bermakna dalam diri setiap mahasiswa/wi di sini serta mampu membantu
dan mendorong ahli untuk lebih bersemangat serta memahami misi dan visi kehadiran antum ke bumi barakah ini. Semoga usaha ini akan dinilai oleh Allah S.W.T. dan
diberi ganjaran yang besar di akhirat kelak.
Sekian,
Selamat bermotivasi,
Selamat menjadi pewaris nabi.
سيروا على بركات الله...
.والسلام
عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
No comments:
Post a Comment
Semoga komentar kalian memberi manfaat buat Aljauhary..